Assalamualaikum semua. Malam ini, buat kali kedua di mana-mana blogspot saya, timbul gerak untuk memaparkan gambar-gambar senjata Melayu lama... Kali pertama adalah ketika membuat posting bertajuk Senjata lama di Kota Ngah Ibrahim (Old weapons at the fort of Ngah Ibrahim) . Posting itu ialah posting ke 99 di blogspot ini sedangkan ini pula posting ke 115...
Peace be upon you all. Tonight, for the second time ever at any of my blogspots, I feel like showing some pictures of old Malay weapons... The first time was when making the posting titled Senjata lama di Kota Ngah Ibrahim (Old weapons at the fort of Ngah Ibrahim) . That was the 99th posting in this blogspot and this one in turn is the 115th...
Sepertimana di posting itu, biarlah posting ini juga sekadar memaparkan gambar-gambar tanpa penerangan ya... Cukuplah diberitahu gambar-gambar ini diambil di Muzium Sejarah Selangor di puncak Bukit Melawati, Kuala Selangor... Pada 8 Mac 2008, ketika proses membuang undi bagi pilihanraya Malaysia yang ke 12 dijalankan. Sekian!
As in that posting, let this posting be made with only the pictures featured without giving any explanation ya... Enough said, the pictures were taken at the Selangor History Museum on top of Bukit (hill of) Melawati, Kuala Selangor... On the 8th of March 2008, while the votes were being casted for the 12th Malaysian general election. That's all!
As in that posting, let this posting be made with only the pictures featured without giving any explanation ya... Enough said, the pictures were taken at the Selangor History Museum on top of Bukit (hill of) Melawati, Kuala Selangor... On the 8th of March 2008, while the votes were being casted for the 12th Malaysian general election. That's all!
Gambar Kurang Jelas ?
ReplyDeleteCuma Saya Nampak disini Baju Perisai Bugis, Perisai Bugis, Pistol Bugis
dan apa nama pedang ?
Gambar kurang jelas sebab low-lighting. Memang byk tu pakaian and senjata Bugis... Ambik pun kat dalam Muzium Sejarah Selangor yang cerita asal-usul raja-rajanya daripada anak Raja Bugis.
ReplyDeleteNama pedang tak tahu pla.k. Tapi semuanya saya letak sini dengan harapan ada sesiapa dapat le gerak lalu memberi komen yang sesuai. Sekian! :]
begitu banyak koleksi Keris Moro , Baju Zirah Bugis dan Pedang Menyerupai Pedang Qala'i '' Hindi '' (Tulwar)
ReplyDeleteSalam MS,
ReplyDeleteSaya tak pernah masuk muzium bkt melawati ni. Cuma agak pelik pada senjata2 yg di pamerkan. Gambar keris yg dipamerkan selepas baju perang bugis itu, kebanyakannya keris jawa berdasarkan kepada bentuk sarung dan hulunya. Hulunya jenis "nunggak semi", dan sampan/sampir adalah 'ladrang' dan 'gayaman'. Oleh kerana gambar tak begitu jelas, jadi kurang pasti adakah bilahnya juga bilah jawa?
Anggapan awal saya, tentu muzium disini akan memaparkan lebih banyak senjata bugis, sementelah ada baju perang bugis dan juga perisai bugis. Yg perasan adalah, ada sebilah badik bugis. Kemana pulak pergi Keris Sepokal bugis bersama Toli2(tali pengikat pada sarung) pada sarungnya?
Mungkin Sundang (lebih terkenal dgn senjata Moro) digunakan senjata utama bersama perisai dan baju perang. Maklum juga, waktu perang, pedang dan sundang lebih efektif, dan keris/badik akan jadi senjata kedua atau ketiga, apatah lagi, ada pistol pulak. hehehe ...
Mungkin agaknya angkatan jawa ramai ikut sama mempertahankan k.s'gor semasa menentang Belanda pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim.
-awanbadai-
Wassalam.
ReplyDeleteWah, pakar juga AwanBadai dalam mengenali jenis senjata yek, saya langsung tak tahu apa-apa.
Apapun, bab senjata Jawa tu, mungkin juga datang daripada penduduk Jawa sebab sekitar Jeram (yang dahulu pernah diperintah Paduka Mimat, anakanda Sultan Mansur Shah Melaka dengan Puteri Hang Li Po), lebih kurang 15km daripada Kuala Selangor, memang banyak orang Jawa. Dan lagi mungkin juga senjata-senjata itu daripada askar bantuan lain. Sebab Sultan Ibrahim pernah kalah dengan Belanda lalu Bukit Melawati dan Bukit Tanjung Keramat ditawan. Baginda pun berundur sehingga ke Pahang kemudian mendapat bantuan angkatan sana di bawah Bendahara Pahang (lupa yang mana) lalu dapat menawan kembali Kuala Selangor...
