Wednesday, November 10, 2021

Muzium Diraja (Royal museum of) Perak

Salam. Bersambung gerak penulisan daripada artikel Lawatan terbaru ke makam Long Jaafar (New visit to tomb of Long Jaafar).

Peace be upon you. Continuing the writing streak from the article Lawatan terbaru ke makam Long Jaafar (New visit to tomb of Long Jaafar).



Hari berikutnya iaitu pada pagi Jumaat 5 November 2021 kami berjalan-jalan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar lalu singgah ke bangunan ini.
The following day that is on Friday morning 5th November 2021 we went around Bukit Chandan, Kuala Kangsar and stopped by at this building.



Ia adalah Muzium Diraja Perak yang sudah bertahun-tahun ditutup kerana kerja pembaikpulihan.
It is the Muzium Diraja (royal museum of) Perak which has been closed for years because of repair works.



Kami diberitahu itu adalah hari ke-3 ia kembali dibuka kepada umum...
We were told that it is the 3rd day it has been opened back to the public...



Bangunan muzium ini asalnya adalah sebuah istana lama. Lihat Istana (Palace of) Kenangan, Kuala Kangsar.
This museum building was originally and old palace. Look at Istana (Palace of) Kenangan, Kuala Kangsar.




























Tuesday, November 09, 2021

Lawatan terbaru ke makam Long Jaafar (New visit to tomb of Long Jaafar)

Bersambung daripada artikel Makam (Tomb of) Alang Iddin.

Continuing from the article  Makam (Tomb of) Alang Iddin.



Tempat seterusnya disinggahi adalah makam Long Jaafar, sekitar 1-2 km sahaja dari makam Alang Iddin.
The next place visited is tomb of Long Jaafar, just around 1-2 km from tomb of Alang Iddin.



Long Jaafar adalah anak saudara kepada Alang Iddin.
Long Jaafar was nephew to Alang Iddin.



Saya sudah 2-3 kali pergi ke makam ini. Lihat artikel-artikel berikut :-
I have been to this tomb about 2-3 times. Look at the following articles :-





Artikel-artikel tadi boleh dijadikan rujukan. Oleh itu tak perlulah dipanjangkan tentang Long Jaafar.
Those articles can be referred to. Thus there is no need to extend on Long Jaafar.






Cukuplah diberitahu kawasan pemakaman ini telah banyak dicantikkan berbanding dahulu.
Enough to be told that this tomb area has been much beautified compared to before.









Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,131 di blogspot ini.
For information this is the 2,131th article in this blogspot.






Makam (Tomb of) Alang Iddin

Bersambung daripada artikel Galeri (Gallery of) Panglima Kinta.

Continuing from the article Galeri (Gallery of) Panglima Kinta.



Seterusnya kami ke Bukit Gantang untuk ke makam ini.
Next we went to Bukit Gantang to get to this tomb.



Ia adalah makam Alang Iddin, pemegang gelaran Panglima Bukit Gantang pada awal abad ke-19 Masihi.
It is the tomb of Alang Iddin, holder of the title Panglima (general of?) Bukit Gantang in early 19th century.



Beliau pernah mematahkan satu serangan daripada angkatan perang Kedah. Sebetulnya ada cerita-cerita menarik tentang ketokohan beliau tapi sila cari sendiri...
He once held off an attack from a Kedah war party. Actually there are interesting stories about his outstanding charater but do find it yourself...



Kelihatan dalam kawasan makam ada batu nesan Aceh.
Could be seen within the tomb compound there is an Aceh tombstone.



Saya diberitahu ia adalah milik isteri beliau.
I was told it belongs to his wife.



Makam Alang Iddin yang terletak di sebelah pula memakai batu biasa...
The tomb of Alang Iddin which is located besides in turn just used common stones...



Galeri (Gallery of) Panglima Kinta

Salam semua. Sudah 6 bulan blogspot ini tidak dikemaskinikan. Sekarang baru ada sesuatu untuk disuakan...

Peace be upon you all. Its been 6 month this blogspot has not been updated. Only now there is something to show...



Pada 3 hingga 6 November 2021 saya dan isteri ada membuat perjalanan ke negeri Perak. Antara tempat yang disinggahi adalah Masjid Panglima Kinta di Ipoh.
On 3 till 6 November 2021 me and wife made a trip to the state of Perak. Among the places visited is Masjid (mosque of) Panglima Kinta in Ipoh.



Kami sudah ke sini banyak kali. Kali ini satu bangunan baru dalam kawasan...
We have been here many times. This time there is a new building within the compound...









Ia adalah Galeri Panglima Kinta...
It is the Gallery of Panglima Kinta...






Ia menempatkan bahan-bahan tentang Panglima Kinta, pembesar tradisi yang menguasai lembah Sungai Kinta...
It houses materials on Panglima Kinta, the traditional nobleman who holds sway over the Kinta river valley...