Friday, September 09, 2016

Makam (Tomb of) Maharaja Perba Jelai di (at) Bukit Kota



Masjid tadi terletak berhampiran puncak Bukit Kota. Di bahagian lebih tinggi berhadapan masjid terdapat sebuah tanah perkuburan Islam.
The mosque previously mentioned is located close to the summit of Bukit Kota (Kota hill). At a higher area in front of the mosque lies a Muslim burial ground.





Saya diberitahu di sini terdapat makam beberapa orang Maharaja Perba Jelai, satu jawatan orang besar negeri Pahang.
I was told here lies the tombs of a number of Maharaja Perba Jelai, a position for a nobleman of the state of Pahang.


Ia adalah satu daripada orang besar 4 Pahang. Jawatan ini sudah wujud sejak 400 tahun lalu tetapi ketika itu sebagai pemerintah wilayah hulu Pahang.
It is one of the (main) 4 nobleman of Pahang.This position has exisred since 400 years ago but at that time as the ruler of the region of inner upriver Pahang.


Tulisan pada nesan ini nampaknya menunjukkan ia milik seorang ahli keluarga Maharaja Perba Jelai yang hidup 1938-1993.
The writings on this tombstone look like it shows that it belongs to a member of the Maharaja Perba family who lived 1938-1993.











Yang ini juga nampaknya milik seorang ahli keluarga. Tak pasti jika beliau pernah memegang jawatan Maharaja Perba Jelai.
This one also looks like belonging to a family member. Not sure if he has held the position of Maharaja Perba Jelai.


Pada batu nesan ini baru saya nampak tulisan gelaran Tok Raja tertera menandakan ia milik seorang Maharaja Perba Jelai.
It was on this tombstone that I started seeing writings of the title Tok Raja which signifies that it belongs to a Maharaja Perba Jelai.








Begitu juga pada batu nesan ini. Kalau tak salah ingatan seorang warga tempatan memberitahu terdapat 4 orang Maharaja Perba Jelai disemadikan di tanah perkuburan atas Bukit Kota.
So is the case with this tombstone. If memory serves me right a local told me that 4 Maharaja Perba Jelai were laid to rest in the burial ground on top of Bukit Kota.



Masjid (Mosque of) Bukit Kota, Batu Yon, Pahang

Adapun dimaklumkan bahawa baru-baru ini saya telah membuat satu perjalanan di Pantai Timur lalu berada di luar selama 7 hari 6 malam. Hari Jumaat ini biar mula dikongsikan beberapa tempat yang disinggahi sepanjang perjalanan...
As it is let it be informed that recently I've made a journey to the East Coast (of Malaysia) and was outstation for 7 days 6 nights. This Friday let us start sharing on a number of places visited along the journey...

Perjalanan dimulakan tengah hari Selasa 30 September 2016 dengan menuju ke Tumpat, Kelantan dari Kuala Lumpur, satu perjalanan darat yang memakan jarak sekitar 480km. Sampai ke Raub saya mengambil jalan Sungai Koyan lalu singgah di Bukit Kota di mana terdapat masjid ini.
Journey was started at noon 30th September 2016 by heading to Tumpat, Kelantan, a land journey which consumed a distance of about 480km. Upon reaching Raub I took the Sungai Koyan route and stopped by at Bukit Kota where lies this mosque.





Papan tanda menyatakan ia sebagai Masjid Batu Yon.
The signboard mentions it as Masjid (mosque of) Batu Yon.


Ia juga disebut sebagai Masjid Bukit Kota di Batu Yon.
It is also mentioned as Masjid (mosque of) Bukit Kota at Batu Yon.


Mari lihat ke dalam...
Let us have a look inside...