Wadah tambahan kepada blogspots "Catatan Si Merah Silu" dan "Berpetualang ke Aceh", khusus untuk berkongsi pandangan mengenai seni Melayu terutama senibina lama. An extension to the blogspots "Catatan Si Merah Silu" (Malay) and "Berpetualang ke Aceh" (English), specifically to share views on Malay art especially old architecture.
Tuesday, November 06, 2007
Jeram di tengah kota (Ravine in mid city)
Teks untuk Nostalgia Sungai Muar (Text for Nostalgia of the Muar river)
OK... Two weeks ago I made a posting of pictures titled Nostalgia Sungai Muar (Nostalgia of the Muar river) without including the story because of lack of time. Now let me include the story ya..
Biar saya berterus-terang. Sebenarnya kebelakangan ini saya terasa amat malas untuk bercerita kerana terasa begitu penat membuat kerja-kerja berkaitan penerbitan buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" atau BKA III. Tetapi penceritaan harus diteruskan. Maka inilah dia...
Adapun, semasa membuat posting gambar-gambar tersebut dua minggu lepas, saya sedang berada di sebuah Cyber-Cafe berdekatan Stesyen Bas Pekeliling, Kuala Lumpur setelah tertinggal bas jam 6 menghala ke Raub. Ketika itu saya bercadang hendak ke Kampung Janda Baik, Pahang tetapi saya akhirnya 3 kali tertinggal bas lalu bermalam di Kajang. Keesokannya barulah saya ke Janda Baik lalu bermalam di sana.
Sebenarnya, saya ingin bercerita tentang detik-detik nostalgia yang terbit setiap kali saya duduk berehat di tepian Sungai Muar. Adapun saya dilahirkan tahun 1970 di bandar Muar dan rumah tempat saya membesar sehingga remaja terletak sekitar setengah kilometer daripada kuala sungai terbesar dan terpanjang di selatan Semenanjung Malaysia ini. Maka saya selalu menghabiskan waktu petang berehat-rehat di tepian sungai sambil menikmati angin nyaman.
Hmm... Nampaknya saya memang terasa malas hendak bercerita tetapi memaksa juga diri demi kesinambungan bercerita di blogspot ini sebelum dapat menambah cerita-cerita lain nanti Insyaallah. Rasanya cukuplah jika dikatakan pada suatu masa dahulu, Sungai Muar bagi saya terasa seperti sungai paling besar di dunia. Sebelum saya keluar mengembara lebih jauh dan melihat sungai-sungai lain yang sama atau lebih besar di sekitar Semenanjung seperti Sungai Perak dan Sungai Pahang.
Malah saya juga telah melihat beberapa sudut sungai-sungai besar di Eropah seperti Sungai Thames di London, Sungai Danube di Austria dan Sungai Reine di German. Namun Sungai Muar tetap terasa begitu istimewa bagi saya. Mungkin kerana masa-masa remaja saya banyak dihabiskan di tepian sungai itu... Mungkin juga kerana ada sejarah lama yang berkaitan seperti beberapa peristiwa sebelum pembukaan kerajaan Melaka 600 tahun dahulu melibatkan lokasi-lokasi di sekitarnya?
In fact I've seen Europe's big rivers such as the Thames in London, Danube in Austria and Reine in Germany from many angles. Still the Muar river feels very special to me. Maybe because of the times spent as a youth beside it... Maybe also because of the ancient history related to some events before the opening of the state of Melaka 600 years ago which happened at some locations around?
Apapun, gambar-gambar yang diletakkan di bawah posting bertajuk Nostalgia Sungai Muar (Nostalgia of the Muar river) itu diambil berdekatan Kampung Bukit Treh sekitar 7km daripada kuala. Maka ia bukan bahagian sungai yang terlebar... Sekian.
Whatever, the pictures put under the posting titled Nostalgia Sungai Muar (Nostalgia of the Muar river) were taken nearby Kampung (village of) Bukit Treh some 7km from the estuary. So it is not the widest portion of the river... That's all!