Tuesday, January 12, 2010

Makam diraja (Royal tomb complex) of Johor, Teluk Belanga, Singapura

Di sebelah Masjid Temenggung, Teluk Belanga pula terdapat kawasan pemakaman diraja Johor.
Besides the mosque of Temenggung, Teluk Belanga in turn lies a royal tomb complex of Johor.


Berbanding makam diraja lagi satu di Johor (lihat Makam diraja (Royal tomb complex of) Johor, Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru ), kawasan pemakaman ini lebih tua.
Compared to the other royal tomb complex in Johor (look at Makam diraja (Royal tomb complex of) Johor, Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru ), this tomb complex is much older.


Ini disebabkan di Teluk Belanga lah keluarga diraja Johor moden lebih dahulu bertapak.
This is because it was in Teluk Belanga that the royal family of modern Johor were based at.


Asalnya mereka cuma keluarga Temenggung tetapi dapat merajai Johor apabila empayar Johor-Riau dipecah-belahkan Inggeris dan Belanda.
Originally they were just the family of Temenggung (a high palace of official) but got to rule Johor after the empire of Johor-Riau was broken apart by the English and Dutch.



Kawasan sekeliling di luar dipenuhi makam-makam lama.
The area around outside is filled with old tombs.










Paling terserlah adalah sepasang makam ini di lereng bukit...
The most outstanding is these pair of tombs at the hillside...






Satu daripadanya tertulis gelaran "Sultan Johor". Saya tak tahu Sultan yang mana satu kerana setahu saya semua Sultan Johor daripada keluarga Temenggung dimakamkan di Johor Bahru. Kemudian ada orang menegur saya, yang tertulis itu "Sultanah Johor" bukan "Sultan Johor". Nampaknya saya terlepas pandang huruf Jawi Ha pada tulisan itu...
One of it has the inscription bearing the title "Sultan of Johor". I don't know which Sultan is this since as far I know all Sultans of Johor from the Temenggung family were buried in Johor Bahru. Later someone corrected me sayang what is written is "Sultanah Johor" (the queen) not "Sultan Johor". Looks like I have missed the Jawi letter Ha in the inscription...







Di sebelahnya pula rasanya makam permaisurinya. Itulah yang saya sangkakan mulanya. Tetapi kalau yang tadi adalah makam Sultanah takkan le ini permaisurinya pula. Jadi saya pun tak pasti makam siapa. Nak baca tulisannya pun tak berapa reti. Sekian.
Next to it I think is the tomb of his queen. At least that was what I thought at first. But if the recent tomb is that of the Sultanah how can this in turn be the queen. So I am not sure whose tomb is this. I'm not so good at reading the inscription. That's all.

10 comments:

  1. salam tuan, sebenarnya pada gambar diatas bukannya makam sultan johor, tetapi adalah makam sultanah johor, tetapi tidak dapat dipastikan sultanah johor yang mana. setahu saya kebanyakan kerabat diraja johor ramai yang dimakamkan di teluk belanga,termasuklah temenggung daeng abdul rahman dan temenggung daeng ibrahim. memandangkan teluk belanga merupakan pusat pentadbiran keluarga temenggung sebelum tanjung puteri (johor bahru ) dibuka, maka ramai kerabat tinggal disana dan dimakamkan disana juga. hanya selepas tanjung puteri dibuka dan pusat pentadbiran dibawah temenggung abu bakar (sultan abu bakar)dipindahkan dari teluk belanga, barulah diadakan kawasan pemakaman diraja mahmoodiah. sebelum itu, hanya dimakamkan di teluk belanga. sultan johor pertama yang berketurunan temenggung yang dimakamkan di mahmoodiah adalah sultan abu bakar dan sultan-sultan selepasnya. ini bermakna semua temenggung dan kerabat sebelum sultan abu bakar dimakamkan di teluk belanga dan ketika itu juga masih terdapat kerabat yang dimakamkan di teluk belanga walaupun tanjung puteri telah dibuka. saya ada mendengar cerita bahawa kawasan teluk belanga sehingga kini masih dibawah kuasa diraja johor walaupun dalam negara singapura.saya mohon jasa baik tuan untuk mencari maklumat dan rahsia disebalik istana bukit zaharah, saya tidak pasti sama ada istana tersebut masih ada atau tidak tetapi yang saya dengar istana tersebut ada rahsianya dan kerabat diraja johor tidak mahu tinggal di istana tersebut.

    ReplyDelete
  2. Wassalam. Terimakasih Helmi.

    Hmm. Bacaan Jawi saya dah teruk dah. Kena plak bagi dalam bentuk khat gitu. Nampaknya lepas nun tu ada ha. Tapi sekali tengok memang nampak macam Sultan.

    Kalau gitu lebih selamat saya tak komen apa-apa kat gambar-gambar tu. Terimakasih sekali lagi! :]

    p/s: Istana Zaharah tu yang kat mana? Saya dah tak arif le tempat-tempat kat JB. Dah lama tak jadi oramg Johor...

    ReplyDelete
  3. salam.. tidak mengapa jika salah, tuan dah publishkan entry ini pon sudah sangat baik kerana saya ada juga mencari maklumat tentang keluarga temengggung di teluk belanga.
    saya juga tidak pasti di mana istana tue tapi seingat saya berhampiran istana besar juga.

