Saturday, August 18, 2007

Masjid (mosque) of Kampung Laut

Nota: Hari ini saya terasa mahu menyiarkan kembali sebuah artikel mengenai Masjid Kampung laut yang dibuat sebulan lalu di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Untuk makluman, artikel bernama Masjid Kampung Laut, enough said! itu ditulis dalam konteks satu sessi perjalanan yang lakukan penghujung tahun lepas. Di sini, saya menirunya sebijik sepertimana ia ditulis dahulu. Yang berbeza cuma terjemahan dalam Bahasa Melayu yang merupakan identiti blogspot ini. Sila...
Note: Today I felt like republishing an article on the mosque of Kampung Laut made a month ago for my English blogspot BERPETUALANG KE ACEH. For information, the article called Masjid Kampung Laut, enough said! was written within the context of a session of travelling made at the end of last year. Here, I'm copying it lock, stock and barrel. The only difference is the Malay translation which is the identity of this blogspot. Cheers!

---------------------------------------

Selepas selesai hal di Masjid Tok Kenali, sampailah masanya untuk menziarahi sebuah lagi mercu tanda lama Kelantan, mungkin lebih terkenal dan penting, sebuah tempat bernama Masjid Kampung Laut. Masjid berusia 300 tahun ini berasal daripada Kampung Laut di sekitar timur-laut Kota Baru tetapi ia dikatakan telah ditinggalkan dalam keadaan buruk disebabkan banjir yang selalu melanda di sana. Maka itu ia dipindahkan ke Nilam Puri, lebih kurang 12 km barat-daya ibunegeri Kelantan itu.
After I'm done at Masjid Tok Kenali, it was time to visit another old Kelantanese landmark, perhaps a more famous and significant one, a place called Masjid (mosque of) Kampung Laut. The 300-year-old mosque originated from Kampung (village of) Laut north-east of Kota Bahru or so but was said to have languished in poor condition there because of constant flooding. Thus it was relocated to Nilam Puri, some 12 km south-west of the Kelantan capital.


Saya telah melalui arah ini beberapa kali kerana ia terletak di jalan besar menghala ke Tanah Merah. Semua bas ekspress menghala ke Pantai Barat daripada Kota Bahru mesti lalu di sini. Tetapi cuma pada 24 Disember 2006 baru saya akhirnya menziarahi Masjid Kampung Laut!

I've passed this route quite a few times since it is on the road to Tanah Merah... All express buses heading for the West Coast from Kota Bahru must pass here. But it's only on that 24th December 2006 that I finally made a visit to Masjid Kampung Laut!


Itu dia... Sesuatu yang menarik kan. Senibinanya serupa dengan Masjid Demak yang lebih terkenal di Pulau Jawa, Indonesia yang dibina sekitar abad ke 15 Masihi. Maka itu sesetengah orang percaya Masjid Kampung Laut adalah lebih tua daripada 300 tahun kerana ia adalah satu daripada beberapa sahaja bangunan di Kepulauan Melayu yang dibina dengan rupabentuk dan ciri-ciri serupa.

There... Quite something isn't it. The architecture is similar to the more famous Masjid Demak in the island of Java in Indonesia built sometime in the 15th century. Thus some believe Masjid Kampung Laut is much older than 300 years old as it is one of the rare few in the Malay Archipelago built using similar design and specifications.


Papantanda ini menceritakan penemuan rasmi mengenai masjid ini. Lihat dengan teliti di bawah...

The signboard here offers official findings on the mosque. Have a closer look down here...



Hmm... Ia kelihatan lebih senang dibaca semasa saya mula-mula menyunting bahagian ini menggunakan Photoshop. Tak mengapa, apa yang diceritakan di sini sama dengan apa yang saya telah perkatakan mengenai masjid ini...

Hmm... It looks more readable when I first editted this part using Photoshop. Nevermind, what is told here is similar to what I've already said about the mosque...


Apa yang tidak rasmi adalah bagaimana Masjid Kampung Laut ini dikatakan mempunyai kaitan dengan beberapa watak legenda bertaraf wali. Jika Masjid Demak di Jawa dikatakan telah didirikan oleh Wali Songo (Wali Sembilan) yang terkenal, Masjid Kampung Laut pula dipercayai telah dibina oleh satu lagi kumpulan wali (tidak ingat siapa) yang ada kena-mengena dengan Wali Tujuh, perkumpulan 7 orang wali yang sampai ke Tanah Melayu abad ke 14 Masihi.

What is not official though is how Masjid Kampung Laut is supposed to be related to some legendary saintly figures. If Masjid Demak in Java is said to be built by the famous Wali Songo (the nine saints), Masjid Kampung Laut is supposed to be built by another group of saints (can't recall who) said to be in turn related to the Wali Tujuh, a group of seven saints said to have arrived at the Malay Archipelago in the 14th century.

