Friday, November 23, 2007

Pemandangan sekitar kelab golf tinggal di Pulau Besar (views around the abandoned golf club at Pulau Besar)

Assalamualaikum semua. Jika posting terakhir saya di sini, Sedikit citarasa Itali di Pulau Besar? (A bit of Italian taste in Pulau Besar?) dibuat sempena tarikh 13 November 2007 atau 13/11/2007, posting kali ini yang memecah kesucian 10 hari pula dibuat sempena tarikh hari ini bersamaan 13 Zulkaedah 1428 Hijiriah... Atau 13/11/1428, masih ada unsur nombor 131 yang menjadi nombor home sweet home saya. Teruskan membaca...
Greetings all. If my last posting here, Sedikit citarasa Itali di Pulau Besar? (A bit of Italian taste in Pulau Besar?) was made to commemorate the date 13 November 2007 or 13/11/2007, the posting this time is made for today's date equivalent to 13 Zulkaedah 1428 Hijriah... Or 13/11/1428, still with elements of the number 131 which is my home sweet home number. Continue reading...

Di atas adalah sebahagian daripada kawasan pangsapuri mewah tinggal di Pulau Besar seperti yang terpapar dalam cerita sebelum ini. Daripada kawasan ini, anda boleh mendaki bahagian bukit yang lebih tinggi untk sampai ke satu tempat yang lebih menarik...

This is part of the abandoned luxury apartment complex at Pulau Besar as featured in the previous story. From this area, you can climb up the higher part of the hill to reach a more interesting place...


Setelah berjalan kaki sekitar 100 meter daripada bahagian pangsapuri tadi, kelihatanlah sebuah bangunan lain yang nampaknya sudah buruk...

After walking about 100 metres from that part of the apartments, there appears another building which looks ruined...

Walaupun ia buruk, bangunan ini memiliki sebuah menara tinjau yang sangat menarik...

Although it is ruined, the building still have a very interesting viewing tower...


Oh... Lupa hendak beritahu. Bangunan tinggal yang sudah beberapa tahun tidak digunakan ini ialah bangunan kelab golf Pulau Besar. Ia terletak di puncak bukit yang kedua tertinggi di Pulau Besar...

Oh... Forgot to mention. The building which has been abandoned for years is the Pulau Besar golf club building. It is situated on the second highest peak in Pulau Besar...


Lihat, pemandangan daripada atas menara tinjau tadi. Cantik bukan? Kalau tak salah saya, pemandangan ini menghala betul-betul ke utara. Kelihatan bandaraya Melaka di latar-belakang. Pulau di dalam gambar ini pula dikenali sebagai Pulau Hantu sedangkan pangsapuri mewah yang dibina di Pulau Besar menghadap pulau ini. Patutlah tak menjadi!

Look, the view from the viewing tower. Beautiful isn't it? If I'm, not mistaken, the view is headed exactly north. In view is the city of Melaka in the back background. The island in the picture is known as Pulau Hantu (the ghost island!) while the luxury apartments built in Pulau Besar faces the island. No wonder it didn't went well!


Ini pula pemandangan menghala ke timur laut...

This is the view heading north-east...


Pemandangan ke tenggara pula menunjukkan kawasan padang golf (kalau tak salah saya 18 lubang) Pulau Besar yang meliputi hampir separuh saiz pulau. Ia sudah lama tidak digunakan sejak kelaf golf ini terbengkalai. Apapun ada faedah juga padang golf ini dibuat. Sekurang-kurangnya anda boleh berjalan-jalan di Pulau Besar dengan lebih senang tanpa perlu sentiasa meredah hutan!

The view south-east shows the golfing area (if I'm not mistaken, 18 holes) of Pulau Besar which covers almost half the size of the island. It has not been used long since the golf club went out of use. Still, there's some benefit from the building of the lawn. At least you can walk around Pulau Besar easier without having to jungle trek all the time!
Ini adalah puncak tertinggi di Pulau Besar, dilihat daripada menara tinjau kelab golf. Di puncaknya terdapat sebuah tempat yang sangat unik. Ceritanya ada di Batu Belah (split stone) of Pulau Besar, Melaka

This is the highest peak in Pulau Besar, seen from the golf club viewing tower. Up on top is a very unique place. The story is in Batu Belah (split stone) of Pulau Besar, Melaka .


Ini pula pemandangan kelab golf dilihat daripada lereng untuk mendaki puncak tertinggi di Pulau Besar. Sekian!

This is the golf club seen from the hillside while climbing the highest peak in Pulau Besar. That's all!