    ReplyDelete
  4. salam tuan, makam yang tuan tunjukkan itu adalah makam sultanah khatijah, permaisuri sultan abu bakar, maaf baru saya perasan tulisannya. makam yang lagi satu tue saya x dapat nak baca tulisannya sebab gambar tue jauh

    ReplyDelete
  5. maklumat terbaru yg saya dapat tentang sultanah khadijah ini...
    nama almarhumah ialah Sultanah Khadija Khanum. Berkahwin dengan Baginda pada 22.09.1893 di Istambul, Turki. Dilantik sebagai Sultanah pada 28.02.1894 di Istana Zahara, Johor Baharu. Seorang wanita berbangsa Turki. Mangkat di Woodneuk, Tangling, Singapura pada 01.02.1904 dan dimakamkan di Makam Temenggong.

    ReplyDelete
  6. Istana Bukit Zaharah is located within the compounds of Istana Garden(Kebun Bunga DiRaja)at JB.It later become the Sekolah Agama Bukit Zaharah and consequently left abandoned.You still can visit the building today which is constructed during 1858.No one knows why the authorities left it to rot.

    ReplyDelete
  7. Istana Bukit Zahrah masih ada lagi, berada di dalam kawasan Istana Besar yg teramat luas. Istana ni dibina oleh Almarhum Sultan Sir Abu Bakar untuk sementara menunggu siapnya Istana Besar. IBZ menjadi tempat majlis2 rasmi di-raja ketika itu dan majlis2 wanita yang dibawah naungan Sultanah Johor ketika itu. Balai Zahrah atau lebih dikenali sebagai "Balai Cengkih" adalah "hall" rasmi (ruang ini masih boleh dilihat hingga kini, 30% strukturnya kurang memuaskan tapi yg lain masih elok berdiri). Upacara besar-besaran terakhir yg berlaku disini adalah ketika upacara "crown" atau pertabalan Almarhum Sultan Ibrahim Iskandar menjadi Sultan Johor menggantikan paduka ayahandanya. IBZ tidak mendapat titah tuanku untuk dirobohkan dan mungkin tidak akan dirobohkan atas sebab2 tertentu yg hanya diketahui oleh org2 Istana sahaja. Terdapat juga Istana Marble yg dibina di dalam kawasan luas Istana Besar yg sama. Istana ini dibina oleh Almarhum Sultan Ibrahim Iskandar sebagai istana singgah dan akhirnya dikurniakan menjadi pejabat anggota2 pekerja Kebun Istana Di-Raja Johor.

    Tentang Makam Di-Raja Teluk Belangah dan seluruh kawasan tersebut adalah dibawah naungan dan jajahan takluk Johor Darul Takzim. Maka masjid di situ juga adalah dibawah kuasa Sultan Johor dan khutbahnya dari MAIJ. Gaji2 dan kos selenggara dibawah Sultan Johor hingga kini. Setiap tahun Sultan Johor dan kerabat dirajanya akan menziarahi makam2 Almarhum nenda2 dan seluruh kerabat diraja disitu, di makam Mahmoodiah dan juga di Muar.

    Terdapat lagi beberapa kawasan2 di Singapura yang masih menjadi milik mutlak Sultan Johor. Almarhum Sultan Sir Abu Bakar mempunyai rangkaian perniagaan, harta dan tanah yg luas ketika zaman pemerintahannya. Contohnya di Tyersall Avenue, terdapat kawasan elit yg ukuran radiusnya 1.5 KM yg dulunya adalah milik Sir Cecil Clementi dibeli oleh Almarhum Sultan Sir Abu Bakar beserta sebuah rumah besar di puncak bukit tersebut. Rumah itu kemudiannya di robohkan dan dibinanya Istana Tyersall dan Istana Woodneuk dan menjadi "Istana Hinggap" baginda ketika tu. Istana Woodneuk dibina oleh baginda khas untuk isterinya ketika itu Sultanah Khadijah. Istana Tyersall dan seluruh kawasannya yg luas itu dibuka secara rasmi dan dijemput beberapa tokoh2 ternama dari singapuran, johor dan inggeris serta china. Sultan2 dan Raja2 melayu ketika itu dijemput dan memandang tinggi akan kehebatan Almarhum Sultan Abu Bakar. Istana Tyersall mempunyai jumlah 400+ bilik. Almarhum Sultan Ibrahim kebetulan bersemayam di "Istana Hinggap" Tyersall ketika mendapat khabaran berita kemangkatan Paduka Ayahandanya di London.

    Terdapat juga Istana Bidadari di kawasan Serangoon milik sultan johor tetapi dirobohkan bangunan tersebut. Ada juga rumah2 gudang dan kawasan2 perniagaan yg menjadi milik Almarhum Sultan Abu Bakar tetapi tidak pasti dijual atau masih beroperasi hingga kini. Yang pastinya kawasan Tyersall tersebut kini adalah milik TMJ Tunku Ismail Ibrahim hadiah dari nendanya yg disayangi Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj sempena hari keputeraan baginda tahun 2006.

    ReplyDelete
  8. Gambar terbaru menunjukkan keadaan dalam bangunan makam dengan lebih lengkap. Masuk sini... http://berpetualangkeaceh.blogspot.com/2010/12/temenggung-mosque-and-johor-royal.html

    ReplyDelete
  9. Saya juga nak tahu perihal Istana Bukit Zaharah dan Balai Cengkih. Saya juga ingin tahu kesahihan info dalam blog: http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2012/01/untold-history-istana-bunian-sultan-abu.html.

    ReplyDelete
  10. Syabas saudara semua.. terima kasih atas info2 tersebut. saya mmg sedang mencari bahan tentang kebangkitan Johor Moden. kalau tak keberatan boleh tak berkongsi maklumat dan cerita tentang susurgalur sultan johor moden ni.

    ReplyDelete