Thursday, August 30, 2007

Sedikit mengenai (A bit about) Pulau Besar, Melaka...

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Setelah lebih kurang 11 hari tidak membuat apa-apa penambahan baru dalam mana-mana blogspot saya, kesenyapan ini telah dipecahkan semalam apabila saya membuat artikel baru bertajuk Trip to Europe 1995... Getting classical (and Merdeka too) in Austria! untuk blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Ini diikuti sedikit preview daripada buku ketiga saya yang sedang dalam proses suntingan, buku "Berpetualang ke Aceh: Sirih pulang ke Gagang?" atau BKA III. Preview yang diberi tajuk Seorang tua tariqat di Langsa, Aceh... ini dibuat untuk blogspot CATATAN SI MERAH SILU tadi.
Greetings dear readers. After some 11 days not making updates in any of my blogspots, the ice was broken last night when I made a new article called Trip to Europe 1995... Getting classical (and Merdeka too) in Austria! for the blogspot BERPETUALANG KE ACEH . This was followed by a preview from my third book which is undergoing an editting process, the book called "Berpetualang ke Aceh: Sirih pulang ke Gagang?" or BKA III. The preview which was given the title Seorang tua tariqat di Langsa, Aceh... was made for the blogspot CATATAN SI MERAH SILU just now.
Oleh itu saya rasa blogspot ini juga perlu dibuat penambahan baru. Cuma saya kesuntukan masa untuk mengatur bahan dan cerita, maka biar disajikan sahaja satu cerita pendek sebagai pembuka selera ya. Kebetulan 2 hari lepas saya telah pergi ke Pulau Besar, Melaka setelah setengah tahun tidak ke sana. Maka biar kita bercerita sedikit tentang pulau misteri ini berdasarkan gambar-gambar yang telah diambil setengah tahun lalu, gambar-gambar yang pernah dijadikan cerita untuk blogspot BERPETUALANG KE ACEH lebih sebulan lalu... Ini dia...
Therefore I feel this blogspot must also be updated. It's just that I don't have much time to arrange the material and story, so let's just have this short story as an appetiser ya. It happens that 2 days ago I went to Pulau Besar, Melaka after half-a-year not being there. So let me just tell something about this mysterious island using pictures taken half-a-year ago, pictures which have been used for stories in the blogspot BERPETUALANG KE ACEH more than a month ago. This is it...

Kawasan makam Tok Putih dan Tok Janggut di pesisir pantai Pulau Besar. Tok Putih dikatakan seorang ulamak dahulukala sementara Tok Janggut pula dikatakan seorang pahlawan daripada Aceh yang menjadi pengawal peribadi Tok Putih.

The Tok Putih and Tok Janggut tombs area at Pulau Besar's seaside. Tok Putih is said to be an olden religious scholar while Tok Janggut is said to be a warrior from Aceh who became Tok Putih's bodyguard.



Sebuah makam betul-betul di luar makam utama Sultanul Ariffin Sheikh Ismail.

A tomb just outside the main tomb of Sultanul Ariffin Sheikh Ismail.



Bangunan utama makam Sheikh Ismail.

The main building for the tomb of Sheikh Ismail.


Makam Sharifah Rodziah, dikatakan cucu perempuan Sheikh Ismail.

The tomb of Sharifah Rodziah, said to be a grand-daughter of Sheikh Ismail.


Makam Nenek Kebayan...

The tomb of Nenek Kebayan (something like a mystical old hag)...

Makam Tujuh Beradik...

(literally) Tombs of the seven siblings...



Makam Seribu, dipanggil begitu kerana dikatakan ia menempatkan badan 1,000 pahlawan Islam yang mati syahid dalam usaha memerdekakan kota Melaka daripada cengkaman penjajah Barat!

The 1,000 tombs, called so because it is said to contain the bodies of 1,000 Islamic martyrs who died while trying to free the city of Melaka from the grip of Western colonialists!

------------------------

Hmm... Cukuplah. Kalau mahu tahu cerita lebih lanjut dan mendalam, sila masuk ke...

