Saturday, September 24, 2016

Makam (Tomb of) Tok Senik, Beserah, Kuantan



Di sebelah masjid terdapat bangunan ini.
Besides the mosque lies this building.


Di dalamnya terletak makam Tok Senik, juga dikenali sebagai Tuan Haji Senik.
Inside it lies the tomb of Tok Senik, also known as Tuan Haji Senik.





Nama sebenar beliau adalah Haji Wan Abdullah Abdul Karim.
His real name was Haji Wan Abdullah Abdul Karim.


Beliau dipercayai seorang ahli kerabat diraja Patani yang melarikan diri setelah Siam (Thailand) menyerang lalu menguasai Patani tahun 1830an..
He is believed to be a member of the Patani royal family who fled after Siam (Thailand) attacked and overpowered Patani in the 1830s...








Masjid (Mosque of) Tok Senik, Beserah, Kuantan

Melompat ke hari ke-7 perjalanan di Pantai Timur. Bersambung daripada Rupa baru Masjid Tokku Paloh (New look of the mosque of Tokku Paloh).
Jumping to the 7th day of the trip to the East Coast. Continuing from Rupa baru Masjid Tokku Paloh (New look of the mosque of Tokku Paloh).


Pagi Isnin 5 September 2016. Selepas bermalam di rumah seorang kawan di Beserah, Kuantan kami dibawa ke masjid lama ini.
Monday morning 5th September 2016. After spending the night at the house of friend in Beserah, Kuantan we went to this old mosque.


Ia dikenali sebagai Masjid Tok Senik.
It is known as Masjid Tok Senik.





Masjid ini katanya dibina oleh Tok Senik, seorang bangsawan dari Patani bermula tahun 1850.
This mosque is said to have been built by Tok Senik, a nobleman from Patani starting in the year 1850.





Mari lihat ke dalam...
Let us have a look inside...














Thursday, September 22, 2016

Rupa baru Masjid Tokku Paloh (New look of the mosque of Tokku Paloh)

Kembali pada cerita perjalanan Pantai Timur. Bersambung daripada artikel Makam (Tomb of) Haji Abdul Malek, Sungai Pinang, Tumpat tetapi melompat terus ke hari ke-5 perjalanan...
Returning to the East Coast trip stories. Continuing from the article Makam (Tomb of) Haji Abdul Malek, Sungai Pinang, Tumpat  but jumping straight to the 5th day of the trip...


Sabtu 3 September 2016, kami berada di Kuala Terengganu untuk menghadiri satu majlis di Masjid Tokku Paloh. 
Saturday 3rd September 2016, we were at Kuala Terengganu to attend a function at Masjid (mosque of) Tokku Paloh.





Ini adalah majlis Haul (juga disebut Hol) Tokku Paloh. Tentang siapakah beliau lihat artikel lama Masjid (Mosque of) Tokku Paloh.
It is the Haul (also pronounced Hol meaning remembrance) of Tokku Paloh. On who is he look at the old article Masjid (Mosque of) Tokku Paloh.





Artikel lama itu menunjukkan keadaan masjid beberapa tahun lalu.
The old article shows the condition of the mosque a number of years ago.





Dahulu masjid ini diperbuat daripada kayu. Sekarang sudah digantikan dengan batu...
Previously the mosque was made from wood. Now it has been replaced by bricks...