For Kelantan in turn I haven't made an article about the tomb of Tok Kenali, its major religious master of saintly status who was very famous early 20th century. Although I have visited his tomb many times so far I have only made an article on his mosque titled Masjid dan pondok (the mosque and hut of) Tok Kenali at this blogspot, even then only showing pictures without explaining who is Tok Kenali. So let the article on tomb be started ya...
Rata-rata nama Tok Kenali dikenali ramai kerana dikatakan memiliki karamah seperti mampu menghadiri 3 majlis di tempat berlainan pada masa serentak dan mampu menyeberangi sungai tanpa basah tetapi sampai ke tebing lebih dahulu dari orang yang bersampan. Makam beliau terletak di satu tanah perkuburan Islam kurang 1 km dari masjidnya.
All in all the name of Tok Kenali is well-known by many as he was said to have magical powers such as able to attend 3 ceremonies at different places at the exact same time and able to cross rivers without getting wet but reached the banks earlier than someone on boat. His tomb is located less than 1 km from his mosque.
Kita tolak tepi perkara tidak logik. Tanpa karamah pun Tok Kenali tetap terkenal sebagai pelajar pintar yang mampu menangkap pelajaran dengan cepat dan tepat. Beliau telah berguru dengan ramai ulamak besar kemudian melanjutkan pelajaran di Mekah di mana beliau duduk lama...
Tertera di makam nama sebenar Tok Kenali adalah Muhammad Yusof. Makam beliau ditanda batu bulat, di sebelah makam isterinya. Muhammad Yusof kembali dari Mekah lalu mula mengajar di sekitar Kota Bahru. Pelajarannya menarik minat ramai sehingga Kelantan menjadi tumpuan penuntut agama seluruh Alam Melayu. Beliau pun dikenali sebagai Tok Kenali, sempena Kampung Kenali tempat beliau menetap.
Lihat gambar terbaru di sini... http://berpetualangkeaceh.blogspot.com/2011/06/tomb-of-tok-kenali-revisited.html
ReplyDelete