Monday, August 13, 2007

Perigi (well of) Hang Tuah, Masjid (mosque of) Duyung serta (and) Kampung Hulu

Ini adalah sebuah cerita bergambar berdasarkan satu perjalanan ke Melaka beberapa bulan yang lepas. Ketika itu, saya baru sahaja mendarat daripada Pulau Besar lalu dihubungi seseorang yang mengenali saya melalui Internet. Dia kemudian membawa saya berjalan ke beberapa tempat di Melaka. Inilah gambar-gambarnya...
This is a pictorial story based on a trip to Melaka a few months back. Then, I just landed from Pulau Besar and was contacted by someone who got to know me through the Internet. He took and drove me to a few places in Melaka. These are the pictures...

Perigi Hang Tuah di Duyung, Melaka. Perigi ini dikatakan telah digali oleh pahlawan Melayu lama tersohor Hang Tuah yang menjadi laksamana empayar Melaka abad ke 15 Masihi. Kata orang, air perigi ini boleh dibuat ubat. Wallahualam...
The well of Hang Tuah at Duyung, Melaka. The well is said to be digged by the distinguished olden Malay warrior Hang Tuah who became the admiral of the Melaka empire in 15th Century AD. People said, the water from the well can cure people. God knows best...

Masjid Duyung tidak jauh daripada Perigi Hang Tuah...
The mosque of Duyung not far from Hang Tuah's well...

Di masjid itu terdapat sebuah kolam yang airnya dikatakan turut boleh dijadikan ubat...
At the mosque is a pool with water which is also said to be able to cure people...

Menara Masjid Duyung. Cantik bukan?
The tower of Duyung's mosque. Beautiful isn't it?

Kubah atau bumbung masjid yang bertingkat-tingkat...
The mosque's main roof or doom built in layers...

Sejarah masjid tertulis pada batu peringatan...
History of the mosque inscribed on a commemorative stone...

Kawasan kubur Islam di belakang dengan papan-tanda menuju ke Perigi Hang Tuah...
The Islamic cemetery with a sign-board to Hang Tuah's well...

Ini pula papan tanda untuk Masjid Kampung Hulu yang terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka...
This is the sign-board for the mosque of Kampung Hulu which is situated right in the middle of the city of Melaka...

Lihat rekabentuk masjid ini yang merupakan rekabentuk biasa masjid-masjid lama Melaka...
Look at the mosque's architecture which is the normal architecture for old mosques in Melaka...

Kolam wudhuk Masjid Kampung Hulu...
The pool for wudhuk (ritual purification by water) at the mosque of Kampung Hulu...

Pemandangan dari hadapan masjid. Untuk pengetahuan, Masjid Kampung Hulu yang dibina tahun 1728 dikatakan sebagai masjid paling tua di Malaysia yang masih mengekalkan bangunan serta tapak asal.
View from the mosque's front. For information, the mosque of Kampung Hulu built in 1728 AD is said to be the oldest mosque in Malaysia still maintaining its original building and site.

Pintu gerbang utama masuk ke kawasan masjid. Masjid Kampung Hulu juga menjadi salah sebuah masjid kegemaran untuk orang-orang yang beramal dan beriktikaf terutama mereka yang berminat dengan hal-hal kebatinan. Sekian... :]
The main entrance to the mosque compound. The mosque of Kampung Hulu is also one of the favourite mosque for those deep in practice and for spending the night in vigil especially among those interested in esotoric matters. That's all... :]

4 comments:

  1. Amat teruja membaca ttg masjid2 lama ni. Ini krn dpercayai masjid2 lama ni byk karamahnya.Dan yg menariknya smlm sy menghadiri kursus yg dianjurkan oleh syarikat tempat sy bekerja. Dan sempat berkenalan dgn wakil staf dari melaka. Apa yg menariknya staf tersebut berbangsa cina tp tergerak mulut ni utk bercerita ttg masjid2 lama di Melaka. Dan tak sangka dia pun berminat bercerita ttg masjid2 lama. Hinggalah ttg masjid Kg. Hulu. Kwn tu kata bukan org muslim jer yg percaya akan keramah masjid tersebut. Selain org islam pun percaya. Yg menariknya bila ada selisih faham (bangsa cina/india dsbnya) cukup hanya pergi di tepi pagar masjig kg. hulu..so selisih faham tadi dpt dileraikan. Well ini info yg sy baru dpt. Mmg sesiapa yg pergi 1st time pun akan dpt merasa auranya.
    Tq mr.MS krn cerita2 ini akan membuat org ramai akan kembali ke masjid semula.

    ReplyDelete
  2. I really fasinated how you can find all the old tomb and highlighted the mosque. By any chance do you know that there is a "wali allah" that has relation which the one in Pulau Besar " Sultan Ariffin " tomb is buried here.I have search for Sultan Ariffin's sibling tombs which I know that he had 3 other sibling that are buried in malaysia. Here my email if you interested in my finding.

    mauwien@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. 27 januari 2009, aku pi sini atas pelawaan kawan. bawak mak aku sama,tak sangka time nak keluar dari kawasan perigi ni mak aku terus berpinar nak pitam. rasa2 tmpt ni kalo org2 tertentu akan dpt rasa aura nya kot. alhamdulilah sebaik saja mak aku cuci muka dgn air perigi terus lega sket.keramat ke tak? wallahualaam. sapa2 ada cerita2 utk dikongsi kenapa kene cuci muka kalo mai sini? ada wasiat ka sumpahan ka? saja nak tau

    ReplyDelete
  4. Perkongsian cerita secara lisan drpd informan (penduduk setempat) ttg perigi Hang Tuah:

    Kisah 1
    Salah seorang pengunjung pernah mengambil air perigi lalu dibawa pulang. Kebetulan jirannya yang mempunyai kelebihan boleh mengubat secara tradisional bertanya di mana air tersebut diambil. Soalan tersebut timbul kerana jiran pengunjung tadi terlihat bayangan buaya putih muncul pada bekas air perigi tersebut.

    Kisah 2
    Seorang pengunjung hairan ttg apa yang dilihatnya semasa menjenguk ke dalam perigi lalu berkongsi cerita dengan pemilik kedai yang lokasinya bersetentang dengan kedudukan perigi. Kewujudan buaya putih yang timbul secara tiba-tiba akhirnya terjawab apabila pengunjung tadi membaca papan kenyataan yang turut tertera kisah buaya putih seperti yang dilihatnya.

    2 kisah ini membuatkan saya juga berfikir apakah buaya putih ini ada kaitan dengan Hang Tuah sendiri atau kemunculannya berkait rapat dengan lokasi tapak perigi itu sendiri. Mengapa pula hanya orang tertentu sahaja yang terlihat kelibatnya turut menjadi misteri.

    Perigi H. Tuah suatu masa dahulu...
    Menurut Imam Masjid Kg Duyung, di tapak perigi itu dahulunya adalah tempat buaya berkumpul apabila naik ke tebing sungai yang terletak tidak jauh dari perigi.

    Salah seorang waris tertua yang masih hidup mengatakan bahawa perigi Hang Tuah pada zaman kanak-kanaknya menjadi tempat penduduk setempat merendam daun mengkuang untuk dibuat tikar.

    Berdekatan dengan perigi pula terdapat sebuah pohon saga yang besar...tapi kini telah tiada (mungkin telah ditebang).

    ReplyDelete