Satu lagi tempat dan watak (atau watak-watak?) yang sudah disentuh beberapa kali di blogspots saya yang lain tetapi baru kini tergerak membuat artikel tentangnya di sini...
One more personality (or personalities?) which have been touched a number of times at my other blogspots but only now I'm moved to write an article on it here...
One more personality (or personalities?) which have been touched a number of times at my other blogspots but only now I'm moved to write an article on it here...
Sekitar 6 km dari bandar Teluk Intan terdapat 2 bangunan makam ini...
Some 6 km from the town of Teluk Intan there lie these 2 tomb buildings...
Still attention is often given to the one on the left here...
Ini kerana ia dikatakan milik satu watak legenda Perak yang dipanggil Keramat Kuala Bidor. Watak ini turut disamakan dengan Nakhoda Hitam, Laksamana pertama Perak yang muncul semasa Sultan ke 13 Perak, Sultan Muzaffar III memerintah 1728-1754.
This is because it is said to belong a Perak legendary character who is called Keramat (the saintly figure of) Kuala Bidor. This character is said to be same as Nakhoda Hitam, the first Laksaman (royal admiral) of Perak who appeared when Perak's 13th Sultan, Sultan Muzaffar II ruled 1728-1754.
Makam di sebelah kanan juga dikatakan milik seseorang yang bertaraf keramat namun tidak disebut siapa...
The tomb on the right is also said to belong to someone of saintly status but yet it is not mentioned who...
Mengingatkan cerita almarhum Nenek, ibu kepada ayah saya bahawa Keramat Kuala Bidor hidup sebelum Perak mempunyai raja saya percaya bahawa beliau dan Nakhoda Hitam adalah 2 watak yang berbeza. Ini kerana Perak diketahui mula mempunyai raja sejak Sultan Muzaffar I muncul tahun 1528 sedangkan Nakhoda Hitam pula muncul 200 tahun kemudian.
Remembering stories from my late Nenek, mother to my father that Keramat Kuala Bidor lived before Perak has a king I believe that he and Nakhoda Hitam were 2 distinct charaters. This is because Perak is known to have a king since Sultan Muzaffar I showed up in the year 1528 while Nakhoda Hitam in turn came to sceen 200 years later.
Maka itu saya percaya makam yang inilah milik Nakhoda Hitam. Namun saya juga percaya beliau dan Keramat Kuala Bidor memang orang yang sama tetapi pernah muncul dalam 2 zaman berbeza! Perkara begini tidaklah mustahil bagi orang yang bertaraf wali. Dengan kuasa Allah, orang yang sama pernah muncul 1,000 tahun lalu untuk dikenali sebagai Keramat Kuala Bidor. Beliau turut muncul 700 tahun kemudian lalu dikenali sebagai Nakhoda Hitam.
Thus I believe that this is the tomb which belongs to Nakhoda Hitam. But I also believe that he and Keramat Kuala Bidor could be the same person but have appeared in 2 different eras! Such a thing is not impossible for those who have achieved saintly status. By the power of Allah, the very same person has appeared 1,000 years ago to be known as Keramat Kuala Bidor. He also appeared 700 years later and became known as Nakhoda Hitam.
Maka itu Keramat Kuala Bidor dan Nakhoda Hitam juga boleh dikatakan orang yang sama. Agaknya sebab itu makam di kiri dikatakan miliknya. Namun dari sudut lain, 2 nama ini juga boleh dikatakan 2 orang yang berbeza. Mungkin sebab itu wujud makam yang di kanan...
Thus Keramat Kuala Bidor and Nakhoda Hitam could also be said to be the same person. Maybe that is why the tomb to left is said to be his. Still from a different angle, the 2 names could also be said to point out to 2 different persons. Perhaps that is why the tomb to the right exists.
Satu nota untuk diri saya. Ini adalah artikel ke 355 di blogspot ini.
A note for myself. This is the 355th article in this blogspot.
assalamualaikum =)
ReplyDeletelama rasanya dah tak bertandang ke laman merah silu
kalau saudara merah silu ingat, kita pernah terserempak di kedai buku pustaka mukmin di jalan tar, waktu itu lebih kurang 4 petang lebih, saudara merah silu baru menghantarkan naskhah 'Berpetualang Ke Acheh III'. masa itu saya ada di dalam kedai, dan tiba-tiba saya menyapa saudara.
sebenarnya itu baru pertama kali kita berjumpa pun. dan waktu itu saya sedang membelakangkan saudara. tapi tak tahu kenapa, waktu saudara masuk menghantarkan buku-buku tersebut, saya terasa macam ada satu perasaan yang kuat, semacam mengatakan ada 'somebody' yang saya kenal di belakang.
waktu itulah saya menyapa dan menegur saudara, dan saudara mengiyakan saudara ini merah silu.
itu satu-satunya pengalaman istimewa saya dengan saudara. kenangan yang tak terlupakan.
tamhab bangga lagi pula bila dapat tahu buku berpetualang ke acheh sudah ada di dalam simpanan perpusatakaan amerika dan australia!!
alhamdulillah...
ah, ya...
mengenai makam keramat kuala bidor. saya ada beberapa maklumat tambahan yang mungkin berguna.
raya tahun lepas (2009) saya ada berkunjung ke rumah opah saudara di kampung terengganu, teluk intan (betul2 sebelah sungai perak), namanya normah (kalau saya tak silap), saya selalu memanggilnya opah chik.
raya tahun lepas barulah saya tahu yang setiap tahun pada setiap bulan ramadhan opah chik dan opah anjang akan buat kenduri doa selamat untuk keluarga dan keturunan beliau, termasuk-lah beliau pergi berziarah dan buat tahlil untuk keramat kuala bidor.
barulah saya tahu yang kami ini ada petalian darah dengan keramat kuala bidor!
kalau tak silap saya, keramat kuala bidor memang org yang 'besar'dalam sejarah perak.
tapi saya masih tak dapat nak kumpul secara lengkap sejarah keramat kuala bidor dari opah chik..
raya tahun ini saya akan ke sana lagi, insyaAllah..
nanti kalau ada apa-apa maklumat, akan saya maklumkan pada tuan =)
sekian, wasalam.
p/s: selamat menyambut ramadhan al mubarak dan beroleh keuntungan lailatul qadr.ameen.
Wassalam.
ReplyDeleteYa, saya masih ingat pertemuan di Pustaka Mukmin tu. Kirim salam pada keluarga. Selamat berpuasa juga berhari raya dari saya. :]
Assalamualaikum.. boleh saya contact dgn saudara, saya nak bertanya tentang makam keramat kuala bidor ni.. saya ada tahu serba sedikit tentang keramat kuala bidor,
ReplyDeleteni e-mail saya
fare.rieyd_aremieyrool90@yahoo.com