Tuesday, February 26, 2008

Sebuah makam berumur 1,100 tahun di Kedah! (A 1,100 year old tomb in Kedah!)

Di bahagian selatan pekan Langgar, Kedah pula terdapat sebuah makam purba, makam yang sangat tua. Lihat ini...
On the southern side of the small town of Langgar, Kedah lies and ancient tomb, a very old one. look at this...


Lihat makam tua ini yang terletak di sebalik kubur-kubur biasa orang Islam zaman moden... Rupanya memang menonjol. Tunggu sehingga anda tahu makam siapakah ini...

Look at this old tomb located behind some common modern day Muslim graves... The looks does stand-out. Wait till you know who this tomb belong to...


Nama yang disebut iatu Sheikh Abdul Qadir (maaf. Saya lebih suka ejaan Sheikh daripada Syeikh atau Syaikh yang bermakna guru agama) mungkin kedengaran seperti mana-mana nama biasa. Tetapi tarikh kemangkatannya bersamaan 904 Masihi atau lebih 1,100 tahun lalu itu yang boleh membuat orang terkejut!Maklumlah, ini berlaku hampir 500 tahun sebelum kemunculan keSultanan Melaka yang sering diwar-warkan sebagai kerajaan awal kebanggaan Melayu. Berapa ramaikah orang yang kamu tahu di Tanah Melayu mangkat pada zaman ini?

The name mentioned which is Sheikh Abdul Qadir (sorry. I prefer the spelling Sheikh rather than Syeikh or Syaikh which means a religious teacher) might sound just like any common name. But the date of decease equivalent to the year 904 AD or more than 1,100 years ago is what could shock people! What do you expect, this happened nearly 500 years ago before the advent of the Melaka Sultanate which is often highlighted as the early Malay kingdom to be proud of. How many people do you know died in the Malay Archipelago during this era?


Catatan rasmi menyatakan Sheikh Abdul Qadir sebagai seorang ulamak yang datang menyebarkan Islam. Ada pihak tertentu pula mendakwa beliau adalah seorang Sultan!Pada saya kedua-keduanya betul... Sheikh Abdul Qadir ialah seorang ulamak yang datang menyebarkan Islam ke Tanah Melayu lalu diangkat menjadi pemerintah ataupun Sultan...

The official records said Sheikh Abdul Qadir is a religious scholar who came to spread Islam. Certain parties on the other hand claimed he was a Sultan, a ruler! To me, both are right... Sheikh Abdul Qadir was a religious man who came to spread Islam in the Malay Archipelago and then raised as a ruler or Sultan...

Ada pihak pula mendakwa Sultan ini adalah keturunan watak legenda Raja Merong Mahawangsa yang dikatakan telah membuka kerajaan Kedah tua. Pihak ini cuba mengaitkan Merong Mahawangsa sebagai seorang berketurunan Maharaja China. Saya pula percaya, Sheikh Abdul Qadir adalah berketurunan Arab yang pernah menetap di Parsi. Saya juga percaya Merong Mahawangsa adalah keturunan Parsi dan memang Sheikh Abdul Qadir ada darah keturunan Merong Mahawangsa tetapi daripada sebelah perempuan... Keturunannya bapa atas bapa adalah daripada satu keturunan yang perlu dirahsiakan identiti sebenar mereka.

There's parties who claim this Sultan is a descendant of the legendary person King Merong Mahawangsa who is said to have opened the old Kedah kingdom. These parties tried to link Merong Mahawangsa as a descendant of the Emperor of China. I on the other hand believe, Sheikh Abdul Qadir is of Arab descent staying in Persia. I also believe that Merong Mahawangsa is of Persian descent and Sheikh Abdul Qadir is truly a descendant of Merong Mahawangsa but on the distaff side... His staff side that is father to father is from a lineage whose real identity has to be kept a secret.

