Thursday, June 25, 2009

Tempat-tempat terpilih di (selected places in) Aceh

Masjid Raya (Main mosque of) Baiturrahman, Banda Aceh.

OK. Dari 15 hingga 22 Jun saya dan isteri berada di Aceh dan melawat berbagai tempat. Insyaallah gambar-gambarnya berserta sedikit cerita akan diletakkan di sini nanti. Di bawah adalah senarai sedikit tempat yang bakal diketengahkan di sini. Sila rujuk pada artikel Ole-ole dari Aceh... coming! di blogspot CATATAN SI MERAH SILU . Sekian...
OK. From 15 to 22nd June me and wife were in Aceh and visited a number of places. God willing the pictures along with bits of stories would be put here soon. Below is a list of some of the places which would be featured here. Please refer to the article Ole-ole dari Aceh... coming! in the blogspot CATATAN SI MERAH SILU . That's all...


1. Masjid Raya (Main mosque of) Baiturrahman

2. Gunongan, tempat Puteri Pahang yang menjadi isteri Sultan Iskandar Muda bermain-main (the place where the Princess of Pahang who became wife to Sultan Iskandar Muda used to play at)

3. Makam (tomb of) Sultan Iskandar Thani

4. Masjid (mosque of) Baiturrahim

5. Makam raja-raja dinasti Bugis (tombs of kings from the Bugis dynasty)

6. Loceng (bell of) Chakra Donya

7. Makam (tomb of) Sultan Iskandar Muda

8. Makam (tomb of) Syiah Kuala (Sheikh Abdul Rauf Fansuri)

9. Makam (tomb of) Teungku Chik di Anjung

10. Makam (tomb of) Tuan di Kandang

11. Masjid (mosque of) Indrapuri

15. Makam (tomb of) Teungku Chik Di Tiro

16. Masjid (mosque of) Rahmatullah

17. Masjid (mosque of) Pekan Saree

18. Makam (tomb of) Syahid Lapan (the eight martyrs)

19. Masjid (mosque of) Beuracan

20. Masjid raya (main mosque of) Langsa

21. Makam (tomb of) Teuku Banta Chik Bereudah

22. Makam (tomb of) Sultan Maulana Sayyid Abdul Aziz Shah

23. Masjid lama (old mosque of) Idi

24. Makam (tomb of) Sultan Malikus Saleh

25. Benteng (fort of) Indrapatra

26. Makam (tomb of) Laksamana Malayahati

27. Benteng (fort of) Inong Balee

28. Benteng (fort of) Iskandar Muda

29. Makam (tomb of) Teuku Nyak Arief

2 comments:

  1. Saya salah seorang AJK Persatuan Sejarah Cawangan Kedah (PSMCK) pernah menulis dua buah rencana akhbar berkaitan dengan perihal Daeng Perani yang turut jadi koleksi Roshazliza Abdul Razak. Selain itu, saya juga telah menulis naskhah drama pentas berkaitan dengan campurtangan Panglima Bugis 5 bersaudara dalam hal rebutan takhta Kesultanan Kedah iaitu antara Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin dengan Raja Nambang; saudara tiri baginda yang dibantu oleh Raja Kechil dari Siak dan diberi judul SENGKETA MENGUNDANG PADAH. Kumpulan Bangsawan Seri Kedah (KBSK) pimpinan Encik Morad Ibrahim (Pak Morad) merancang untuk merealisasikan pementasannya jika tidak sempat pada tahun ini (2009) mungkin pada tahun hadapan. Kesulitan yang sedang dihadapi oleh KBSK ialah berkaitan dengan dana (kewangan) kerana bagi melaksanakannya perlu mengadakan busana yang bersesuaian. Jika ada mana-mana pihak bolehlah berhubung dengan beliau di talian 019-4961912.

    ReplyDelete
  2. Hmm... alhamdulillah. Baru hari itu ada seorang pemanggil dari Putrajaya memberitahu saya bahawa Daeng Parani sebenarnya tidak mangkat dibedil peluru di Kedah seperti diketahui dalam sejarah sebaliknya hidup lama dan terus beranak pinak. Yang terbunuh adalah orang lain yang kelihatan serupa, kiranya macam cerita Nabi Isa yang mahu ditangkap tetapi orang lain yang serupa dengannya pula disalib. Jadi menurutnya makam di Sidam Kiri itu bukan makam sebenar Daeng Parani(lihat http://merahsilu.blogspot.com/2008/01/kamera-short-curcuit-di-makam-daeng.html), entahlah... nampaknya ada satu macam gerak berkaitan hal ini sedang berlaku.
    Apapun saya memang mengalu-alukan sesiapa pun membuat komen atau berkongsi apa-apa maklumat yang bernas di sini. Saya sendiri tidak mampu untuk meliputi setiap perkara. Sebab itu saya sentiasa mengharapkan agar para pembaca dapat menokok-tambah apa yang kurang tak kiralah jika maklumatnya kurang sahih. Yang penting dinyatakan apakah maklumatnya dan dari sumber mana selagi boleh. Kemudian biar kita buat perbandingan dan penilaian masing-masing berdasarkan apa yang kita mampu huraikan...

    ReplyDelete