Wednesday, May 30, 2012

Makam (Tomb of) Sunan Bungkul

Assalamualaikum. Adapun saya telah memulakan satu siri baru di blogspot utama saya CATATAN SI MERAH SILU, berdasarkan perjalanan pusing Pulau Jawa yang dibuat 1-14 Mei baru ini. Sekarang biar dikongsikan tempat-tempat yang dilawati di blogspot ini...
Peace be upon you. As it is I have started a new series in my main blogspot CATATAN SI MERAH SILU,  based on a trip round the island of Java made the recent 1-14th May. Now let the places visited by shared in this blogspot...


Selasa 1 Mei. Kami sampai ke Surabaya ketika hari sudah gelap. Masuk ke pusat bandaraya terlihat petunjuk arah membawa ke makam seorang manusia yang dikenali sebagai Ki Ageng Bungkul, juga dipanggil Sunan Bungkul.
Tuesday 1st May. We arrived at Surabaya when the day has turned dark. Entered the city centre and saw the direction pointer to the tomb of man known as Ki Ageng Bungkul. also called Sunan Bungkul.


Nama asalnya adalah Empu Supa, seorang tokoh masyarakat dan agama kerajaan Majapahit awal abad ke 15 Masihi. Beliau juga dikenali sebagai Ki Supa.
His real name was Empu Supa, a figure of society and religion in the kingdom of Majapahit early 15th century AD. He was also known as Ki Supa.


Sesudah memeluk Islam beliau dikenali sebagai Ki Ageng Mahmudin. Beliau dikatakan berjaya mencapai tahap kewalian.  
After embracing Islam he was known as Ki Ageng Mahmudin. He is said to have succeeded in attaining the status of sainthood.

Di Pulau Jawa seorang wali yang disanjung tinggi masyakat biasa dipanggil Sunan. Oleh kerana tempatnya menetap di sekitar ini bernama Bungkul, beliau kemudian dikenali sebagai Sunan Bungkul.
On the island of Java a saint who is highly revered by the society is often called a Sunan. Since the area he stayed at around here is named Bungkul, he was later known as Sunan Bungkul.


Untuk sampai ke makamnya, kita perlu melepasi sebuah surau, pondok penjaga dan tanah perkuburan.
To reach his tomb, we have to get pass a surau (small praying hall), the caretaker's hut and a burial ground.






Kena masuk satu lagi pintu.
Have to enter one more gate.


Nama Sunan Bungkul mungkin kurang dikenali di luar Pulau Jawa. Maka biar diberitahu beliau adalah sahabat baik kepada Sunan Ampel yang pernah menjadi ketua Wali Songo, sembilan orang wali paling terkenal di Pulau Jawa.
The name Sunan Bungkul might not be well known outside the Java island. Thus let it be told that he was a good friend to Sunan Ampel who has been the head of the Wali Songo, the nine most famous saints of Java island.


Sunan Bungkul juga adalah mertua kepada Sunan Giri, seorang lagi ahli Wali Songo.
Sunan Bungkul was also the father-in-law to Sunan Giri, another member of Wali Songo.












Yang di tengah inilah makam Sunan Bungkul. Al Fatihah...
At the centre here is the tomb of Sunan Bungkul. Al Fatihah (recital of the opening verse of the Quran)...