Friday, June 27, 2008

Makam Keramat Sungai Durian (Tomb of the saint of Sungai Durian), Perak!

OK. Masih di Perak tetapi di bahagian lain, di Seberang Perak hampir setentang dengan Teluk Intan iaitu di sisi lain Sungai Perak. Mari! :]
OK. Still in Perak but at a different part, in Seberang Perak almost in-line with Teluk Intan but on the other side of the Perak river. Come! :]

Makam yang dilawati kali ini terletak di tepian Sungai Perak dalam kawasan yang sangat bersemak dan berhutan... Berdekatan dengan Kampung Sungai Durian.

The tomb visited this time lies beside the Perak river in an area covered with quite thick growth of jungle and bushes... Near the village of Sungai Durian.


Saya menghadapi sedikit masalah mencari makam ini kerana kedudukannya yang terperosok dalam belukar...

I had some problems trying to find this tomb as the position is very much hidden behind thick growth...


Nasib baik masih ada batu nesan berserta kepuk kawasan makam...

Luckily the gravestones still exist and so are parts of the tomb building...


Untuk pengetahuan, makam ini berusia lebih 200 tahun! Apapun ia bukannya alasan untuk membiarkan ia bersemak kerana ada lagi makam-makam yang lebih tua tetapi terjaga elok di merata tempat...

For information, this tomb is more than 200 years old! Whatever this is no excuse to leave it unattended and full of bushes as there are still much older tombs in many places which are well-kept and looked after...


Ia milik seorang pembesar istana yang dikenali sebagai Laksamana Raja Mahkota Tok Jambu. Beliau dikatakan memiliki beberapa kelebihan yang luar biasa lalu selepas meninggal dunia dan dimakamkan di sini dikenali sebagai Keramat Sungai Durian...

It belongs to a palace nobleman and official known as Laksamana Raja Mahkota Tok Jambu. He is said to possess some magical powers and thus when he died and was buried here, he came to be known as Keramat (saintly person) of Sungai Durian...


Lagipun anak perempuan beliau, Che Pusa Putih berkahwin dengan Sultan ke 18 Perak, Sultan Ahmadin Shah dan menjadi permaisuri utama baginda (raja ini memiliki beberapa orang isteri termasuk seorang lagi anak Laksamana Tok Jambu, kalau tak salah selepas Che Pusa Putih meninggal dunia. Agama Islam melarang seseorang lelaki berkahwin dengan dua wanita adik-beradik pada satu masa!). Lalu hampir semua Sultan-sultan Perak dan kerabat diraja terdekat kemudian hingga kini berasal daripada keturunan beliau. Sekian! :]

Furthermore his daughter, Che Pusa Putih was married to the 18th Sultan of Perak, Sultan Ahmadin Shah and became his main consort or the queen (this ruler had several wives including another daughter of Laksamana Tok Jambu, if I'm not mistaken after Che Pusa Putih passed away. The religion of Islam forbids any man from marrying two sisters at the same time!). And so almost all later Sultans of Perak and closest members of the royalty till today came from his blood-line. That's all! :])