Wednesday, May 12, 2010

Masjid (Mosque of) Tok Jabar

Turut terdapat di Kampung Gajah adalah Masjid Tok Jabar...
Also available at Kampung Gajah is the mosque of Tok Jabar...


Ia dinamakan sempena Tok Jabar, juga dikenali sebagai Tok Jabor atau Ngah Jabor, seorang pahlawan Melayu Perak.
It is named after Tok Jabar, also known as Tok Jabor or Ngah Jabor, a Perak Malay warrior.


Untuk pengetahuan Tok Jabor turut terlibat dalam pembunuhan Residen pertama British ke Perak iaitu J.W.W. Birch tahun 1875.
For information Tok Jabor was also involved in the killing of the first British resident to Perak which is J.W.W. Birch in the year 1875.


Namun beliau dapat melepaskan diri dari hukuman sementara mereka yang terlibat dihukum bunuh atau buang negeri...
Still he managed to free himself from punishment while those involved were either sentenced to death or banished overseas...



Menurut ceritanya beliau telah menghilangkan diri tetapi muncul balik di Perak dengan memakai identiti lain.
According to the stories he then disappeared but later came back to Perak using a different identity.






11 comments:

  1. Thank you for having this up. Tok Jabor was my great grandfather.

    Yasmin Saulnier
    yasminyn@usa.net

    ReplyDelete
  2. Then you must know Uncle Qari bin Ahmad bin Tok Jabor. His wife Auntie Maya is my mum's sister...

    ReplyDelete
  3. Really? From which side of the lineage may I ask? None whatsoever from the Pasak Kepayang clan? Why? Wasn't Tok Jabor the OKK Panglima Kinta VII....?

    Or am I referring to a totally stranger also named, Ngah Jabor?

    Arifin Abdul Latif
    ex-Agric Director of Perak
    2007-2010

    ReplyDelete
  4. Nope. If you are talking about Ngah Jabor of Kampung Gajah and Pasir Salak there is only one well-known in history. He is described as a "saudara" of Maharajalela Pandak Lam who killed J.W.W. Birch, in fact he was also involved in the killing. Some people believe by "saudara" it means he is actually a brother of Maharajalela. Whatever he is 'saudara susuan' to Sultan Idris I.

    So nope he is not a Panglima Kinta. That must be a totally different Ngah Jabor. This Ngah Jabor I'm referring to is not only different, mind you he is hardly a stranger as in the history of Perak he is the most well-known Ngah Jabor.

    Note: One of his direct grandchildren is Tun Hanif Omar, the ex national police chief. Just Google "Ngah Jabor" and you'll find most if not all reference would refer to the Ngah Jabor I'm talking about, not someone else.

    ReplyDelete
  5. Qari & my father are cousins.

    Tok Jabor escaped sentence when Raja Idris (Dris), who later became Sultan of Perak in 1887 presided over the case involving those accused of Birch's murder in 1876.

    Raja Idris and Tok Jabor had family ties and shared milk mothers since as an infant, Raja Idris was taken care of by Tok Jabor’s mother, which was common amongst royal families to send their children to other families, particularly amongst the aristocrats, to feed.

    There is a possibility that between the years 1876 to 1886, Tok Jabor went into hiding to equip him with spiritual skills and reappeared in public with a new identity as Mohamad Jabor. It iwas believed that during his hiding, he had opened a new settlement in Kampar to elude the British.

    ReplyDelete
  6. Dokumentari Dato' Panglima Kinta Pasak Kepayang yang Terakhir: Toh Ngah Jabar @ Toh Gemok Jabar

    http://www.youtube.com/watch?v=SxkEXsjUvMc

    ReplyDelete
  7. Dokumentari Tanah Secupak: Di Sebalik Kampung Kepayang

    http://www.youtube.com/watch?v=1QjaIzGkJ8g

    ReplyDelete
  8. Ketahui lebih lanjut tentng sejarah Panglima Kinta Toh Ngah Jabar @ Toh Gemuk Jabar melalui FB Rasmi Kampung Kepayang

    https://www.facebook.com/groups/kampungkepayang/

    ReplyDelete
  9. PERANG PERAK 1875: JWW BIRCH, PANGLIMA KINTA NGAH JABOR DAN KAMPUNG KEPAYANG
    (FAIR PARK, IPOH)

    Akibat pembunuhan ini, British menyerang Perak dan tercetusnya ‘Perang Perak’ bermula 2 November 1875. British mengambil langkah drastik dengan mengerah bala tenteranya menawan Perak dengan bantuan orang-orang Mendailing yang lari ke Perak setelah terbabit dalam peperangan di Pahang dan Klang. Pasir Salak ditawan pada 15 November 1875. Dalam pertempuran itu, British membakar rumah sepanjang sungai di Kampung Gajah dan Pasir Salak. Oleh kerana Sultan Ismail memberi perlindungan kepada Maharaja Lela Pandak Lam yang merupakan pembesar Pasir Salak, kedudukan Sultan Ismail juga diserang. British dengan bantuan orang-orang Mendailing seperti Raja Uteh, Raja Asal dan Raja Mahmud menyerang kedudukan Sultan Ismail di Papan dengan menggunakan roket pelancar bom. Tetapi Sultan Ismail terlebih dahulu berjaya melarikan diri ke Kampung Kepayang (Fair Park, Ipoh) bersama Maharaja Lela Pandak Lam dan pengikut-pengikutnya.

