Friday, September 21, 2018

Makam (Tomb of) Tok Raja Tua, Sungkai

Bersambung daripada Makam baru (New tomb of) Laksamana Nakhoda Hitam?.
Continuing from Makam baru (New tomb of) Laksamana Nakhoda Hitam?.


Lewat petang keesokan harinya kami lalu di Sungkai lalu singgah ke makam ini.
Late in the afternoon the following day we passed Sungkai and stopped by at this tomb.


Kami diberitahu ia milik seorang tokoh penghujung abad ke-19 yang dikenali sebagai Tok Raja Tua.
We were told it belongs to a figure at the end of the 19th century which was known as Tok Raja Tua.


Dikatakan beliau terlibat dalam pembukaan sebuah kota lama yang dikenali sebagai Kota Laksamana.
It is said he was involved in the opening of an old fort which is known as Kota (fort of) Laksamana.


Kota tersebut sudah hilang. Beliau juga dikatakan terlibat dengan pembukaan Kampung Tiang Bertarah dan Changkat Sulaiman.
The said fort are now lost. He is also said to have been involved in the opening of Kampung (village of) Tiang Bertaraf and Changkat Sulaiman.



Makam baru (New tomb of) Laksamana Nakhoda Hitam?

Bersambung daripada Masjid (Mosque of) Sultan Idris II, Teluk Intan.
Continuing from Masjid (Mosque of) Sultan Idris II, Teluk Intan.


Seterusnya kami pergi ke kawasan pemakaman keluarga saya sebelah bapa di sebelah masjid lama Batak Rabit, sekitar 5 km ke barat bandar Teluk Intan.
Next we went to my family from my father's side burial ground besides the old mosque of Batak Rabit, around 5 km to the west of Teluk Intan town.


Terperanjat kami melihat satu bahagian telah dibina bangunan baru.
Surprised we were to see a section has been erected with a new building.


Turut didirikan papan tanda menyatakan ia adalah makam Laksamana Nakhoda Hitam, Laksamana pertama Perak.
Also erected is a signboard saying it is the tomb of Laksamana Nakhoda Hitam, the first Laksamana (something like royal admiral) of Perak.


Difahamkan bangunan baru dan papan tanda didirikan 3-4 bulan lalu.
It is understood the new building and signboard was built 3-4 months ago.


Ada beberapa orang bapa saudara saya mempersoalkan kenapa disebut ia makam Laksamana Nakhoda Hitam sedangkan dalam kawasan bangunan terdapat makam Laksamana lain dan ahli keluarga.
There are a number of my uncles who questioned why it is mentioned as the tomb of Laksamana Nakhoda Hitam when inside the building area are situated tombs of other Laksamanas and family members.


Pada saya itu tidak menjadi masalah. Ini kerana saya sudah melihat banyak kawasan makam ditandakan dengan nama seorang tokoh yang dianggap paling utama walaupun terdapat beberapa makam lain dalam kawasan yang sama. Adapun Laksamana Nakhoda Hitam memang seorang moyang utama kami apa lagi beliau memang disenaraikan sebagai Laksamana pertama Perak.
For me that is not a problem. This is because I have seen many tomb areas which are marked by the name of a personality considered as the main figure although there are a number of tombs within the same area. As it is Laksamana Nakhoda Hitam is indeed a main ancestor of ours what more he is listed as the first Laksamana of Perak.


Apa yang membuat kami musykil bila masa malah benarkah tinggalan jasad beliau pernah dialihkan ke sini? Sedangkan setahu kami Nakhoda Hitam yang meninggal dunia hampir 300 tahun lalu dimakamkan di suatu tempat yang sekarang dikenali sebagai Kampung Bahagia, lebih 10 km ke arah barat laut. Ada orang masjid memberitahu jasad beliau sudah dialihkan ke sini pada tahun 1980an kalau tak salah ingatan. Tetapi bapa-bapa saudara saya yang membesar di Batak Rabit pun tidak pernah mendengar cerita tentangnya kecuali baru ini. Jadi mereka masih menyoal apakah benar perpindahan pernah berlaku.
What made us perplexed is when or in fact is it true the remains of his body has been moved here? Since as far as we know Nakhoda Hitam who passed away more than 300 years ago is laid to rest at a place now known as Kampung Bahagia, more than 10 km towards north-east. There was a member of the mosque who said his body has been moved here in the year 1980s if memory is not mistaken. But my uncles who grew up in Batak Rabit themselves have never heard any story on this until recently. Thus they are still questioning if it is true such a movement have taken place at all.



Nota tambahan : Sekitar jam 9 malam seorang saudara telah menghubungi saya untuk memberitahu bahawa memang benar jasad Nakhoda Hitam telah dipindahkan ke Batak Rabit. Menurut beliau ini berlaku sekitar tahun 40an atau 50an. Memang saudara ini patut tahu kerana lebih dekat dengan pejabat Laksamana. Bapa beliau pernah memegang jawatan tersebut, begitu juga datuk dan moyangnya.
Extra note : Around 9 o'clock at night a relative contacted me to tell that indeed the remains of Nakhoda Hitam has been transferred to Batak Rabit. According to him this happened around the years 40s or 50s. Indeed this relative should know as he is closer to the office of the Laksamana. His father had hold the said position, so did his grandfather and great grandfather.


Masjid (Mosque of) Sultan Idris II, Teluk Intan

Salam pagi Jumaat. Hampir 2 minggu lalu saya ada membawa keluarga ke Teluk Intan. Ada sedikit perkongsian...
Peace be upon you this Friday. Almost 2 weeks ago I brought the family to Teluk Intan. There's a little bit to be shared.


Kami singgah di masjid utama Teluk Intan iaitu Masjid Sultan Idris II.
We stopped by at the main mosque of Teluk Intan which is Masjid (Mosque of) Sultan Idris II.








Lihat ke dalam...
Looking inside...