Bersambung daripada artikel Lawatan terbaru ke makam Tun Habib (Latest visit to the tomb of Tun Habib) .
Continued from the article Lawatan terbaru ke makam Tun Habib (Latest visit to the tomb of Tun Habib) .
Continued from the article Lawatan terbaru ke makam Tun Habib (Latest visit to the tomb of Tun Habib) .
Across the road some 1 km from the tomb of Tun Habib lies in the turn the Tauhid tomb...
Oleh kerana saya sampai di sini sekitar jam 8 malam, saya terpaksa menggunakan lampu kereta untuk menembusi kegelapan...
Since I arrived here sometime around 8 at night, I have to us the carlights to penetrate the dark...
Papan maklumat menyatakan tempat ini sebagai kota juga makam. Kota Tauhid (pada papan dieja Touhid) menjadi pusat pemerintahan Empayar Johor-Riau 2 kali, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil III (1633-1677) seterusnya Sultan Abdul Jalil IV (1699-1718), anakanda Bendahara Tun Habib yang menaiki takhta setelah kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
The information boards states that this place as a fort also a tomb area. Kota (fort of) Tauhid (on the board it is spelt Touhid) became the centre of rule for the Johor-Riau Empire twice, that is during the rule of Sultan Abdul Jalil III (1633-1677) followed by Sultan Abdul Jalil IV (1699-1718), the son of Bendahara Tun Habib who ascended the throne after the demise of Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (a famous Sultan who was killed while being carried on a pedestal).
Ini pula tinggalan yang ada...
This is the remains of what is left...
There exist a number of old tombs...
Batu nesan yang digunakan adalah dari jenis Batu Aceh juga menandakan pemiliknya berdarah raja ataupun bangsawan.
The tombstones used are also of the type known as Batu Aceh signifying its owners as coming from the bloodlines of royalty or nobility.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteBatu nesan aceh yang selalu tuan sebut tu betul ke batu nesan aceh? sedangkan bahan-bahannya dari Semenanjung Melaka (Malaysia) dan di setengah tempat yang kerajaan raja daerah aceh tidak pernah sampai pun terdapat batu nesan aceh. Kita jangan tertipu dengan dakyah british yang merupakan dalang kepada pelabelan ini. Sebenarnya itu adalah batu nesan Emapayar Kerajaan Kedah Tua.
Wassalam.
ReplyDeleteBatu nesan Aceh tu sebenarnya satu terma yang dibawa oleh Prof Othman Yatim melalui thesisnya yang menjadi buku Aceh gravestones. Ia tidak bermaksud untuk menyatakan semuanya dibuat di Aceh. Tetapi memang protaipnya banyak dibuat di Aceh hingga menjadi satu bentuk yang menjadi ikutan ramai.
Ya, harap kita jangan tertipu dengan dakyah British. Memang British banyak menggelapkan sejarah tapi kita juga ada banyak rujukan lain untuk menerangkan keadaan. Lalu jangan juga tertipu dengan DAKYAH yang hendak mengatakan kerajaan Siam Islam itulah yang sebenarnya pemerintah seluruh Nusantara sambil mengecilkan makna Melayu, orang lain semua cuma raja daerah konon.
Kerajaan Siam Ayuthia itu betul Islam, ia memang sejarah yang digelapkan tetapi mendakwa mereka sebagai khalifah Nusantara apalagi sehingga pengaruhnya meliputi kerajaan Monggol dan Australia dahulukala? JANGAN PERASAN.
Sesungguhnya buku Undang-undang Kedah telah disalah-tafsirkan begitu jauh oleh keluarga yang PERASAN lagi berniat untuk merajai seluruh bumi Melayu. Tolong jangan bawak DAKYAH PEMBOHONG SIAM di sini. Apalagi Siam yang mengaku layak memakai nama Sharif keturunan Nabi sedangkan mengikut dakwaan mereka sendiri, darah Bani Hasyim mereka adalah disebelah perempuan yang kononnya berkahwin dengan Merong Mahangwangsa.
Dari segi hukum nasab, mereka tidak layak memakai nama Sayyid mahupun Syarif. Untuk pemerintahan yang afdal memegang Nusantara mahupun seluruh dunia Islam, ada banyak lagi cabang keturunan Rasulullah SAW yang nyata bapa bin bapa bin bapanya sampai kepada Saidina Hassan mahupun Saidina Hussein. Cuma mereka yang PERASAN lagi GILA KUASA sahaja yang menafikan darah keturunan Nabi sebenar sehingga mendakwa darah Merong Mahawangsa lebih afdal.
Kalau pihak saudara dan segala yang sewaktu dengannya ingin terus menyalak menegakkan benang basah di blogspot sendiri, silakanlah. Itu hak saudara. Tetapi kalau nak menyalak di blogspot orang lain elok dihentikanlah. Sesungguhnya satu blogspot PERASAN kerajaan Siam yang dahulu agak popular sudah pun tak laku kerana orang sudah menyedari penipuan PERASAN mereka. La ni muncul pulak blogspot-blogspot baru atas nama lain menceritakan benda yang sama. Tak habis-habis PERASAN.
Jangan ingat anda semua ada daulat untuk menyanggah apa yang saya sebut ini. Sebab sudah ternyata dalam salasilah Merong Mahangwangsa yang pihak anda karang sendiri, anda bukan keturunan utama Rasulullah SAW. Nampaknya anda semua yang tertipu dengan golongan jin mana entah yang mengajar anda mencampur-adukkan salasilah raja-raja untuk mengaitkan keluarga sendiri dengan kebesaran. Eloklah anda semua bertaubat kemudian betul-betul mengkaji sejarah untuk mendaulatkan Islam, bukan mendaulatkan keluarga sendiri.
Salam Saudara Radzi,
ReplyDeleteSaya setuju dengan maklum balas saudara. Fakta2 dan teks lama yang masih kurang menyebabkan mereka cuba menegakkan benang yang basah.
Makam di Kota Seluyut dan di Panchor juga bernesankan Batu Nesan Aceh.
Keep posting ,.. .really nice post...
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteAdalah lebih baik kite menjaga adab bila bertandang ke rumah orang. begitu juga sama2 beradab dalam melayani tetamu melainkan tetamu yang 'tak diundang dan jahat adabnya' pula sebagai pengajaran.
Wassalam.
apa yang menarik perhatian bugis 5 bersaudara datang ke panchur,mengikut sesetengah blog,mungkin ada sesuatu yg menarik disana,tolong jawab ?
ReplyDelete