Friday, December 31, 2021

Masjid (Mosque of) Simpang Pelangai, Bentong, Pahang

Salam. Dari hari ke-3 perjalanan ke Pantai Timur baru ini.

Peace be upon you. From the 3rd day of the recent East Coast trip.



Petang Isnin 20 Disember 2021, kami mahu menyambung perjalanan ke Pantai Timur melalui Temerloh. Tetapi banyak laluan ditutup akibat banjir dan tanah runtuh disebabkan hujan lebat tak henti Jumaat dan Sabtu. Lalu kami harus mengambil jalan ke Simpang Pelangai, singgahlah di masjid ini.
Monday afternoon 20th December 2021, we wanted to continue journey to the East Coast via Temerloh. But many routes we closed due to flood and landslides caused by non-stop heavy rain Friday and Saturday. Thus we have to take the road to Simpang Pelangai, made a stop a this mosque.









Lihat ke dalam...
Looking inside...










Thursday, December 30, 2021

Masjid (Mosque of) Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi

Salam. Baru-baru ini saya dan keluarga membuat perjalanan ke Pantai Timur. Oleh itu ada sesuatu untuk dikongsikan bermula dengan ini...

Peace be upon you. Recently me and family made a trip to the East Coast. Thus there are something to be shared beginning with this...



Perjalanan secara rasminya bermula  pada petang Sabtu 18 Disember 2021 apabila saya dan keluarga meninggalkan rumah untuk pergi ke Kuala Kubu Bahru kemudian Tanjung Malim untuk satu majlis. Malam itu kami menginap di rumah kawan di Bukit Tinggi. Petang keesokannya Sabtu 19 Disember kami singgah di masjid sekitar itu.
The trip officially started on Saturday afternoon 18th December 2021 when me and family left our house to get to Kuala Kubu Bahru then Tanjung Malim for a function. That night we boarded at a friends house in Bukit Tinggi. The following afternoon Saturday 19th December we stopped by at the mosque around there.



Masjid ini digunakan oleh penganut Islam yang bekerja di Berjaya Hills Resort juga pelawat...
This mosque is used by adherents of Islam who work at Berjaya Hills Resort and visitors...






Lihat ke dalam...
Looking inside...










Sunday, November 28, 2021

Makam sebenar (Real tomb of) Tok Sagor?

Bersambung daripada Makam (Tomb of) Tok Kundah @ Gondah.

Continuing from Makam (Tomb of) Tok Kundah @ Gondah.



Seterusnya kami ditunjukkan sebuah makam lain kira-kira 20-30 meter ke timur laut.
Next we were shown another tomb around 20-30 metres to the north-east.




Katanya inilah makam sebenar pejuang Melayu abad ke-19 yang dikenali sebagai Tok Sagor.
It is said this is the true tomb of the 19th century Malay fighter known as Tok Sagor.



Ini bertentangan dengan cerita rasmi sejarah yang menyebut Tok Sagor mati dihukum gantung kerana terlibat dalam pembunuhan Residen pertama British ke Perak iaitu J.W.W. Birch, pada tahun 1875. Lalu makam beliau dikatakan terletak di Matang. Lihat artikel lama Makam (Tomb of) Tok Sagor.
This is contrary to official version of history which say Tok Sagor died after sentenced to hang for involvement in the assassination of British's first resident in Perak which was J.W.W. Birch, in the year 1875. And so his tomb is said to be situated in Matang. Look at the old article Makam (Tomb of) Tok Sagor.



Namun ada cerita menyebut beliau dapat melarikan diri daripada buruan British. Lalu beliau meninggal dunia secara aman sekitar tahun 1940an.
Still there is a story saying he managed to run away from British hunt. And so he passed away in peace around the year 1940s.


Makam (Tomb of) Tok Kundah @ Gondah

Bersambung daripada artikel Tapak masjid lama (Site of old mosque of) Tok Gondah.

Continuing from the article Tapak masjid lama (Site of old mosque of) Tok Gondah.



Seterusnya kami ditunjukkan makam Tok Gondah kira-kira 200-300 meter dari tapak masjid lama.
Next we were shown the tomb of Tok Gondah around 200-300 metres from the site of the old mosque..












Tertulis nama sebenar beliau adalah Haji Ahmad bin Tok Laji tetapi lebih dikenali sebagai Tok Kundah. Tetapi sering disebut sebagai Tok Gondah. Cuma tahun kembali ke rahmatullah iaitu 1798 itu mungkin terkeliru dengan tahun beliau mengasaskan Lekir. Kerana ada sebab untuk percaya beliau ada terlibat dalam pembunuhan Residen pertama British ke Perak iaitu J.W.W. Birch, pada tahun 1875.
Written his real name was Haji  Ahmad bin Tok Laji but better known as Tok Kundah. But often mentioned as Tok Gondah. It's just the year he is mentioned as having died which is 1798 might be a confusion with the year he established Lekir. This is because there is reason to believe he was involved in the assassination of British's first resident in Perak which was J.W.W. Birch, in the year 1875.


