Friday, May 07, 2010

Makam 7 orang Sultan di Bukit Chandan (Tombs of 7 Sultans at Bukit Chandan)

OK. Dalam artikel Makam diraja Perak (Perak royal mausoleum) yang dibuat hampir 3 tahun lalu saya telah memaparkan gambar-gambar makam 3 Sultan Perak. Sebenarnya terdapat 4 lagi makam Sultan di kawasan pemakaman diraja Perak di Bukit Chandan. Sekarang biar dipaparkan kesemuanya hasil ziarah terbaru saya bulan lepas.
OK. In the article Makam diraja Perak (Perak royal mausoleum) which was made almost 3 years ago I have featured pictures of tombs of 3 Sultans of Perak. Actually there are 4 more tombs of Sultans inside the Perak royal burial grounds at Bukit Chandan. Now let all of it be featured as fruits from my latest visit last month.



Kelihatan di sini adalah makam Sultan ke 28 Perak, Sultan Idris I (memerintah 1887-1916). Baginda bertanggungjawab membuka Bukit Chandan lalu menjadi Sultan pertama yang dimakamkan di sini.

Seen here is the tomb of the 28th Sultan of Perak, Sultan Idris I (ruled 1887-1916). His highness was responsible for opening up Bukit Chandan and thus became the first Sultan to be buried here.


Turut terletak di dalam bangunan utama adalah makam anakanda baginda Sultan Abdul Jalil yang menggantikan baginda. Sultan ini memerintah sehingga 1918.

Also situated inside the main building is the tomb of his highness son Sultan Abdul Jalil who replaced him. This Sultan ruled until 1918.

Di hujung berlawanan bangunan terdapat makam Sultan ke 30 Perak, Sultan Alang Iskandar. Adinda kepada Sultan Abdul Jalil ini memerintah sehingga tahun 1938.
At the opposite end of the building lies the tomb of Perak's 30th Sultan, Sultan Alang Iskandar. This younger brother of Sultan Abdul Jalil ruled until the year 1938.


Di luar bangunan utama terdapat makam Sultan ke 26 iaitu Sultan Abdullah II. Walaupun baginda memerintah sebelum Bukit Chandan dibuka, peristiwa pembunuhan Birch 1875 telah menyebabkan baginda dibuang ke Pulau Seychelles sebelum diturunkan takhta secara rasmi tahun 1887. Rujuk pada apa yang sudah ditulis di dalam artikel Makam (Tomb of) Daeng Selili dan Makam (Tomb of) Laksamana Muhammad Amin. Baginda akhirnya mangkat di Singapura tahun 1922 lalu disemadikan di Bukit Chandan pada tahun yang sama.
Outside the main building lies the tomb of the 26th Sultan which is Sultan Abdullah II. Although his highness ruled before Bukit Chandan was opened, the event which is the killing of Birch 1875 resulted in him being banished to the Seychelles islands before he was officialy dethroned in the year 1887. Refer back to what has been written in the articles Makam (Tomb of) Daeng Selili and Makam (Tomb of) Laksamana Muhammad Amin. His highness finally passed away in Singapura the year 1922 and thus was laid to rest in Bukit Chandan the same year.



Di sisi luar berlawanan terdapat pula makam Sultan ke 31, Sultan Abdul Aziz Shah yang memerintah 1938-1948. Seperti Sultan Abdullah I, baginda juga adalah ahli kerabat diraja dari belah Teluk Intan...
On the opposite side outside there lies in turn the tomb of the 31st Sultan, Sultan Abdul Aziz Shah who ruled 1938-1948. Like Sultan Abdullah I, his highness was also a member of royalty from the Teluk Intan side...




Sedikit ke hadapan terdapat makam Sultan seterusnya Sultan Yusuf II. Baginda adalah ayahanda kepada Sultan Perak sekarang, Sultan ke 34, Sultan Azlan Shah.
A bit to the front lies the tomb of the following Sultan, Sultan Yusuf II. His highness was father to the current Sultan of Perak, the 34th Sultan, Sultan Azlan Shah.





Di halaman hadapan bangunan utama terdapat makam Sultan ke 33, Sultan Idris II. Baginda adalah anakanda kepada Sultan Alang Iskandar lalu menjadi cucu kepada Sultan Idris I.
On the front lawn of the main building lies the tomb of the 33rd Sultan, Sultan Idris II. His highness was the son of Sultan Alang Iskandar and so the grandson of Sultan Idris I.

3 comments:

  1. Salam saudara Radzi

    Adakah saudara bercadang untuk mengesan tapak-tapak istana Sultan-Sultan Perak yang terdahulu (sebelum pemerintahah berpindah ke Bukit Chandan)...

    ReplyDelete
  2. Wassalam kak. Buat masa ni belum ada rancangan. Kalau menjejak pun secara kebetulan ketika menziarahi makam. Kenapa akak bertanya?

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak balik sana sultan idris 1 ni sepupu moyang saya. Tp kami bukan dari keturunan raja. Tp dari satu jalur dari Dato panglima Dalam Haji Abdul Rahman bin Mohd Yaacob.

    ReplyDelete