Cuma satu sahaja petunjuk yang saya boleh beri... Bandingkan nama Sheikh Abdul Qadir ini dengan senarai Sultan-sultan Perlak (sekarang dalam Aceh) daripada Dinasti Dum Makhdum yang dikatakan membawa ajaran Sunnah untuk memansuhkan ajaran Syiah yang dibawa para pemerintah terdahulu.

I could only give one clue... Compare the name of Sheikh Abdul Qadir to the list of Sultans of Perlak (in modern day Aceh) from the DumMakhdum Dynasty who was said to have carried the Sunnah teachings in order to abrogate the Syiah leaning held by previous rulers.

Inilah senarai nama Sultan-sultan Perak seperti yang terdapat di Wikipaedia... Sultan ke 5 hingga 8 adalah pasti daripada Dinasti Dum Makhdum sedangkan yang lain mungkin adalah campuran dan pertukaran dengan Dinasti lain yang dikenali sebagai Dinasti Sayyid Maulana.

This is the list of the Sultans of Perlak as shown in Wikipaedia... The 5th to 8th Sultans are surely from the Dum Makhdum Dynasty while the others could be a mix or alternate with the other Dynasty known as the Sayyid Maulana Dynasty.


1. Sultan Alaiddin Syed Maulana Abdul Azis Shah (840864)
2. Sultan Alaiddin Syed Maulana Abdul Rahim Shah (
864888)
3. Sultan Alaiddin Syed Maulana Abbas Shah (
888913)
4. Sultan Alaiddin Syed Maulana Ali Mughat Shah (
915918)
5. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Kadir Shah Johan Berdaulat (
928932)
6. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Shah Johan Berdaulat (
932956)
7. Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Malik Shah Johan Berdaulat (
956983)
8. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Ibrahim Shah Johan Berdaulat
[1] (9861023)
9. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Mahmud Shah Johan Berdaulat (
10231059)
10. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Mansur Shah Johan Berdaulat (
10591078)
11. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdullah Shah Johan Berdaulat (
10781109)
12. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Ahmad Shah Johan Berdaulat (
11091135)
13. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Mahmud Shah Johan Berdaulat (
11351160)
14. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Usman Shah Johan Berdaulat (
11601173)
15. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Shah Johan Berdaulat (
11731200)
16. Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Jalil Shah Johan Berdaulat (
12001230)
17. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Shah II Johan Berdaulat (
12301267)
18. Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Aziz Johan Berdaulat (
12671292)


Lihat bentuk batu nesan di Makam Sheikh Abdul Qadir ini yang termasuk di dalam kategori batu nesan Aceh. Apalah yang hendak dihairankan jika orang ini pernah merajai Perlak di Aceh juga Kedah di Semenanjung kerana kerajaan-kerajaan Melayu dahulukala saling berkaitan...

Look at the tombstone at the tomb of Sheikh Abdul Qadir which belong in the categories of the Aceh gravestones. What is there to be perplexed if this man once ruled Perlak in Aceh along with Kedah in the Peninsular as Malay kingdoms of old are related...


Mungkin ada makam-makam lama yang lebih tua di Tanah Melayu... Kenapa tidak? Bukankah beribu tahun dahulu sudah wujud ramai raja-raja di bumi sebelah sini. Tentu ada makamnya bukan walaupun mungkin sudah hilang ditelan zaman.

Maybe there's ancient tombs much older in the Malay Archipelago... Why not? After all thousands of years ago there already existed many kings in this side of the world. Surely they have tombs although lost because of the times.

