Sunday, April 17, 2016

Muzium Negara (National Museum) - Galeri-galeri luar (Outside Galleries)



Di luar bangunan utama terdapat galeri untuk pameran sementara.
Outside the main building there is a gallery for temporary exhibitions.


Ketika saya dan keluarga masuk semalam terdapat pameran barangan perak dan tembaga...
When me and family entered yesterday there was exhibition on silver and bronze goods...











Ada sebuah lagi galeri berdekatan. Saya tak pasti apakah untuk pameran sementara atau apa.
There is another gallery nearby. I'm not sure if it is for temporary exhibits or what.


Ada pameran berkenaan alat musik Gambus serantau.
There is an exhibition on the musical instrument Gambus (like the lute) of the region.





Kalau tak salah ia baru dimulakan hujung tahun lepas...
If not mistaken it was just started end of last year...








Muzium Negara (National Museum) - Galeri (Gallery) D



Untuk melengkapkan lawatan ke Muzium Negara kita harus masuk ke bahagian terakhir dalam bangunan utama iaitu Galeri D.
To complete visit to the National Museum we must also enter the final section of the main building which is Gallery D.


Ia menumpukan pada zaman yang membawa kepada kemerdekaan Malaysia daripada tangan British tahun 1957 juga perkembangan seterusnya sehingga terbentuk negara yang dilihat hari ini.
It concentrates on the period which brought in the independence of Malaysia from the hands of the British in the year 1957 also further developments until the nation we see today is formed.









Gerakan untuk mencetuskan kesedaran yang membawa kepada anak-anak Melayu menuntut kemerdekaan pun disentuh...
Movements which opened up awareness leading to Malay sons wanting to demand for independence are thus touched upon...





Beberapa peristiwa penting sebelum dan selepas kemerdekaan juga disebut.
A number of important event before and after independence are also mentioned.














Turut ditunjukkan 9 orang raja Melayu terawal yang pernah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong.
Also shown 9 earliest monarchs who have hold the position of Yang di-Pertuan Agong (Malaysia supreme leader).


Lawatan ke galeri ditutup dengan melihat warna-warni seperti pelbagai kaum yang membentuk Malaysia sekarang...
Visit to the galley is closed by looking at the colours such as the many races which form Malaysia today...





Muzium Negara (National Museum) - Galeri (Gallery) C



Masuk Galeri C untuk era colonial atau penjajahan oleh Barat.
Enter Gallery C for the colonial era or colonisation by the West.


Pada mulanya saya keberatan untuk masuk ke sini. Fikirnya buat apa dipedulikan hal penjajahan? 
At first I felt reluctant to go in here. The thought was why should one care about colonisation?





Tetapi atas nama ilmu saya teruskan juga masuk ke dalam.
Still in the name of knowledge I went on venturing in.





Banyak yang boleh dipelajari walaupun apa yang berlaku pada zaman itu tidak digemari saya sebagai seorang Melayu.
There is a lot to be learned although what happened during this era is not to my liking as a Malay.








Antara yang menarik adalah replika pintu gerbang kota A Famosa di Melaka.
Among the interesting things is a replica of the gates of the fort of A Famosa in Melaka.








Baju perang Bugis.
Bugis war body armour.


Replika pintu Kota Kuala Kedah.
Replica of the gates of fort of Kuala Kedah.





Replika Fort Cornwallis di Pulau Pinang.
Replica Fort Cornwallis in Penang.











Sejarah Perjanjian Pangkor di Perak tahun 1874.
History of the Pangkor Treaty in Perak in the year 1874.








Dan paling menarik bagi saya adalah beberapa barangan peninggalan Haji Abdul Rahman Limbong yang berjuang menentang pencerobohan British di Terengganu...
And the most interesting thing for me are a number of personal effects left by Haji Abdul Rahman Limbong who fought against the British invasion in Terengganu...


Muzium Negara (National Museum) - Galeri (Gallery) B



Masuk Galeri B yang ditumpukan untuk kerajaan-kerajaan Melayu.
Entering Gallery B which is concentrated on Malay kingdoms.








Pengenalan. Buka dalam Windows baru untuk paparan lebih jelas...
Introduction. Open in new Windows for a more clear look...





Galeri ini memaparkan sejarah kerajaan-kerajaan di dunia Melayu seawal zaman Empayar Funan 2,000 tahun lalu.
This gallery shows the histories of kingdoms in the Malay world from as early as the time of the Funan Empire 2,000 years ago.








Kemudian baru penekanan diberikan kepada Kesultanan Melaka. Nampaknya Muzium Negara masih meletakkan Melaka sebagai bermula sekitar 1400 Masihi, bukan 1262 M seperti disebut melalui kajian baru yang bermula sekitar tahun 2010.
Then  only stress is given to the Sultanate of Melaka. Looks like the National Museum still places Melaka as beginning around 1400 AD, not 1262 AD as mentioned via new research which was started around the year 2010.














Paling menarik perhatian saya adalah sebuah batu nesan Sultan Mansur Syah yang ditemui di Bukit St. Paul (dahulu dipanggil Bukit Melaka). 
What attracted my attention the most is a gravestone of Sultan Mansur Syah which was found at St. Paul Hill (formerly known as Melaka Hill).





Ia ditemui sudah tercabut. Lalu tidak dapat dipastkan di manakah letak sebenar makam.
It was found uprooted. And so the actual location of the tomb could not be ascertained.








Ini pula adalah replika singgahsana istana Perak.
This in turn is the replica of the throne of the Perak palace.








Mural pahlawan Melayu terkenal, Hang Tuah...
Mural on the famous Malay warrior, Hang Tuah...





Lain-lain barangan melibatkan ketamadunan orang Melayu...
Other goods involving the civilisation of the Malays...