Right in front of the Meuh tombs complex one could see this tomb building...
Kedudukannya agak terserlah tinggi dan tersendiri...
It's position looks rather outstanding and unique on its own...
But there's something that felt amiss about it...
Tulisan yang ada menyebut inilah makam Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (memerintah 1607-1636), dianggap raja terunggul dalam sejarah Aceh. Namun auranya dirasakan kurang menyerlah sedangkan makam ini sendiri kelihatan janggal pada saya. Kenapa ini?
The words inscribed said this is the tomb of Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (ruled 1607-1636), said to be the foremost king in the history of Aceh. But yet its aura felt rather subdued while the tomb itself looks odd to me. Why is this?
The words inscribed said this is the tomb of Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (ruled 1607-1636), said to be the foremost king in the history of Aceh. But yet its aura felt rather subdued while the tomb itself looks odd to me. Why is this?
Saya melihat batu nesan yang ada dengan lebih dekat dan mula meraba-rabanya. Ah... ini cuma batu nesan replika! Saya tahu bagaimana rasanya batu nesan Aceh sebenar yang selalunya merupakan bongkah batu-batu besar semulajadi yang dipahat begitu indah dan teliti dengan ayat-ayat Al-Quran atau syair-syair Sufi. Sedangkan maaf ya! Batu nesan ini terasa seperti hasil kerja konkrit murahan dengan ayat-ayatnya cuma dicatkan sahaja pada batu. Kenapa ini? Kenapa begini keadaan makam dan batu nesan seorang raja besar, hati saya tertanya-tanya?
I looked at the tombstones more closely and started to rub and feel my way around it. Ah... these are just replicas of tombstones! I know how does a true and genuine Aceh tombstone feels like as it is usually a chunk of natural rock scuplted and engraved beautifully to detail with Quranic verses or Sufi poems. While sorry ya! These tombstones felt like cheap concrete or cement works with the verses on it simply painted to the concrete slabs. Why is this? Why is the tomb and tombstones of a major king made this way, my heart kept on asking?
Batu maklumatnya juga pudar. Apa ini? Kemudian baru saya mendengar cerita bahawa makam asal Sultan Iskandar Muda di sini telah dibongkar oleh musuh-musuh orang Aceh, pihak penjajah Belanda. Lalu katanya tulang-temulang baginda telah dibuang ke laut bersama batu nesan asalnya!
The stone slab with its information is also not clear. What is this? Then later I heard the story that the original tomb of Sultan Iskandar Muda here was digged out by the enemies of the Aceh people, the colonialists Dutch. And so it is said that his majesty's bones and such were thrown out into the sea.
Mungkin ini benar dan sangat logik. Tetapi saya percaya seorang raja besar seperti Sultan Iskandar Muda yang gigih berjuang untuk memartabatkan Islam seraya menghalang segala usaha penjajah Barat mengkafirkan penduduk alam Melayu, seorang manusia yang pada saya bertaraf wali tidak akan dibuat sebegitu rupa kerana ada lindungan Allah untuknya. Seharusnya seperti kisah makam Habib Nuh di Singapura dan banyak makam para wali, ia tidak boleh dibongkar atau dialih oleh sesiapa pun. Malah untuk dikacau orang pun tidak boleh kerana akan terjadi halangan tidak disangka termasuk dalam bentuk ghaib yang akan menggagalkan segala usaha yang nyata tidak menghormati peribadi besar yang terkubur dalam sesuatu makam.
Maybe this is true and very logical. But I do believe that a major king like Sultan Iskandar Muda who tirelessly fought to bring dignity to Islam while blocking all efforts by the Western colonialists to turn the inhabitants of the Malay world into infidels, a man whom to me is of saintly status would not be treated this way as there is Allah's protection for him. It should be as in the case of the tomb of Habib Nuh in Singapura and many tombs of saints, that it could never be digged out nor removed by anyone. In fact it cannot be disturbed as there would be unexpected obstacles including in the form of supernatural occurences which would foil any sort of attempt which is clearly shown to be disrespect for the big personality which lies inside a certain tomb.
Kecuali ini bukan makam sebenar Sultan Iskandar Muda... yang baginda sebenarnya tidak pernah dimakamkan di sini sebaliknya yang ditanam adalah orang lain? Dengan itu saya tamatkan siri penceritaan malam ini. Untuk makluman ini adalah artikel ke 249 di blogspot ini. Untuk mendapat maklumat lagi berkenaan perkara yang telah diutarakan dalam beberapa artikel kebelakangan ini, pembaca boleh melihat website http://www.virtualaceh.com/aceh_museum.php. Sekian, selamat malam! :]
Except this is not the real tomb of Sultan Iskandar Muda... that is his majesty was never buried here in the first place but actually the remains of another man was put here in place? With that I end the series of story-telling made for tonight. For information this is the 249th article in this blogspot. For more information regarding the materials presented in the last few articles here, readers can look at the website http://www.virtualaceh.com/aceh_museum.php. That's it, good night! :]
ha ah .. batu nesan dia macam made in china aje.. tergesa-gesa
ReplyDeleteHmm... engko pun dah pegi sana kan? Patutnya rasa teruja le sebab pegi makam sultan yang paling disanjung dalam sejarah Aceh. Sebaliknya ada rasa yang tak kena... issshhh....
ReplyDelete