Tuesday, February 20, 2018

Masjid (Mosque of) Nuruddin, Hatyai



Seterusnya kami bergerak ke Hatyai lalu singgah di masjid ini.
Next me moved to Hatyai and stopped by at this mosque.








Namanya Masjid Nuruddin.
Its name is Masjid (Mosque of) Nuruddin.








Lihat ke dalam...
Looking inside...

















Gendang lama (Old drum at) Lam Pam, Phattalung



Dari Trang kami menuju ke satu tempat bernama Lam Pam di Phattalung untuk melihat Tasik Songkhla. Ternampak pula satu macam balai...
From Trang we moved to a place called Lam Pam in Phattalung to look at Lake Songkhla. Saw in turn a sort of pavillion...





Naik ke atas ada sebuah gendang lama...
Going up there is an old drum...





Gendang sebegini biasanya dipakai di masjid lama...
Drums such as this are normally used at old mosques...


Masjid (Mosque of) Madinatul Islam, Trang

Salam semua. Masuk hari ke-11 perjalanan ke Thailand 12-23 Disember.
Peace be upon you all. On to the 11th day of the Thailand trip 12-23 December.


Pagi Jumaat  22 Disember 2017. Melihat satu tempat di bandar Trang.
Friday morning 22 December 2017.  Looking at a place in the town of Trang.





Ini adalah masjid utama di bandar dan wilayah Trang...
This is the main mosque in the town and province of Trang...





Kami telah bermalam di masjid ini...
We have spent the night at this mosque...

















Monday, February 19, 2018

Rumah (House of) Hang Lekiu

Salam. Semalam saya ada singgah di Hang Tuah Centre di Melaka. Tentang tempat ini pernah diceritakan dalam artikel Hang Tuah Center juga Dalam bangunan utama (Inside the main building of) Hang Tuah Center.
Peace be upon you. Yesteday I made a stop at the Hang Tuah Centre in Melaka. .On this place I have told in the article Hang Tuah Center also Dalam bangunan utama (Inside the main building of) Hang Tuah Center.


Saya juga pernah menunjukkan keadaan dua daripada bangunan komponennya. Lihat Rumah (house of) Hang Tuah dan Rumah (House of) Hang Jebat.
I have also shown conditions at two of its component buildings. Look at Rumah (house of) Hang Tuah dan Rumah (House of) Hang Jebat.


Sekarang biar kita lihat bangunan komponen yang dipanggil Rumah Hang Lekiu.
Now let us look at a component building which is called Rumah (House of) Hang Lekiu.


Seperti Rumah Hang Tuah dan Rumah Hang Jebat ia turut dinamakan sempena lima orang pahlawan terkenal zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Just like Rumah Hang Tuah and Rumah Hang Jebat it is also named after the five famous warriors during the time of the Melaka Malay Sultanate.


Baru-baru ini seorang kawan telah diberikan penggunaan rumah untuk melakukan aktiviti-aktiviti keMelayuan...
Recently a friend has been given usage of the house to conduct activities on Malayness...





Maka dipakai halaman rumah untuk memanah tradisional dan bersilat...
And so the house compound is used for traditional archery and silat (Malay martial arts)...








Ruangan dalam digunakan untuk mempamerkan juga menjual barangan berkaitan Melayu...
The inner section is used to display and also sell goods related to Malay...