    Menurut sumber lisan, Sultan Ismail membawa bersamanya alat-alat kebesaran pertabalan kesultanan Perak dan 20 ekor gajah. Baginda meminta bantuan penduduk Kampung Kepayang untuk berlindung dan turut serta menentang tentera British dan Mendailing. Kampung Kepayang ketika itu dibawah naungan Panglima Kinta Ngah Abdul Jaafar dan diketuai oleh Toh Senongsa Seri Narawangsa Itam Dewi, menjadi lokasi persembunyian sementara bagi Sultan Ismail dan pengikut-pengikutnya.

    Menurut CN Parkinson, Panglima Kinta Ngah Abdul Jaafar merupakan abang kepada Dato Maharaja Lela Pandak Lam. Mereka berkongsi ibu yang sama iaitu Anjang Nih walaubagaimanapun mereka berbeza ayah. Ayah kepada Panglima Kinta Ngah Abdul Jaafar adalah Panglima Kinta ke 5 Ngah Abdul Ghaffar manakala ayah kepada Dato Maharaja Lela Pandak Lam adalah Tok Maulud.

    Pada 3 hingga 4 Mac 1875, Seputum, Cik Gondah dan Ngah Ahmad telah dibicarakan bertempat di Bandar Bharu. Seputum menyatakan bahawa Cik Gondah memukul JWW Birch dengan pedang tetapi Panglima Kinta Ngah Abdul Jaafar yang memulakan pembunuhan dengan meradak lembing ke tubuh JWW Birch. Menurut Cik Gondah, Panglima Kinta Ngah Abdul Jaafar yang bertanggungjawab mendapatkan bantuan dan ubat bedil daripada Sultan Ismail. Akhirnya mereka didapati bersalah oleh Hakim Raja Idris (Sultan Idris) diapit oleh J.G. Davidson dan Frank Swettenham.

    Pada 14 hingga 22 Disember 1876, Maharaja Lela Pandak Lam, Datuk Sagor Ngah Kamdin, Panglima Kinta Ngah Abdul Jaafar, Pandak Indut, Kulup Ali dan Si Tuah dibicarakan. Kesemuanya dihukum gantung sampai mati kecuali Panglima Kinta Toh Ngah Abdul Jaafar, Kulup Ali dan Si Tuah hukumannya dipenjarakan di Singapura. Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Laksamana Wan Muhammad dan Syahbandar Uda Mahamor dibuang ke Pulau Sychelles sementara Sultan Ismail, Toh Senongsa Seri Narawangsa Itam Dewi dan Panglima Perang Semaun dibuang ke Skudai, Johor.

    Panglima Kinta Ngah Abdul Jaafar telah dibebaskan secara rahsia oleh Hakim Raja Idris (Sultan Idris) setelah sepuluh tahun dipenjara di Singapura (1877 hingga 1887). Beliau kembali ke Kampung Kepayang dan menukarkan nama kepada Toh Gemuk bagi mengelakkan dikesan oleh British. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di Kampung Kepayang dan dikebumikan bersebelahan Masjid (Warisan) Kampung Kepayang. Kesan penglibatan beliau dalam pembunuhan JWW Birch menyebabkan beliau dan keturunannya yang dikenali sebagai keturunan (Kampung Kepayang) Panglima Kinta Pasak Kepayang disenaraihitamkan oleh British dan tidak lagi dibenarkan untuk memegang jawatan Panglima Kinta, dimana secara lazimnya jawatan Panglima Kinta dipegang secara bergilir antara keturunan (Kampung Paloh) Panglima Kinta Pasak Paloh dan keturunan (Kampung Kepayang) Panglima Kinta Pasak Kepayang.

    Untuk sambungan kisah seterusnya. Sila layari laman FB dibawah:

    www.facebook.com/groups/kampungkepayang
    www.facebook.com/groups/persatuanketurunanpanglimakinta

    ReplyDelete
  10. Park. Panglima Kinta Ngah Jabor dengan Ngah Jabor yang terlibat membunuh Birch adalah orang yang berlainan. Malah menurut penulis daripada keluarga Panglima Kinta ini ada perbezaan zaman sekitar setengah abad...

    http://kuluplembang-abdulaziz.blogspot.com/2017/07/picture-maharaja-lela-perak-available-online.html

    ReplyDelete
  11. Jurnal Perjalanan Jurutera Perlombongan dan Ahli Geologi Perancis, Jacques de Morgan ada mencatatkan berkenaan perjalanannya yang melalui Kampung Kepayang dan Gunung Cheroh pada tahun 1884.

    Jacques de Morgan telah bertemu dengan Panglima Kinta (Seri Amar Bangsa DiRaja) ke 7, Toh Ngah Jabor pada 2hb Ogos 1884 di Kelian Kinding, Hulu Kinta yang menjawab seperti berikut apabila Jacques de Morgan meminta bantuan daripada beliau (Toh Ngah Jabor), "Dahulu saya adalah Panglima Kinta. Selepas berperang bersama Sultan Ismail (dalam Perang Perak 1875 menentang British), orang putih telah memecat saya, malah mereka telah menyingkirkan saya sebagai Dato (kawasan) Hulu Kinta. Adalah benar bahawa saya menerima pencen, tetapi saya miliki terlalu banyak ketidakpuasan hati terhadap orang putih (sehingga saya tidak mampu) untuk cuba bersetuju dengan Residen (British). Sebenarnya, saya akan buat apa sahaja dengan kuasa yang saya miliki untuk menghentikan rancangannya (Residen British) dan (rancangan) kamu (Jacques De Morgan)".

    Sumber:
    Jacques de Morgan's Explorations in the Malay Peninsular, 1884.
    Galeri Panglima Kinta, Masjid Panglima Kinta.

    ReplyDelete