Pulau Besar 1: Enter the 'big' island!

Pulau Besar 2: Why so many long tombs?

Pulau Besar 3: Time to move on...

Cuma satu sahaja masalah. Cerita-cerita ini ditulis dalam bahasa Inggeris sahaja. Sekian!

Hmm... Enough. If you want to know much more just enter...

Pulau Besar 1: Enter the 'big' island!

Pulau Besar 2: Why so many long tombs?

Pulau Besar 3: Time to move on...

It's just that these stories are were written in English only. So long!

12 comments:

  1. cucunda Sunan GIRI

    Tq..bro.MS krn sudi menemankn hamba yg hina dina hingga ke Pulau Besar. Siap ziarah makam n tak lupa "istana hinggap" . Kebetulan suasan pada masa tu amat nostalgik sekali. Sy tak boleh lupa dlm kelam2 tu nampak wajah penghuni "istana hinggap" n sempat bertukar2 cerita. But sy tak leh nak cerita lebih2 ..sbb sy org baru di pulau ni n pasangan suami isteri pun baru sy kenali.
    Semoga diizinkan Allah, sy akan ke Pulau Besar lagi..may be next time lebih lama kot...
    Spt kata abg tu..mcm pernah nampak sy, well semasa di Anjung Batu lagi..sy dpr gerak yg abg tu akan ckp mcm tu.Tak tau knp..cuma sy singkatkn citer may be jumpa roh sy dlm mimpi..so kami

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum.

    Ada suatu kisah yang saya alami di sini.

    Saya dah ke Pulau Besar ni pada Mac lalu. Tempat kerja buat program brain storming kat sana. Masa tu pengetahuan saya tentang pulau ni boleh dikatakan 0. Tapi serba sedikit pengetahuan berkaitan sejarah Islam di Alam Melayu khususnya Melaka dan Aceh telah menimbulkan andaian-andaian tertentu dalam benak saya. Memang pulau tu terasa 'lain'. Banyak resort terbengkalai menunjukkan bahawa ia bukan tempat sembarangan. Tapi masa tu saya tak nampak istimewanya pulau ni, sebab yang terlalu menonjol adalah ramainya masyarakat India Muslim di situ serta pelbagai cerita tentang amalan-amalan songsang yang saya dengar. Saya pun x mengerti tentang makam-makam serta kubur-kubur kat situ. Tapi disebalik semua tu, saya membayangkan pulau ini pernah menjadi medan ilmu dan pengkalan jihad terutamanya dalam kempen Aceh untuk membebaskan Melaka (baru saya tau rupanya ada Makam 1000 tu). Apalagi, membebel-bebellah saya kepada kawan-kawan tentang sejarah Melaka dan jihad Aceh tu. Kawan-kawan terlongo je, memang x pernah tau. Sehinggalah melalut saya bercerita tentang pelanggaran Aceh terhadap Perak, Pahang dan Johor. Sehinggalah sampai kepada 'Perang Segi Tiga' dan pembelotan Johor terhadap kempen jihad Aceh. Tak perasan saya rupanya telah menyinggung perasaan seorang rakan dari Johor. Saya pun cuba menjelaskan kepada beliau akan adu domba yang dilakukan oleh penjajah untuk melemahkan barisan jihad orang-orang Melayu ketika itu. Kata saya, Aceh melakukan jihad terhadad Portugis, bukan sebab nak perluaskan kuasa dan kerajaannya. Akhirnya saya cuba nyatakan peranan yang sama telah dimainkan oleh orang-orang Bugis dalam campurtangannya di Tanah Melayu. Kata saya, mereka turut berjuang menentang penjajah Belanda disebalik campurtangannya itu. Mendengar perkataan BUGIS, maka segeralah terpacul dari mulut rakan tersebut perkataan keramat 'LANUN'. Maka tergurislah hati saya mendengarkan perkataan itu. Memang telah menjadi taboo kepada masyarakat negara ini. Apabila disebut Bugis pasti disambut dengan Lanun. Sungguh menyedihkan...