Salam MS,
ReplyDeleteTak de la pakar. Cuma ada sikit je pengetahuan dgn bentuk2 asasnya. Lagipun hobi gak pada senjata tradisi ni. Maklum, halus seni tangan org melayu pada kerja2 kayu dan logam memang terserlah. Tu yang terasa asyik meneliti dan mengkaji keindahan disebalik terhasilnya seni begini.
Mengenai orang2 jawa di k.s'gor memang ramai yang meneroka. Sebelah ibu saya berketurunan jawa. Saya sendiri hanya dapat siasat sampai moyang saja. Beberapa nama tempat di sekitar k.s'gor juga ada pengaruh jawa, contohnya Ijok, Api2, Assam Jawa, Bkt. Badong dll.
Mengenai Paduka Mimat, teringin betul saya hendak berziarah ke makamnya. Nampaknya seperti perlu juga menjelajah menyaksikan kebenaran sejarah ini.
-awanbadai-
Gambar Pedang yang terakhir dari 2 dari Kiri menyerupai Pedang Jepun (Katana) sebab mempunyai ciri hulu yang untuk pemegang 2 tangan
ReplyDeleteGambar Pedang
ReplyDelete1.
Pedang Melayu dan Batak Piso Podang
2 .
dari sebelah kiri Tak berapa kenal pasti bentuk '' Tipikal Pedang Dari Asia Timur ''.
Chenangkas dan Parang Nabur
Pedang Eropah sebelah kanan
ReplyDelete= Dutch V.O.C Klewang
Assalam.. Saya tertarik kpd Acheh ditanah melayu..Saya syorkan tuan pegi ke Makan 7 beradik ( makam Nibung ) dimana terletaknya Acheh Sultanate spt yg terdapat dlm buku sejarah shelleber. Bermula dimakan itulah jatuhnya sejarah kesultanan Melaka di Phg dan kesultanan Acheh mula memerintah di Phg. That old tomb dated about 1600 and very interesting place to visit.
ReplyDeletesaya adalah salah seorang penduduk kuala selangor.. bahawasanya arwah moyang saya dahulu ialah penjaga rumah api di atas bukit kuala selangor... sebenarnya di atas bukit tersebut bukan sewenang-wenang untuk di jadikan bahan uji kaji... hasil nya.. gambar yang di paparkan di atas menjadi kabur... jadi kepada sesiapa yang ingin mengkaji sejarah bukit melawati harus lah berjumpa dengan orang tua - tua yang ada di daerah tersebut,, tanya bagaimana cara yang paling elok untuk tujuan ujikaji... sekian....
ReplyDelete... sebenarnya di atas bukit tersebut bukan sewenang-wenang untuk di jadikan bahan uji kaji... hasil nya.. gambar yang di paparkan di atas menjadi kabur... jadi kepada sesiapa yang ingin mengkaji sejarah bukit melawati harus lah berjumpa dengan orang tua - tua yang ada di daerah tersebut,,
ReplyDeleteassalamualaikum,
berkenaan dengan komen di atas.. saya juga adalah anak jati kuala selangor dan menetap betul-betul dibawah bukit malawati dahulu, jadi sya menyokong penuh komen saudara diatas dan meminta kepada sesiapa yang berminat untuk mengkaji sejarah dan apa saja berkaitan bukit malawati silalah datang bertandang ke tanah bersejarah kuala selangor. andaian dan kepandaian tuan akan terungkai disini. maaf kalau ada yang tersinggung tetapi ini adalah kebenaran, dan demi menjaga maruah nenek moyang. wasalam.
assalamualaikum.saya suka baca pendapat anda semua.terima kasih.untuk pengetahuan anda semua saya adalah keturunan bugis dan moyang saya ada dimakamkan di bkt melawati.saya pun sedang kaji asal usul keturunan saya.kalau ada sesiapa yg arif tentang keturunan daeng tolonglah ceritakan.terima kasih
ReplyDeleteassalamualaikum,saya pljr ting.4 dr smk pncak alm sdg mngkji sejarah tntg bukit mlawati,boleh sye tnye dr komen2 di ats dr siapa boleh bntu saya utk jlnkn tmu rmh drpd org yg brpnglmn?
ReplyDeletesenjata bugis yang terkenal ialah sundang bugis,ia dipakai bersama baju besi bugis,semasa peperangan !
ReplyDelete