Tapak masjid lama (Site of old mosque of) Tok Gondah

Salam. Ada perkongsian daripada satu perjalanan semalam.

Peace be upon you. There's something to be shared from a trip yesterday.



Sabtu 27 November 2021. Saya pergi ke Perak bersama seorang kawan dengan tujuan untuk mencari makam seorang tokoh yang dikenali sebagai Tok Gondah.
Saturday 27th November 2021. I went to Perak with a friend with the main aim of finding the tomb of a figure known as Tok Gondah.



Beliau dikatakan orang yang membuka penempatan di Lekir berdekatan Lumut lebih 200 tahun lalu. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Masjid (Mosque of) Batu 8, Lekir, Perak.
He is said to be the person who opened up the settlement in Lekir close to Lumut more than 200 years ago. Refer to the relevant story in the article Masjid (Mosque of) Batu 8, Lekir, Perak.




Kami pun ditunjukkan satu tempat penting terkait dengan Tok Gondah.
We were then shown an important place related to Tok Gondah.







Dikatakan di sinilah Tok Gondah membuka masjid pertama di Lekir.
It is said it was here that Tok Gondah opened the first mosque in Lekir.


Thursday, November 18, 2021

Surau (Praying house of) Kampung Dalam Terus, Perak

OK. Ini daripada perjalanan ke Kedah 12-14 November baru ini...

OK. This is from a trip to Kedah 12-14 November recently...



Saya telah pergi naik utara hingga ke Alor Setar bersama isteri dan dua orang kawan. Dalam perjalanan kembali ke Lembah Klang singgah di beberapa tempat termasuk surau lama ini di Kampung Dalam Terus, Perak.
I have gone up north to Alor Setar with wife and two friends. On the way back to the Klang Valley we stopped at a number of places including this old surau (praying house) in Kampung Dalam Terus, Perak.




Walaupun sudah lama ditinggalkan reka bentuknya menarik perhatian...
Although it has been long abandoned the design attracts attention...







Terdapat papan maklumat tentang sejarah surau. Sayangnya tulisannya sudah terlalu kabur.
There is an information board on the history of the surau. Too bad the writings are too blurred.



Kewujudan papan maklumat sebegitu menunjukkan ia memiliki sejarah yang menarik.
Existence of such an information board shows it has an interesting history.



Lihat ke dalam...
Looking inside...



Wednesday, November 10, 2021

Muzium Diraja (Royal museum of) Perak

Salam. Bersambung gerak penulisan daripada artikel Lawatan terbaru ke makam Long Jaafar (New visit to tomb of Long Jaafar).

Peace be upon you. Continuing the writing streak from the article Lawatan terbaru ke makam Long Jaafar (New visit to tomb of Long Jaafar).



Hari berikutnya iaitu pada pagi Jumaat 5 November 2021 kami berjalan-jalan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar lalu singgah ke bangunan ini.
The following day that is on Friday morning 5th November 2021 we went around Bukit Chandan, Kuala Kangsar and stopped by at this building.



Ia adalah Muzium Diraja Perak yang sudah bertahun-tahun ditutup kerana kerja pembaikpulihan.
It is the Muzium Diraja (royal museum of) Perak which has been closed for years because of repair works.



Kami diberitahu itu adalah hari ke-3 ia kembali dibuka kepada umum...
We were told that it is the 3rd day it has been opened back to the public...



Bangunan muzium ini asalnya adalah sebuah istana lama. Lihat Istana (Palace of) Kenangan, Kuala Kangsar.
This museum building was originally and old palace. Look at Istana (Palace of) Kenangan, Kuala Kangsar.




























Tuesday, November 09, 2021

Lawatan terbaru ke makam Long Jaafar (New visit to tomb of Long Jaafar)

Bersambung daripada artikel Makam (Tomb of) Alang Iddin.

Continuing from the article  Makam (Tomb of) Alang Iddin.



Tempat seterusnya disinggahi adalah makam Long Jaafar, sekitar 1-2 km sahaja dari makam Alang Iddin.
The next place visited is tomb of Long Jaafar, just around 1-2 km from tomb of Alang Iddin.



Long Jaafar adalah anak saudara kepada Alang Iddin.
Long Jaafar was nephew to Alang Iddin.



Saya sudah 2-3 kali pergi ke makam ini. Lihat artikel-artikel berikut :-
I have been to this tomb about 2-3 times. Look at the following articles :-





Artikel-artikel tadi boleh dijadikan rujukan. Oleh itu tak perlulah dipanjangkan tentang Long Jaafar.
Those articles can be referred to. Thus there is no need to extend on Long Jaafar.






Cukuplah diberitahu kawasan pemakaman ini telah banyak dicantikkan berbanding dahulu.
Enough to be told that this tomb area has been much beautified compared to before.









Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,131 di blogspot ini.
For information this is the 2,131th article in this blogspot.