    Maka saya pun cuba menjelaskan kepada beliau bahawa hal keLANUNan itu adalah kerja ahli sejarah Barat memburuk-buruk para pejuang. Bahkan dalam buku teks sejarah sekolah pun begitu (masa saya sekolah dulu, sekarang xtau la). Begitu juga dengan buku-buku karangan ahli sejarah Barat antaranya 'The Prince of Pirate' yang pernah saya lihat (xingat siapa penulisnya).

    Sedih...

    (maaf la, beremosi pula)

    Zam
    Shah Alam

    ReplyDelete
  3. Wassalam n alhamdulillah kepada semua. Untuk Cucu Sunan Giri banyak lagi tempat menarik yang boleh pergi tapi perlukan masa dan tenaga. Nantilah...
    Untuk Zam... Sebab itu kita kena perbetulkan sejarah... Kena tahu yang mana sebenarnya pembela, yang mana pulak pembelot.
    Insyaallah dalam buku "Berpetualang ke Aceh: Sirih pulang ke Gagang?" yang sedang saya usahakan sekarang, akan diterangkan bagaimana kempen penjajah membodoh dan melaga-lagakan orang Melayu itu berkait dengan Perang Salib, kejatuhan Uthmaniyah, kejatuhan pemerintahan Mekah dan Madinah di bawah keluarga Sharif Al-Hassani, kaitan dengan Perang Dunia I dan II sampai le ke rancangan NWO atau New World Order Yahudi Zionis untuk menakluki dunia.
    Semua itu ada kaitan tapi untuk memahaminya, kena fahami banyak konsep sebenar satu persatu. Contoh harus diterangkan semula Islam bermula sejak Nabi Adam, bukan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad melengkapkan Islam... Harus faham ini... Dan harus faham juga makna Melayu yang sebenar sebagai bangsa campuran yang diikat dengan Islam dan adat-istiadat Melayu bertunjangkan pemahaman mendalam Tasawuf... Insyaallah nanti... :]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon email kalau buku dh siap utk dijual
      chudahazrikq6@gmail.com

      Delete
  4. cucunda Sunan Giri

    Salam,
    Buat Saudara Zam,bagusler anda dah sampai ke Pulau Besar,sepatutnya perjalanan anda sambungkn lagi ke Masjid Kg.Hulu. Sekiranya anda merasa "something" kat Pulau Besar, InsyaAllah perkara yg sama anda akan rasa di Masjid Kg. HUlu. Itupun bergantung pada "rezeki" anda..he he..
    Jgn ler emotional sgt..apa kata emotional anda tu alihkan ke arah "PERJUANGAN" atas nama ISLAM..

    Wassalam..

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum.

    Terima kasih Abang MS komennya. Terima kasih juga kepada cucu Sunan Giri. InsyaAllah, ada kesempatan sampai le saya ke sana.
    Doakan agar saya dapat berjuang sama.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Betul ape yg cucunnda Sunan Giri cakapkan. Saya dah ke Pulau Besar dan Masjid Kg Hulu... dapat mimpi..
    Lepas tu nak buat aper?

    Semua dalam mimpi. Berjumpa dengan orang yang tak kenal.

