Seterusnya kita ke Masjid Sultan di Kampung Gelam, asalnya sebuah perkampungan Melayu tradisional yang turut mengandungi istana Sultan.
Next we go to the Sultan mosque at Kampung Gelam, originally a Malay traditional village which included the palace of the Sultan.
Sejarah menyebut bangunan asal masjid ini yang berbumbung piramid dua lapis dibina pada 1824, tahun empayar Johor-Riau dipecah dua melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Sultan Hussain Shah yang diangkat menjadi raja bahagian empayar naungan Inggeris membina masjid bersebelahan istana baginda di Kampung Gelam. Maka ia adalah masjid tertua yang masih wujud di Singapura...
History mentioned that the original mosque building which has a two-tier pyramid-shaped roof was built in 1824, the year the Johor-Riau empire was broken into two through the Anglo-Dutch Treaty. Sultan Hussain Shah who was raised to be the ruler of that part of the empire's under English patronage built the mosque next to his palace in Kampung Gelam. Thus it is the oldest mosque still in existence in Singapura.
Sejarah turut menyebut masjid ini dibina semula ke bentuk kini tahun 1924. Saya pernah diberitahu bahawa Masjid Sultan adalah yang pertama disekitar Tanah Melayu memakai kubah berbentuk separuh bulat atas tajam, juga dikenali sebagai kubah potong bawang. Bentuk ini sebenarnya berasal daripada Timur Tengah dan India Utara, dibawa ke Nusantara oleh penjajah Barat. Kenyataan ini mungkin betul jika kubahnya telah dibina lebih awal. Kalau setakat tahun 1924, rasanya ada masjid-masjid di Malaysia yang sudah memiliki kubah terlebih dahulu.
History also mentioned this mosque was rebuilt to get its current shape in the year 1924. I was once told that Masjid Sultan is the first in the Malay lands and around to use the dome shaped like a half-sphere with a pointed top, also known as "kubah potong bawang" (the union-cut dome). This shape actually originated from the Middle East and Northern India, brought to Nusantara or the Malay archipelago by the Western colonialists. The statement might be true if the dome was built earlier. If it was just in the year 1924, then I believe there are mosques in Malaysia which already have such domes first.
Sekarang mari lihat ke dalam.
Now let's have a look inside.
The rear section of the main prayer hall...
The front section...
There appears to be church architecture...
Namun ini tidak menyalahi prinsip agama Islam. Untuk pengetahuan kubah dan menara masjid juga asalnya diambil daripada senibina Kristian Byzantium di Eropah, sebelum diaplikasikan pada bangunan masjid di Mekah dan Madinah lalu diikuti di bahagian lain empayar Islam. Sekian.
Still this does not go against the principles of Islam. For information domes and towers of the mosque was original taken from the architecture of Christian Byzantium in Europe, before it was applied to mosques in Mecca and Madinah and thus was followed at other parts of the Islamic empire. That's all.
Salam.
ReplyDeleteMenarik tajuk ni. Kita boleh lihat senibina Masjid Agung Damsyik yang dibina pada zaman Bani Umayyah. Ia menyerap banyak pengaruh seni bina Byzantine terutamanya lengkungan (arch) dan hiasan mozek.
Senibina masjid Turki Uthmaniah juga lebih ketara. Masjid-masjid dibangunkan berdasarkan model seni bina Gereja Hagia Sophia di Istanbul.
Lihat juga masjid-masjid di China...
Salaam...
ReplyDeleteKubah punya banyak sejarah di sebaliknya. Kita harus kembali ke zaman 2000 sblm masihi pd saat masyarakat China mula membuat sebuah kosmologi ttg bola langit. Setelah itu, masyarakat Yunani mulai berfikir bagaimana dunia ini terbentuk dan seperti apa bentuknya. Gambaran mereka sama spt masyarakat cina yg menurut Plato, "sebuah bola yg besar dgn cincin berwarna spt pelangi" Masyarakat Romawi pula menggambarkan langit sbg sebuah "bola raksasa". Perbezaan pandangan tersebut memperlihatkan bhw bentuk kubah bukan menjadi "hak cipta" dlm senibina Islam kerana turut digunapakai masyarakat/ tamadun lain di dunia. Kubah sebenarnya tidak sekadar memenuhi konsep senibina Islam tetapi memenuhi keperluan suasana ruang yang spiritual. Justeru, dlm konsep senibina, kubah adalah elemen yg telah diidentifikasi sbg sebahagian dari senibina Islam. Mengapa ianya menjadi elemen yg sangat penting dlm senibina Islam terutamanya Masjid? Kubah sebenarnya memiliki potensi untuk menjadi ruang yg secara akustik sgt luarbiasa kerana pada ruang yg mendatar, pantulan suara tidak akan menimbulkan gema. Pada kubah, gema yang kedengaran akan menjadi seolah2 berlebihan. Ini akan menjadi luarbiasa sekali jika kita berada di ruang2 masjid @ gereja kerana kita seolah2 mendengar suara bukan daripada seorang manusia tetapi dari sesuatu yg ghaib. Itulah sebabnya, banyak senibina pada abad pertengahan baik masjid atau gereja menggunakan kubah. Tentu sahaja kubah adalah sebahagian dari usaha arkitek untuk memberikan pengalaman ruang yg jauh lebih istimewa.Pengalaman ruang adalah kata kunci bagi senibina kerana ruang amat penting dlm senibina sebagaimana warna itu penting bagi seorang pelukis. Secara kesimpulannya, dapatlah dinyatakan bahawa rekabentuk kubah sebenarnya memenuhi fungsi tersendiri dlm konsep senibina. Namun, hanya falsafah yang membezakan antara senibina kubah di masjid dengan kubah di gereja. Ciri persamaan terhadap rekabentuk kubah yang wujud di antara satu masjid dengan masjid yg lain pula adalah hasil asimilasi budaya atau tamadun yg diadaptasi ke atas senibina sesebuah masjid (lihat senibina Masjid Cheng Hoo di Surabaya yg hiasan puncaknya mirip rekabentuk sebuah pagoda)
Wassalam.
ReplyDeleteBagus, bagus. Teruskan memberi input yang berguna! :]