Thursday, March 08, 2012

Makam (Tomb of) Sultan Saidil Mukammil

Assalamualaikum. Setelah beberapa lama kita sambung kembali cerita perjalanan Medan-Banda Aceh 2-13 November 2011.
Peace be upon you all. After some time let us continue again the stories on the Medan-Banda Aceh trip 2-13 November 2011.

Sabtu 12 November kami berada di Banda Aceh. Sesi ziarah dimulakan dengan pergi ke makam Saidil Mukammil.
Saturday 12 November we were in Banda Aceh. The visiting session was started by going to the tomb of Saidil Mukammil.


Nama sebenar baginda adalah Sultan Alauddin Riayat Syah Sayyid al-Mukammil. Baginda yang merupakan nenda sebelah ibu kepada Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (lihat Makam (tomb of) Sultan Iskandar Muda?) memerintah Aceh 1596-1604.
His majesty's real name was Sultan Alauddin Riayat Syah Sayyid al-Mukammil. His majesty who was the grandfather on the mother's side to Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (look at Makam (tomb of) Sultan Iskandar Muda?) ruled Aceh 1596-1604.


Turut terdapat di sini adalah makam kaum kerabat Saidil Mukammil. Malangnya batu-batu nesannya terbongkar akibat tsunami gergasi yang menyerang Aceh 26 Disember 2004.
Also available here are the tombs of Saidil Mukammil's kith and kins. Too bad the tombstones were uprooted due to the giant tsunami which attacked Aceh 26 December 2004.


Kalau tak salah batu nesan baginda adalah yang kelihatan di atas dalam gambar ini. Difahamkan orang tidak berani mendirikan kembali batu-batu nesan kerana tidak ingat kedudukan makam.
If not mistaken his majesty's tombstone is the one seen on top of this picture. It is understood the people don't dare erect back the tombstones as they can't remember the position of the tombs.


Menariknya turut terdapat makam milik seseorang bernama Painam yang meninggal dunia 1890.
Interestingly there also exist the tomb of someone named Painam who passed away 1890.



No comments:

Post a Comment