Akhirnya, sampai kita kepada posting terakhir di blogspot ini untuk sessi kali ini... Masjid Peringgit, masjid tertua di Melaka yang masih utuh. Alhamdulillah! :]
Finally, we have arrived at the last posting in this blogspot for the current session... The Peringgit mosque, the oldest surviving mosque in Melaka. Thank God! :]
Dengan ini saya mengucapkan selamat Hari Raya untuk semua. Ah, lega... :]
With this, I would like to wish happy Hari Raya to all. Ah, what a relief... :]
Mungkin saudara boleh mengkaji semula, sebab sepengetahuan saya, berdasarkan maklumat, masjid tertua di melaka ialah Masjid Tengkera, bukan Masjid Peringgit... Wallahu a'lam
ReplyDeleteKalau begitu, sila kemukakan kajian saudara. Saya tiada masa kerana banyak lagi perkara harus diliputi. Jadi saya menurut sahaja maklumat pihak muzium seperti yang tertera di Masjid Tengkera dan Masjid Kampung Hulu (dua-dua dikatakan dibina tahun 1728) juga maklumat di Muzium Islam Melaka yang menyebut Masjid Peringgit sebagai masjid tertua Melaka.
ReplyDeleteMaklumat di ketiga-tiga tempat itu menyebut Masjid Peringgit dibina tahun 1720 sedangkan di Masjid Peringgit sendiri batu maklumatnya menyebut ia dibina tahun 1726.
ASSALAMMUALAIKUM...
ReplyDeletesaya seorg penuntut...dan sekrg sy jugak sadang mengkaji mengenai masjid tengkera berfokuskan senibinanya yang unik sekali...maklumat yg didapati adalah terhad...sekiranya saudara radzi mahupun saudara mohd mahu berkongsi sesuatu dan pendapat..amatlah saya hargai dan sedikit sebnyk membantu..sekelian terima kasih
Ya,
ReplyDeleteitu adalah berdasarkan apa yg tertulis pada batu catatan di Masjid2 berkenaan. Tetapi apa yg dibaca dari sumber2 lain, menyatakan Masjid Tengkera adalah masjid tertua, bagaimanapun struktur asal telah digantikan diatas tapak masjid lama pada 1728. Majidnya ditempat yg sama, cuma bangunannya ditukar dan diubahsuai sedikit. Tapak Masjid 'sementara' semasa kerja2 pembinaan bangunan baru terletak 1KM ke arah selatan Masjid Tengkera sekarang, tapi yg tinggal cuma menara sahaja yg bertulis "Tahun 1720"...
Dipendekkan cerita 'struktur' Masjid Peringgit memang 'struktur' Masjid yg tertua di Melaka, kerana struktur asal Masjid Tengkera telah di ubahsuai pada 1728....
Demikianlah adanya menurut kajian xseberapa ini...
Tambahan,
ReplyDeleteSumber2 lain yg dimaksudkan boleh didapati dalam "Khutub khannah" yg terdapat didalam masjid Tengkera sendiri....
Maaf kalau maklumat tak berapa jelas, sebab saya bukanlah pengkaji sepenuh masa, hanya berminat berkongsi maklumat
Sekian :)
Hmm... Maklumat kat Masjid Tengkera menyebut menara asal yang kini tinggal sebatanglah yang dibina tahun 1728.
ReplyDeleteLihat posting saya yang ini...
http://artmelayu.blogspot.com/2008/09/tinggalan-masjid-tengkera-sebenar.html
Kemudian baru didirikan masjid sekarang 0.5 km sedikit ke utara. Di perkarangan sana ada papantanda menyebut bahawa masjid Tengkera yang ada kini dibina berpuluh tahun kemudian (saya lupa tahunnya tetapi memang kemudian, sekitar tahun 1800an begitu)
p/s: Apabila menyebut manakah masjid tertua, rasanya ayat lebih tepat adalah masjid tertua yang masih wujud atau masih mengekalkan bangunan asal. Ini kerana masjid-masjid sudah dibina di Melaka sekurang-kurangnya sejak tahun 1400Masihi lagi apabila Islam mula dianut Raja-raja Melaka. Tetapi semuanya telah musnah ditelan zaman juga dihilangkan kesannya oleh penjajah.
Harap maklum! :]
Yang mana satu pun susah jugak nak dijelaskan sekarang... Yg pastinya, tarikh dalam catatan masjid lain, tarikh di papan tanda lain dan tarikh dalam buku2 lama di library masjid pulak lain jugak... Walaubagaimanapun, kalau dilihat pada perkembangan dan kedudukan masjid2 di melaka, ia agak berbeza dengan negeri2 lain... pernah dengar kata org bahawa melaka adalah negeri yg paling bnyk masjid di Malaysia...
ReplyDeleteSalamullah... Alhamdulillah.. apa saja yang korang berbicara diatas tadi diantara mohd dan radzi masing2 mengenai masjid ter tua, yang juga masih ujud dan utuh.. di sini saya nak nyatakan korang berdua memang ambil berat pasal masjid2 di melaka dan lebih tepat lagi rumah Allah.. Alhamdulillah..dgn melawat ke masjid2 dapat membuatkan diri saudara lebih dekat dengan yang Maha Penciptanya..
ReplyDeletekepada radzi teruskan lah usaha kamu.. wasalam
Assalammualaikum, saya cuma nk berkongsi pengetahuan dengan kalian. Masjid tertua di Melaka adalah Masjid Peringgit, ia dibina sewaktu zaman Portugis lagi tapi malangnya dimusnahkan oleh pihak portugis. Kemudia Ia dibina semula tetapi runtuh skali lagi akibat kebakaran. pada kurun 19 masjid in dibina semula menggunakan batu. rekaan asal adalah sama. Kalau diikutkan dari segi fungsi,Masjid Kg Hulu adalah yang tertua dan masih berfungsi sehingga skrg diikuti oleh Masjid Tengkera pada tahun yg sama iaitu 1728. Masjid tengkera adalah masjid yg mempunyai struktur gabungan China,Sumatera dan India.
ReplyDeleteWassalam. Terimakasih atas maklumat...
ReplyDeleteaku org banda hilir..secara tepat pun ramai pihak keliru psl tarikh..apapun 3 masjid tertua tetap masjid periggit,masjid kg.hulu,masjid tenggkera..sbb geografi 3 masjid ni xjauh dr kubu penjajah portugis/belanda dan laut..plg dekat masjid kg.hulu..ke 4 masjid kampung keling kat jalan hang lekiu..purata masjid2 tua melaka byk dlm jajahan melaka tengah sbb kawasan perdagangan dan dlm zon perang ini dulu2..jd xda masalah mana yg lg lama..nk buat air telaga berubat pun sgt senang sbb byk masjid lama kat melaka tengah..yg nyata majoriti masjid lama melaka tgh ialah tempat wali2 zaman dulu beribadah yg merupakan kawasan mereka..masjid tengkera ada org ckp dia jmpa jelmaan hang tuah..bkn dia sorg je jmpa..jd semua masjid lama ada 'sesuatu' yg Allah je tau..aku sndiri pun pnh diasimilasi dgn dato laksamana masa umur 6 tahun masa berubat dr banda hilir ke tanjung keling..kalo melaka mana ada dato laksamana,hang tuah kot..jd meh melaka..hehe
ReplyDeleteMasjid peringgit yg didirikan buat kali kedua pada zaman belanda..boleh lihat diperkuburan islam di sebelah masjid peringgit..batu nisan acheh..kabar dr keturunan acheh di peringgit menyatakan di situlah kubu acheh menentang penjajah
ReplyDelete