Thursday, August 09, 2007

Kesan Aceh di Yan, Kedah? (Aceh remains in Yan, Kedah?)

Beberapa hari setelah meninggalkan Kuala Muda, saya telah pergi ke Yan, Kedah. Saya pernah diberitahu bahawa pekan dan daerah berhampiran pantai di kaki Gunung Jerai ini telah dibuka oleh orang-orang daripada Aceh lebih 100 tahun dahulu. Mungkin bangunan-bangunan yang dipaparkan di sini menggambarkan budaya serta seni orang Aceh? Untuk cerita berkaitan, masuk ke blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH atau pergi terus ke The surau of Kampung Setul, Yan... , Yan again... The call of Gunung Jerai... dan In Yan to find the Aceh connection....
A few days after leaving Kuala Muda, I went to Yan, Kedah. I was told than this village and district near the beach at the foot of Gunung (mount) Jerai was opened by people from Aceh more than 100 years ago. Maybe the buildings featured here potray the art and culture of the people from Aceh? For related stories, enter the English blogspot BERPETUALANG KE ACEH or go straight to The surau of Kampung Setul, Yan... , Yan again... The call of Gunung Jerai... and
In Yan to find the Aceh connection....
Sebuah rumah yang agak ringkas di Kampung Aceh, Yan...
A rather simple house in Kampung (village of) Aceh, Yan...


Sebuah lagi rumah di situ yang ringkas tetapi agak menarik...

Another house there which is simple but rather interesting...


Surau Kampung Aceh...

Surau (small praying hall) of Kampung Aceh...


Pemandangan di dalam surau...

The view inside the surau...


Sebuah rumah Melayu lama di sebelah Surau Kampung Aceh... Cantik kan? Perhatikan ciri-ciri kegemaran saya... Ukiran seperti lidah terjulur daripada sudut bumbung.
An old Malay house beside Surau Kampung Aceh... Beautiful isn't it? Look at my favourite feature... The tounge-like carvings jutting out from the corners of the roof.

Ini pula sebuah surau lama tinggal yang dikatakan telah didirikan oleh orang-orang Aceh...

This is an old abandoned surau said to be built by people from Aceh...


Di hadapannya terdapat sebuah kawasan perkuburan Islam dengan batu-batu nesan yang memiliki rupabentuk serupa dengan yang terdapat di sebuah kawasan perkuburan di sekitar kawasan Batu Uban, Pulau Pinang...

In front is a Muslim cemetery area with tombstones having the same designs like that at a cemetery around Batu Uban, Pulau Pinang...


Yang peliknya, surau tinggal yang dikatakan didirikan oleh orang-orang Aceh ini terletak di sebuah kampung lain di seberang jalan besar daripada Kampung Aceh. Hmm...

What is odd, this abandoned surau which is said to be built by people from Aceh is situated at another village across the main road from Kampung Aceh. Hmm...

24 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Selama ni sy tak pernah tau pun akan adanya kampung yang dipanggil kampung Aceh. tapi bernahkah ada kampung Aceh di Yan? yang saya tau ada kampung Boyan, kat sg buloh sana.... Terima kasih atas post ini... Mak sy kata memang ramai orang Aceh kat Yan。。。
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...mmg ada...jalan nk pergi ke titi hayun,yan...datuk saya asal org kg acheh

      Delete
  2. Assalamualaikum...

    Terima Kasih kepada saudara yang telah memberikan satu kebaikan kepada kami penduduk kampung aceh, Yan.

    Sebagai penduduk kg aceh yan. saya ingin sekali menjemput tuan sekali lagi ke KG ACEH YAN. Tapi kali ini teruslah ke KAMC ( Kampung Acheh Management Centre ) yang bertindak sebagai pusat operasi kami.

    Pihak kami juga mengalu-alukan saudara untuk dapat menulis dalam satu kolum dalam BULETIN kami ( NARIT GEUTANYOE )

    http://www.kemkamc.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Salam...selama ni saya tercari-cari keturunan saya...bapa saya Allyarham Bakri b. Mat dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Aceh Yan....Terdapat ramai saudara kami disan...dihadapan surau Kg. Aceh terdapat perkuburan dimana menempat kubur nenek saya Allyarhamah Marim bt. Ariffin dan moyang saya Allyarhamah Long...Pakcik saya masih lagi menetap disan dan dikenali sebagai UCop Ayam...Teima Kasih

    ReplyDelete
  4. Memang ada Kg Acheh di Yan Kedah, ada juga nama kampung yg sewaktu dengannya..iaitu Kg Jawa.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..saya nak tanya saya dari n.sembilan dari suku aceh ada ke kena mengena atau hubungan pertalian..saya perlu mencari sejarah suku aceh ini....

    tolong bantu saya

    sukuaceh.blogspot.com
    clubwarisan66@gmail.com

    ReplyDelete
  6. memang betul org kat kampung tu orang aceh buktinya masakan aceh yg masih lagi di sajikan, dialek aceh (loghat aceh) bagi sesetengah anak muda sudah kurang mempraktikannya.. tapi jika masih ada lagi orang lama yang tinggal di situ mungkin anda boleh tanyakan loghatnya

    ReplyDelete
  7. salam...mmg ada kg aceh di YAN..keluarga saya berasal dari keturunan aceh..saya tinggal bersebelahn dgn kg aceh..kg yg dinamakan KG LUBUK KASAI...tak jauh dari surau kg aceh skrg...dan saya masih lagi ramai kenalan sebaya yg masih berhubung juga berasal dari kg aceh...kpd sesiapa yg ingin tahu lebih lanjut hubungi saya di ..** anonor@gmail.com..]

