Tuesday, December 16, 2008

Makam (tomb of) Panglima Mat Berani, Pagoh...

Baru-baru ini, saya juga pergi menziarahi makam seorang pahlawan Melayu lama yang dikenali dengan nama Panglima Mat Berani.
Recently, I also visited the tomb of an olden Malay warrior known by the name Panglima (a warrior of high status) Mat Berani (not real name but called Mat Berani because of his bravery, "Berani" being the Malay word for brave).


Makam ini terletak di tepian Sungai Muar sekitar Pagoh, Johor. Untuk pengetahuan, Panglima Mat Berani ialah seorang pahlawan dari Pahang yang datang membantu angkatan Melayu Melaka lalu terkorban ketika melawan serangan Portugis apabila Sultan Mahmud Shah berundur ke Pagoh tahun 1511.
This tomb is situated alongside the Muar river around Pagoh, Johor. For information, Panglima Mat Berani is a warrior who came from Pahang and died while assisting the Melaka Malay soldiers fighting against a Portuguese attack when Sultan Mahmud Shah was forced to retreat to Pagoh in the year 1511.
Makam beliau ditanda dengan batu nesan Aceh. Ini menandakan beliau bukan calang-calang orang. Kain kuning pula menandakan kaitan diraja...
His tomb is marked with Aceh-type gravestones. This shows that he is not any Tom, Dick and Harry. The yellow clothings further signifies ties with royalty.




Saya mengambil peluang untuk membetulkan sedikit kedudukan kain kuning yang ada. Kain kuning paling baru yang telah diletakkan di bahagian kaki saya alihkan ke batu nesan bahagian kepala. Sekian...
I took the opportunity to correct a bit the position of the yellow clothings available. I removed the newest yellow clothes which have been tied around the foot section to the head gravestone. That's all...


3 comments:

  1. leh caye ke makam die kat pagoh...
    klu tuan bersungguh2 nak tau..
    cuba tuan pergi ke tanah perkuburan lama di permatang pasir..
    kat sane tuan akan tahu kebenarannye...

    ReplyDelete
  2. Seronok baca sejarah lama..
    Arwah ayah ada cerita.. tidak jauh dari Makam Panglima Mat Berani tu ada tempat bernama Kg Brohol, Panchor, Kota Raja dan Pagoh.
    Kalau tidak silap saya.. ini ceritanya:
    Asal nama Brohol dari perkataan "Break The Hole". Portugis menyerang dengan meriam untuk memecahkan kubu pertahanan Sultan Mahmud Shah lingkungan tahun 1511.
    Panchor pula - Disebabkan banyak darah memancut semasa serangan tersebut
    Kota Raja - tempat Sultan Mahmud Shah berundur dan menginap lingkungan 1511 sebelum lari semula.
    Pagoh - asal dari perkataan Pagar yang tegoh/kukuh. Di mana dulu kawasan Pagoh ni adalah hutan tebal dan banyak binatang buas sehinggakan bukit yg terdapat sekolah SK Pekan Pagoh dan SMK SSARS1 dinamakan Bukit Mentulang kerana banyak tulang-belulang dijumpai.
    Kg Raja tempat Sultan Alaudin Riayat Shah 1 lari dan bersembunyi, diceritakan beliau mangkat kerana diracun.
    Waulah huaa'lam bissawab

    ReplyDelete
  3. tanah perkuburan lama di permatang pasir di mane tu?

    ReplyDelete