Sekarang, kumpulan Wali Tujuh mungkin tidak begitu terkenal seperti Wali Songo di Jawa tetapi sesetengah daripada mereka dipercayai berkedudukan jauh lebih tinggi dalam susun-atur kedudukan para wali. Contohnya, ketua Wali Tujuh, Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada semua Wali Songo. Seorang ahli kumpulan beliau (mungkin adik-beradik, mungkin sepupu. Yang pasti mereka ada tali persaudaraan), Sayyid Thanauddin dipercayai adalah juga AdiPutra, mahaguru yang mengajar Hang Tuah akan ilmu peperangan!

Now, the Wali Tujuh might not be as famous as Java's Wali Songo but some of them are believed to be much higher up in the hierarchy of Muslim sainthood. For example, the leader of Wali Tujuh, Sayyid Hussein Jamadil Kubra is said to be the grandfather of all Wali Songo. A member of his group (could be brother, could be cousin. What is sure, they are related), Sayyid Thanauddin is believed to be AdiPutra, the grandmaster who taught the famous Hang Tuah the art of war!


Legenda mengatakan sampai sekarang, sesetengah wali akan singgah atau berkumpul di Masjid Kampung Laut. Cuma mereka tidak dapat dilihat oleh orang biasa atau mereka datang menyamar sebagai orang lain, selalunya sebagai orang-orang tua yang kelihatan gila merayap tak tentu arah. Jadi jangan pula dianggap gadis-gadis bertudung di dalam gambar ini sebagai para wali ya... :]

The legend goes that until now, some saints would stop by or converge at Masjid Kampung Laut. It's just they can't be seen by common people or they would appear disguised as someone else, normally old folks who look like they are insane vagabonds. So don't take the covered ladies in the picture as the saints ya... :]


Menara Masjid Kampung Laut... Ada sesuatu yang menarik tentangnya...

Tower of Masjid Kampung Laut... There's something alluring about it...



Sampai masa untuk melangkah ke dalam...
Time to step inside...



Saya pun membuat solat wajib dan sunat. Kemudian tidur sejenak...

Did the obligatory and optional prayers. Then took a nap...


Satu pandangan akhir terhadap Masjid Kampung Laut sebelum menyambung pengembaraan. Destinasi yang bermain di dalam kepala adalah Bukit Panau dan Danau Tok Uban. Masalahnya saya terlalu penat setelah hampir 2 minggu mengembara dan berada di jalanan. Ketika itu, saya tidak tahu bagaimana hendak ke sana dan saya juga sedang dilanda demam yang agak berat selain diserang penyakit beguk! Yep... Pipi bengkak penuh kesakitan. Pelik, kenapa ia berlaku pada ketika ini dalam perjalanan.

A last look at Masjid Kampung Laut before continuing travel. The next destination in mind is Bukit Panau and Danau Tok Uban. Problem is, I was just too tired then after almost 2 weeks of travelling and being on the streets. I didn't know how to get there and I was suffering from heavy fever plus I got mums! Yep... The swollen cheek with the pain and such. Funny, why this happened at this juncture of travelling.


Setelah memikirkan hal ini sedalam-dalam, sambil mengenangkan bahawa saya mesti berada di Muar untuk sambutan Aidil Adha, saya membuat keputusan untuk memendekkan perjalanan. Jika awalnya, saya merancang untuk ke Bukit Panau dan Danau Tok Uban sebelum menghala ke Kedah, sebaliknya saya dapati diri ini mengambil bas daripada Nilam Puri terus ke Kuala Krai... Atau adakah ia daripada Nilam Puri ke Tanah Merah kemudian naik bas lain ke Kuala Krai? Ketika itulah saya berhenti di masjid yang gambarnya ada di atas.

After deliberating the issue for a while, taking into consideration that I have to be in Muar soon enough for the Aidil Adha celebration, I decide to cut the trip short. If earlier, I planned to go to Bukit Panau and Danau Tok Uban before heading for Kedah, instead I found myself taking the bus from Nilam Puri straight to Kuala Krai... Or was it Nilam Puri to Tanah Merah, then another bus to Kuala Krai? That's when I stopped at the mosque seen in the picture above.

Apapun, saya sudah menghala ke selatan. Kuala Krai terletak lebih kurang 100km (kalau tak salah ingatan) barat-daya daripada Kota Bahru. Yang peliknya, saya ternampak senibina tertentu pada menara kecil ini di dalam kawasan Masjid Kuala Krai...

Whatever, I was already headed southwards. Kuala Krai is some 100km (if I remember correctly) south-west of Kota Bahru. The funny thing is I noticed this particular archictecture at this small tower within the Kuala Krai mosque compound...

