Sebenarnya artikel Masjid lama (old mosque of) Sungkai, Perak adalah hasil satu perjalanan terbaru yang dibuat di Perak 16-18 Ogos. Selepas singgah di Sungkai, saya melalui Bidor untuk ke Teluk Intan. Esoknya saya menghala ke Pasir Salak, tergerak untuk berjalan sedikit lebih jauh menghala ke Kampung Bandar Tua lalu terlihat masjid di atas ini.
Actually the article Masjid lama (old mosque of) Sungkai, Perak is the result of the latest trip made in Perak 16-18 August. After stopping at Sungkai, I went past Bidor to get to Teluk Intan. The following day I headed for Pasir Salak, felt like going a bit further towards Kampung (village of Bandar Tua and saw the mosque above.
Masjid ini kelihatan menarik. Jadi saya pergi melihat lebih dekat...
The mosque looks interesting. So I came for a closer look...
Apapun, bentuk masjid ini ialah bentuk biasa sesetengah masjid lama yang terdapat di Perak.
Whatever, the design and shape of the mosque is common among some old mosques available in Perak.
Mungkin juga saya tertarik kerana lokasinya di Kampung Bandar Tua yang boleh dikaitkan dengan sebuah bandar Melayu lama yang katanya telah wujud lebih 300 tahun lalu.
Maybe I was more interested in its location in Kampung Bandar Tua (literally could be translated as the village of the old town) which could be related to a Malay old town said to have existed more than 300 years ago.
Mohon pinjam gambar ini tuan
ReplyDelete