Cuma setahu saya, setakat ini tidak ada makam lain sebegitu tua yang diwartakan... Malah diberi tarikh kemangkatan pemiliknya ditunjukkan jelas berlaku lebih 1,100 tahun dahulu! Baguslah begitu... Kalau tidak, takut nanti ada pihak senang-senang mengambil mana-mana makam lama yang disukai lalu mendakwa makam tersebut milik orang tertentu yang hidup 1,200 tahun dahulu atau sebagainya tanpa bukti kukuh kecuali dakwaan pihak yang menyokong mereka. Risau juga bila ada pihak yang mengaku mahu menimbulkan sejarah Melayu yang sebenar, bukan versi Barat. Tetapi apabila dikaji lebih mendalam, mereka sebenarnya cuba mencampur-adukkan kajian sejarah sebenar dengan fantasi ciptaan sendiri kerana ada hati hendak menjadi raja. Maka sebuah carta salasilah baru yang agak lengkap pun dicipta menggunakan nama-nama pemerintah yang memang pernah wujud lalu dikaitkan dengan keluarga mereka untuk menguatkan dakwaan mereka. Itu sahaja!

It's just that, as far as I know there's no other tomb this old gazetted... In fact the date of death of the person buried is pointed out clearly as happening more than 1,100 years ago! This should be good... If not, I'm worried there would be parties who would whimsically take any old tombs they like and claim it as belonging to certain people who lived 1,200 years ago and such without concretre proof except that as claimed by those who supports them. This is worrying as there are parties who claims to want to uncover the real Malay history, not the Western version. But when studied deeper, they actually tried to mix actual historical research with their own concocted fantasy because they dream of becoming rulers. So an elobarate new set of genealogy involving names of actual existent rulers is created and linked to their families to justify their claims. That's all...

Apapun, biarlah pihak-pihak yang berkepentingan ini terus berangan-angan dengan dunia ciptaan mereka sendiri. Di sebelah Makam Sheikh Abdul Qadir ini terdapat sebuah makam yang kurang terserlah tetapi turut memakai batu nesan Aceh... Cuma daripada jenis lain iaitu berkepak...

Whatever, let this parties with self-interest keep on dreaming with their concocted world picture. Next to the Sheikh Abdul Qadir tomb is another tomb which does not stand out but also use Aceh gravestone... Just from a different type, that is those with wings...


Sampai masanya meninggalkan makam. Al-Fatihah untuk Sheikh Abdul Qadir. Semoga selepas ini tiada lagi orang cuba bermain-main dengan salasilah Ahlul Bait anak cucu Nabi Muhammad SAW. Tamat! :]

Time to leave the tomb. Al-Fatihah (the opening Quranic verse to be read) for Sheikh Abdul Qadir. Hopefully after this no one would play with the genealogy of the Ahlul Bait, the descendants of Prophet Muhammad SAW. Ends! :]

5 comments:

  1. Salam MS,

    Entah kenapa setelah 3 bulan artikel ni hang tulih, baru hari ni aku terperasan. Mungkin sebab nak naik ke utara minggu ni.

    904 masihi ... memang rekod paling tua setakat ini.
    Mudah2an sampai hajat kemari.


    salamsss
    -awanbadai-

    ReplyDelete
  2. Wassalam. Aku pun baru terjenguk balik, itupun sebab nak cerita pasal Perlak sedikit kat http://berpetualangkeaceh.blogspot.com/. So kiranya hang dah sampai le? Gud luck! :]

    ReplyDelete
  3. Akum,

    Saudara Merah, negeri Kedah bagi saya yang paling byk terdapat peninggalan sejarah sperti makam, kota, istana lama dan lain-lain. Tetapi hairannya byk yang tidak diambil peduli. Dibiarkan seperti makam Sheikh Abdullah. Sekurangnya dibuat bumbung supaya nesan sediada tidak trus dimamah usia. Sedih catatan sejarah 1000 tahun lbh dibiar usang dan akhirnya trus lenyap.

    Afif Apitlani

    ReplyDelete
  4. mak datuk. . ! lamanya makam ni. . Nape dibior kan ajer(loghat perak). nape jabatan muzium wat dek je ? ? geram tul !

    ReplyDelete
  5. .https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" . Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan.
    Sila layari laman: almawaddah.info
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.

    ReplyDelete