Perasan tak bahagian seperti lidah terjulur keluar daripada setiap sudut bumbungnya? Serupa seperti yang saya jumpa di sebahagian Perak dan Pulau Pinang (lebih pada bahagian tanah besar di Seberang Prai) dan Kedah

Notice the 'tounge'-like wood carvings jutting out from the corners of the roof? Similar to the ones I found in parts of Perak, Penang (more towards the mainland side at Seberang Prai) and Kedah.

Sepanjang saya mengembara ke sana ke mari, saya tidak pernah terjumpa rekabentuk sebegini di luar kawasan-kawasan yang disebut apalagi di Kelantan tetapi sekarang sudah ada satu di Kuala Krai. Apakah ada kaitan kawasan ini dengan Perak di mana terdapat banyak rekabentuk sebegitu? Saya meninggalkan kawasan itu dalam keadaan tertanya-tanya hingga ke hari ini!

As far as my travelling goes, I can't find this design outside the areas mentioned what more in Kelantan but now there's one in Kuala Krai. Is there any connection between this area and Perak where there's plenty of such designs? I left the area still wondering to this day!


Nota kaki: Rupa-rupanya perjalanan yang terbantut ketika itu 'diganti' balik dengan pengembaraan terbaru yang dibuat Julai 2007. Cerita-cerita berkaitan ada dinukilkan dalam bahasa Melayu di blogspot CATATAN SI MERAH SILU sementara perjalanan ke Bukit Panau dan Danau Tok Uban ada diabadikan di dalam blogspot ini dengan tajuk-tajuk Danau Tok Uban pula... (Now, Danau Tok Uban...), Mendaki Bukit Panau (Climbing Bukit Panau) dan Akhirnya, Masjid Brunei di Danau Tok Uban! (At last, the Brunei Mosque at Danau Tok Uban!) .

Footnote: As it turned out, the journey then which was cut short was 'replaced' by the latest trip made July 2007. Related stories were told in the Malay blogspot CATATAN SI MERAH SILU while journeys to Bukit Panau and Danau Tok Uban were immortalised in this blogspot under the titles Danau Tok Uban pula... (Now, Danau Tok Uban...) ,Mendaki Bukit Panau (Climbing Bukit Panau) and Akhirnya, Masjid Brunei di Danau Tok Uban! (At last, the Brunei Mosque at Danau Tok Uban!).

5 comments:

  1. Saya terlihat blog saudara dan saya sebenarnya baru pulang dari Kelantan. Tak tau kenapa saya memang terpanggil untuk pergi ke dua tempat pertapaan wali-wali iaitu Bukit Panau dan Pulau Besar Melaka. Saya sudah sampai di Bukit Panau tapi saya tak tahu nak tuju di mana tapi sekurang-kurangnya saya sudah tahu tempatnya. Saya mempunyai salasilah keturunan dari Syed Hussain Jamadil Kubra dan entah macamana saya memang banyak mengkaji tentang agama tapi saya bukan alim macam perempuan2 yang bertudung labuh tu. Saya biasa je tapi saya memang ada interest ke arah ini. Mungkin hidayah. Saya juga mengalami sakit lebih 10 hari macam saudara mengalami sakit tapi bukan sakit yang sama. Mungkin itu satu halangan yang ada misteri di sebaliknya. Tulisan saudara sangat interesting dan harap saudara terus menulis kisah-kisah begini.

    ReplyDelete
  2. Terimakasih! Tak semestinya kita ni nampak alim berpakaian baik... Permulaannya biar kita ni jujur, tak cakap bohong, tak pandang buruk kat orang... Snetiasa merendah diri... Tidak sengaja mencari kesalahan orang tetapi sentiasa menilik dan muhasabah kekurangan diri sendiri...
    Insyaallah sedikit demi sedikit Tuhan akan gerakkan kita untuk memperbaiki diri kita mengikut kadar yang sesuai. Insyaallah! :]

    ReplyDelete
  3. Dalam buku terbaru Prof Syed Hussein al-Attas ada menyatakan berkenaan nasab Syed Jamaludin al-Kubra yg selama ini dipandang "mitos" oleh kebanyakan pengriwayat nasab dan pengkaji nasab, termasuk dari nusantara (indonesia) yang mana dipaparkan dengan jelas dan ilmiah apakah kaitan Syed Jamaluddin dgn wali sembilan di Jawa itu.

    bengkak pipi.. alah sikit je tu, cubit2 manja tu, tanda sayang.. reda je lah..

    ReplyDelete
  4. Menara masjid mana yang lebih tua? Kampung laut atau pulai chondong?

    ReplyDelete