    Macamana nak tahu semua perkara ni?
    Boleh syer... Tolong

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Akhir zaman penunjukan kepada kebangkitan Islam yang hakiki. Kesinambungan Penghayatan Islam yang terbantut sewajarnya bermula di tapak asas permulaan pertemuan keislaman. Pulau Besar Jantung Tanah Melayu. Hidupnya Selat Melaka melambangkan pergerakan Malaikat yang sentiasa mengawasi penyebaran keislaman. Dahulukala Singapura dilihat laluan pembersihan hadas besar dan kecil Tanah Melayu. Malangnya kini menjadi hempedu Tanah Melayu. Melayu Raya tidak akan kembali tanpa penyatuan di Pulau Besar. Hakikatnya Mahkota menjadi inti Pulau Besar yang diwarnai dan diawasi oleh Makhluk Ghaib untuk Generasi Akhir Zaman. Kembalinya titik dan tempat pertemuan melambangkan kembalinya Islam yang suci, mudah, hakiki dan bersatu. Negeri dalam laut menyedarkan peristiwa Nabi Sulaiman. Tanpa Alatan kebesaran yang hanya diketahui oleh Allah Taala yang ditugaskan kepada Jibrail untuk Ilham manusia biasa tidak dapat mentadbir Pulau Besar sebagaimana Dulu Kala. Carilah Alatan Tersebut dapatlah pemerintahan dilaksanakan tanpa tentangan malah tunduk sebagaimana makhluk ghaib tunduk kepada Nabi Sulaiman. Penyebaran Islam masa kini tidak lagi seperti dahulu kala, berubahnya Hindu ke islam, Tingginya darjat kewalian atas kerendah hatian diri sendiri. Tidak perlu membandingkan dengan orang lain. Semua tempat/kawasan yang hendak diteroka perlu tahu kuncinya. Penyebaran Islam di akhir Zaman melalui Ekonomi sahaja. BaitulMal wajar dipulihkan fungsinya seperti kelaziman Khalifah Omar. Sekiranya tahu tentang kekuatan Islam salsasilah Kenabian jadi Pelancungan Sejarah. Jika mahu kekuatan ekonomi, Lautan luas jadi pegangan kapal-kapal dagang, kapal-kapal minyak. Jika sedar pertanian, Pulau besar lubok dan Jalan keluar utama hasil pertanian dan penternakan. Jika tamak kesihatan diri, Udara nyaman dan Jauhari penglihatan di Pulau besar mampu menyembuhkan apa jua penyakit dengan kaedah islam inshaallah. Selongkarlah keadaan mukabumi tanah melayu. Lihatlah Jantung Tanah Melayu yang hidup akan mengekalkan keislaman yang utuh dengan ekonomi yang berkekalan sebagaimana di selami oleh nabi Yusuf. Jadilah amalan murah hati dan tidak buruk prasangka dapat menyucikan hati yang hitam sebagaimana amalan Nabi Muhamad. cantumkanlah umat Melayu Islam di Asia dan Arab bermula di Pulau Besar. Ketahuilah Keturunan Saidina Husin berhijrah ke Kepulauan Melayu melalui laut/kapal dan Keturunan saidina hassan berhirah melalui darat/china dan titik pertemuan dua kerabat bersaudara di Pulau Besar. Nabi Muhamah tidak menyebut Negara China tanpa sebab walaupun Islam telah berkembang pesat pada zamannya. Baca dan fahamkanlah betul-betul tanda-tanda akhir zaman seperti di syariatkan oleh Nabi Muhamad. jawapan adalah pada kita hanya akal boleh terima atau tidak. Kuatkan akal dapatlah mengetahui roh para auliya sentiasa berdamping dengan keturunannya samada kita percaya atau tidak. Jasad telah kembali sebagaimana tuntutan illahi tapi Nur sentiasa wujud sehingga dipanggil pada hari ketentuan illahi di Padang Masyar.

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Pengenap untuk memantapkan ilmu ada di Singapore....marila

    ReplyDelete
  9. salam abang MS... adakah Tok Janggut yag di Pulau Besar ini sama dengan Tok Janggut pejuang Melayu Islam di Kelantan??

    ReplyDelete
  10. Oh ya.. mohon abang radzi add saya di facebook jika ada. saya guna nama yang sama. dah tiga kali saya ke Pulau Besar. setiap kali saya ke sana, rasa macam taknak balik Singapura pulak. hehehehehe! memang ada karamah di Pulau Besar tu.

    saya ingin minta bantuan abang untuk ekspidisi saya dan teman2 dari Singapura. kami bercadang hendak mengembara seluruh semenanjung selama 40 hari mulai dari selatan, barat, utara, timur semenanjung dan akhir skali ke selatan semula. mohon abang add saya di fb agar kita dapat berkenalan dan bersembang lebih panjang.

    ReplyDelete
  11. salam abang MS... adakah Tok Janggut yag di Pulau Besar ini sama dengan Tok Janggut pejuang Melayu Islam di Kelantan??

    ReplyDelete