    ReplyDelete
  8. saya ada bertemu dgn salah seorang cucu haji hussain iaitu shahrin hussaini..menurut katanya..haji hussain adalah pengasas atau guru pertama yg mengajar alquran di kg aceh yan...wallahhualam..

    ReplyDelete
  9. org aceh pernah berkampung kat sini ke...n..kt ne ntah kg. ni?

    ReplyDelete
  10. Dengar citer Kaki bukit gunung Jerai nih dulu memang dah ade penghuni..kate org la saya xtau sahih ke tidak..kate nye tempat nih pernah menjadi pusat pemerintahan krajaan kedah tua sejak bratus-ratus taun yg lalu...bagi saye memang betul la kot sbb dulu negri kedah nih bkan kosong..tapi merupakan sebuah kerajaan yg agong..suatu ketika dahulu..dan diperintah oleh seorang Raja bernama Ramaunibha...

    ReplyDelete
  11. Saya teruja.. Dengan adanya blogger nie.. Kiranya dapat kembali mencari salah silah keturunan. Buat masa nie tempat rujukan kami d KAMC. Sy pun sekali sekala je cakap ahceh. Itu pun kalau balik ke umah nyak d kulim kedah...

    ReplyDelete
  12. Assalam. Baru terjumpa blog ni... mudah saya kenal keturunan arwah abah saya. Arwah Tok saya (perempuan) berasal dari Aceh. Datang ke Yan dengan bapanya seorang guru bernama Cikgu Shaari (iaitu arwah tok nek saya). Arwah Tok saya bernama Wan dan kuburnya ada di Merbok. Manakala Tok nek saya disemadikan di Kampung Aceh, Yan pada tahun 1998 kalau tak silap. Dengan adanya blog ini dapatlah saya 'jalan-jalan' sambil kenal kampung nenek moyang saya ini. Salam ukhwah... :)

    ReplyDelete
  13. Assalam. Baru terjumpa blog ni... mudah saya kenal keturunan arwah abah saya. Arwah Tok saya (perempuan) berasal dari Aceh. Datang ke Yan dengan bapanya seorang guru bernama Cikgu Shaari (iaitu arwah tok nek saya). Arwah Tok saya bernama Wan dan kuburnya ada di Merbok. Manakala Tok nek saya disemadikan di Kampung Aceh, Yan pada tahun 1998 kalau tak silap. Dengan adanya blog ini dapatlah saya 'jalan-jalan' sambil kenal kampung nenek moyang saya ini. Salam ukhwah... :)

    ReplyDelete
  14. Wassalam semua. Saya pun dah lama tak ke Yan. Kali terakhir rasanya 2-3 lepas kot?

    ReplyDelete
  15. hashim cucu nyak haronFri Jul 19, 10:22:00 PM GMT+8

    Rujuk 21 march... Alhamdullilah keluarga sebelah nyak semuanya msh ada.. Tapi tidak menetap di yan. Nyak duk d kulim, keluarga besar nyak harun semua ada d lembah klau, raub pahang. Kalau blk yan pun blk duk d redang pasir...tp tak leh blk ke sana buat ms nie... Kerana bertugas d lahad datu, sabah. Cucu aceh d rantauan... Selamat berpuasa dan berhari raya...insyaallah

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum...
    saya berminat tengtang sejarah acheh di kedah ....saya harap saya dapat pertolongan sesape kat sini

    ReplyDelete
  17. Nama sy jeffry , Berasal dari Kuta Raja (Banda Aceh).Sy sangat senang sekali membaca blog macam ni crite tentang kg acheh yg ada kat Yan Kedah dan sy jg sering mengikuti web site/ blog2 mengenai sejarah dan peradaban Bangsa Aceh di Malaysia.yg mkn hijrah sekitar thn 1800an ke negeri kedah,spt; di yan ,merbok, langkawi, jg mgkn ada jg yg hijrah p.pinang, ke pahang, melaka dan johor bahru.betapa bermanfaat sangat dgn adanya blog2 dari rakan2 yg menerbitkan berbagai kejadian perubahan sejarah dahulu hingga masa ini. termasuk reusam atau kebiasaan dari pd budaya bangsa acheh yg ada dekat kg Aceh Yan kedah khususnya dan berbagai negeri yg ada di malaysia pd umumnya..Teurimong Geunaseh keu Syedara geutanyoe mandum..

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum, saya tertarik dengan cerita sejarah di tempat kelahiran saya. Baru2 ini saya melawat di Aceh, rumoh aceh atau rumoh adat atau rumoh jaman , apabila kita melihat dari segi bumbungnya ...ada persamaan dengan rumah di Yan. terima kasih kerana saudara memberi maklumat mngenai Yan. Saya hendak dapat buku2 tersebut di mana ya? cari di kedai2 ...tiada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenang sahaja besok biar saye yg buat buku kg aceh ye. Saya tinggal kat riau. Salem beh ke getanyo mandum nyang na bak ranto :)

      Delete
  19. Kampung acheh,yan kedah memang ada orang acheh disana masih fasih berbahasa acheh.bahkan banyak peninggalan sejarah acheh disana.pengalaman yang tidak terlupakan sewaktu saya kesana kerana masyarakat berketurunan acheh disana sangat peramah.

    Insya Allah saya pasti akan kesana lagi.saya sampaikan ucapan terimakasih kepada tuan jaznigani yang telah menyambut kedatangan kami di KAMC.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete