tag:blogger.com,1999:blog-37677485.post6227687645423336107..comments2024-03-22T20:37:06.611+08:00Comments on SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART): Makam (Tomb of) Tok Laut, Kuala SelangorRadzi Sapieehttp://www.blogger.com/profile/07561947015813731596noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-37677485.post-7620657328788333152016-07-06T05:29:55.318+08:002016-07-06T05:29:55.318+08:00Saudara Radzi,
Ini pertama kali saya mendengar ce...Saudara Radzi,

Ini pertama kali saya mendengar cerita Tok Laut. Tiada lagi orang yang menceritakan asal-usul Bugis dalam diri datuk saya Anuar B. Yusuf B. Arifin B. Hamzah yang berasal dari Kampung Asam Jawa, Kuala Selangor dan berkubur di Kutan, Kelantan.

Beliau sangat suka merantau sehingga ada suatu masa anak-anak dan bekas isteri tidak tahu beliau mati atau hidup. 7 tahun terakhir hidupnya tiba-tiba beliau tergerak hati untuk ke Kelantan; turun bas distesen Jalan HAMZAH. Di stesen bas itu dahulu ada perkuburan LAMA. Sekarang stesen bas dan perkuburan tepi Jalan HAMZAH itu sudah dipindahkan dan diina Tune Hotel.

Binaan tubuh saudara sebelah Atuk saya memang tinggi-tinggi. Ada pernah ayah saya cakap pakciknya ada yang setinggi PINTU! Esok 1 Syawal 1437H. Masa kecil-kecil dulu Atuk suka juga pernah menyebut tahta Kerajaan Bugis tetapi saya masa itu itu 11 tahun dan tidak ambil pusing.

Ayah saya berteu jodoh dengan ibu saya; kelahiran Kampung Laut, Kelantan. Nenek saya berhijrah dari Kelantan ke Kuala Lumpur dengan keretapi dan membesarkan anak-anaknya 4 orang di Kampung Datuk Keramat. Beliau meninggal dunia semasa saya; cucu sulungnya 5 tahun. Kami 'terputus saudara' dengan saudara mara sebelah Tok Wan kerana ayahnya meninggal kecil dan ibunya kahwin lain dan tidak dapat menjaganya. Beliau pula 'terpaksa hidup berasingan' dengan suaminya dan membawa 4 anak ke Kuala Lumpur dan membesarkan mereka sendirian atas sebb-sebab tertentu.

Saya ada post di blog saudara yang satu lagi bahawa saya rasa saudara ini bersaudara dengan kawan sekolah saya SAMEERAH MOHD. NAWI.

Sekian.

Nur Latifah Anonymousnoreply@blogger.com