Tuesday, October 14, 2008

Bukit (Hill of) Senjuang, Melaka


Pada petang 7 Syawal, saya pun mengorak langkah kembali ke Lembah Kelang. Tergerak untuk singgah di bandaraya Melaka sebentar...

In the afternoon of the 7th day of the Muslim month of Syawal (also known as the festive month for the Aidilitri celebration) I started the journey back to the Kelang Valley. Felt like stopping at the city of Melaka for a while...



Saya mahu melihat Bukit Senjuang. Seingat saya, inilah kali pertama saya sampai ke bukit yang terletak di bahagian selatan bandaraya Melaka ini.


I wanted to have a look at the hill of Senjuang. As far as I could remember, this is the first time I went to this hill which is located at the southern parts of the city of Melaka.




Nama Senjuang terbit dari sebutan nama Kota St. John yang pernah dibina oleh Portugis di puncak bukit. Nama asal bukit ini ialah Bukit Pipi... Sila buka gambar di atas dalam windows lain untuk membaca informasi yang tertera.


The name Senjuang came from the pronounciation for the name fort of St. John which was built by the Portuegese on the hill top. The hill's original name was Bukit (hill of) Pipi... Please open the picture above in another windows to read the information shown here.




Di atas ini juga pernah wujud sebuah gereja kecil.


On top here also there used to exist a chapel.



Tetapi baik kota mahupun gereja telah dihancurkan orang-orang Aceh dalam usaha mereka untuk membebaskan Melaka dari tangan Portugis!

But both the fort and the chapel were destroyed by the people of Aceh in their effort to free Melaka from the hands of the Portuguese!



Di lereng tepi kini terdapat sebuah tangki air besar.



Now on the hillside there lies a big water tank.




Apapun, kota ini dibina balik oleh Belanda pada tahun 1760, selepas mereka merampas Melaka dari Portugis tahun 1641.

Whatever, the fort was rebuilt by the Dutch in 1760, after they seized Melaka from the Portuguese in the year 1641.


Inilah kota yang dilihat kini...

This is the fort as seen nowadays...


Pemandangan dari atas memberikan kelebihan strategik dalam peperangan...

The view from on top gives strategic advantage in battles...


Mari masuk ke dalam!

Let's go inside!


Kelihatan 3 laras meriam ini antara beberapa meriam yang masih ada...

You could see these 3 pieces of cannon among a few cannons still available...


Meriam-meriam ini menghadap ke daratan...

These cannons face inland...


Bahagian yang menghadap ke laut kini terkepung oleh pokok dan bangunan...

The section facing the sea now is blocked by trees and buildings...


Sampai masa untuk turun. Sekian! :]

Come the time to go back down. That's all! :]

4 comments:

  1. Ada jalan terowong di bawah Kota di Bukit Senjuang.

    Terowong tu panjangnya sampai ke A Famosa.

    Sekarang, terowong dah ditutup kerana sebab-sebab tertentu.

    ReplyDelete
  2. Alamak, dah sampai ke MS ke situ... kenapa xbagitau awal2....
    Saudara mesti perasan kubur2 lama yg terdapat dikaki bukit senjuang kalau mengambil jalan mengala ke kampung portugis kan? Ada beberapa perkara yg menarik tentang perkara berkenaan bila kisah mengenainya saya tanya pada penduduk kampung Portugis (walaupun banyak penduduk melayu disitu)
    pertama tentang akrabnya orang2 melayu yg tinggal berhampiran dengan kubur2 lama berkenaan...
    keduanya, betapa orang2 disekitar kawasan berkenaan menganggap kubur2 berkenaan adalah keramat. Tiap2 tahun (beberapa puluh tahun yg dulu) semasa festival St John, (atau loghat org Serani berkenaan - Pesta Senjuang), kubur2 berkenaan pasti termasuk dalam senarai yg mesti dikunjungi mereka, tapi sekarang tak lagi sebab dah ada kawalan dr JKKK kampung berdekatan dan JAIM sendiri....

    Pasti ada sesuatu yg menarik di tempat berkenaan...

    ReplyDelete
  3. Yep.. Dalam peperangan Aceh dengan Portugis tahun 1629, seluruh Melaka telah berjaya ditawan Aceh kecuali Bukit St. Paul dan A. Famosa. Lalu Bukit Senjuang menjadi markas utama Aceh dalam serangan seterusnya...
    Oh... Melaka ditawan dan dikepung selama 2 tahun sebelum Aceh kalah akibat datang angkatan bantuan Portugis berserta pihak Melayu yang dihasut melawan Aceh, juga kesilapan taktikal komander Aceh yang kemungkinan besar berlaku atas 'nasihat' Belanda. Akibatnya banyak askar Aceh berserta panglima-panglima besar terkorban. Jadi mungkin di sini juga terdapat kubur-kubur mereka? Mungkin juga terowong itu dibina dalam usaha hendak menawan A. Famosa?
    Saya rasa Melaka di bawah Portugis dah hampir tumpas dah. Tapi Belanda yang mengaku bersahabat dengan Aceh sebenarnya tidak mahu ini berlaku... Mereka setakat mahu Aceh melemahkan kedudukan Portugis dan inilah yang berlaku. Armada Aceh hancur dalam peperangan tahun 1629 itu sedangkan Belanda dapat merampas Kota Melaka dari Portugis tahun 1641. Fikirkan...

    ReplyDelete
  4. orang2 kita sering diperbodohkan oleh kuasa salib ni,dari itu,bersatulah bangsaku ! jangan diulang sejarah lama tu ! !

    ReplyDelete