Tuesday, January 24, 2017

Masjid (Mosque of) Sultan Sulaiman, Singgora



Selepas rehat dan makan malam saya berjalan kaki ke arah pekan di kaki bukit Singgora lalu terlihat masjid ini.
After rest and dinner I walked towards the small town at the foot of Singgora hill and saw this mosque.


Namanya adalah Masjid Sultan Sulaiman Syah sempena nama raja yang mengasaskan kerajaan Singgora lebih 400 tahun lalu. Rujuk artikel Makam (Tomb of) Sultan Sulaiman Singgora.
Its name is Masjid (mosque of) Sultan Sulaiman Syah based after the name of the ruler who founded the kingdom of Singgora more than 400 years ago. Refer to the article Makam (Tomb of) Sultan Sulaiman Singgora.



'



Kalau tak salah ingatan saya diberitahu ia dibina 17 tahun lalu.
If I remember correctly I was told it was built 17 years ago.









Ada penduduk tempatan memberitahu masjid ini berdiri di atas tapak masjid kerajaan pada zaman Sultan Sulaiman.
There was a local who said this mosque was built on site of the kingdom mosque during time of Sultan Sulaiman.








Kota pertahanan Singgora atas bukit (Singgora defence fort on hill) - Bahagian puncak (Summit section)



Jam 5.07 saya sambung lagi mendaki.
At 5.07 o'clock I continued climbing.


Tiga minit kemudian saya dapat melihat cahaya terang di hadapan.
Three minutes later I could see bright light in front.





Dua minit kemudian terbentang sebuah tinggalan kota yang lebih luas.
Two minits later could be seen a much bigger fort remains.





Saya pun berjalan mengeliling tembok kota sambil meninjau keadaan.
I then walked around the fort wall while surveying the conditions.






Ternyata saya sudah sampai ke bahagian kota paling atas iaitu di satu puncak bukit Singgora...
It was apparent I have arrived at the uppermost section of the fort that is on top a Singgora hill summit...










Kota pertahanan Singgora atas bukit (Singgora defence fort on hill) - Bahagian tengah (Middle section)




Sekitar jam 4.59 saya menyambung pendakian ke aras yang lebih tinggi.
Around 4.59 I continued climbing to reach a higher level.





Lagi 5 minit mendaki lalu sampailah ke tinggalan kota di bahagian pertengahan bukit...
Another 5 minutes of climbing and I soon reached fort remains at the middle section of the hill...

















Kota pertahanan Singgora atas bukit (Singgora defence fort on hill) - Bahagian bawah (Lower section)



Selepas berehat sekitar setengah jam di pusat informasi baru saya memulakan langkah untuk melawat tinggalan kota lama Singgora. Dikatakan tinggalan terdapat di beberapa tempat sekitar bukit dan kaki bukit utama di sekitar ini. Tangga untuk ke tinggalan atas bukit bermula sekitar 70 meter di belakang pusat informasi. Saya pun menuju ke sana.
After resting for about half an hour at the information centre then only I started making moves to visit remains of the old fort of Singgora. It is said that remains are situated at a number of places around the main hill here and its foot. Staircase to remains on the hill started at around 70 metres behind the information centre. I then headed there.


Satu set tangga membawa ke satu lagi set tangga, lagi dan lagi...
One set of staircase leads to another set of staircase, over and over...













Setelah mendaki dalam 5 minit kelihatanlah tinggalan kota ini.
After climbing for about 5 minutes could be seen this fort remains.










Kemudian baru saya tahu ini adalah yang paling bawah antara 3 tinggalan kota atas bukit yang boleh dicapai melalui laluan sini.
Later did I came to know that this is the lowest among 3 on hill fort remains which could be accessed via this route.



Pusat informasi kerajaan lama Singgora (Information centre for old kingdom of Singgora)




Seterusnya saya terjumpa dengan seorang warga tempatan lain yang kelihatan lebih faham akan hasrat saya untuk melawat tinggalan kota lama Singgora. Saya di bawa ke tempat ini menaiki motosikal dengan sedikit bayaran.
Next I came across another local who looks like he could understand better my wish to visit remains of the old fort of Singgora. I was brought to this place on his bike with a bit of payment.


Melihat papan-papan tanda yang ada nampaknya ini adalah tempat yang bagus untuk memulakan lawatan.
Looking at the signboards available it looks like this is a good place to start making visits.





Nampaknya ia adalah pusat informasi untuk kota lama Singgora.
Looks like it is the information centre for the old fort of Singgora.





















Rupa-rupanya banyak model tinggalan kerajaan Singgora turut dipaparkan dalam ini. Cuma penerangan dalam tulisan dan bahasa Thai sahaja menghalang pemahaman.
It turned out that many models of the remains of the kingdom of Singgora are also shown inside here. It's just that explanations in Thai writing and language prohibited understanding.