Wednesday, July 21, 2010

Makam keluarga Raja Unos (Tombs of the family of Raja Unos)

Merujuk pada artikel Masjid Kampung Kota, Bernam di siang hari (Mosque of Kampung Kota, Bernam during the day) yang baru dibuat tadi. Tidak jauh dari masjid terdapat sebuah tanah perkuburan Islam.
Referring to the article Masjid Kampung Kota, Bernam di siang hari (Mosque of Kampung Kota, Bernam during the day) which was made just now. Not far from the mosque there exist a Muslim burial ground.


Di satu bahagian terserlah bangunan makam ini...
At one section stands out this tomb building...

Batu-batu nesannya berbalut kuning menandakan pemiliknya berdarah raja.
The tombstones are covered in yellow clothing signifying the owners as having royal blood.


Begitu juga keadaan pada beberapa makam berdekatan.
Such is also the condition at a number of tombs nearby.



Saya difahamkan makam-makam ini adalah milik ahli keluarga Raja Unos, seorang kerabat diraja Selangor yang pernah memerintah daerah Bernam abad ke 19 Masihi.
I was made to understand that these tombs belong to family members of Raja Unos, a member of the Selangor royalty who used to rule the district of Bernam in the 19th century AD.





2 comments:

  1. asslamuailaikum... sejarah bernam dahulu adalah sebuah negeri tersendiri.yang mana sebelum itu kesultanan perak memerintah di kawasan hutan melintang dan berikut ke kg gajah dan seterusnya ke kuala kangsar.tinggallah bernam diperintah oleh kerabat raja kedah ,perak dan selangor atas ikatan perkahwinan.sebelum raja lumu ditabalkan di bernam telah ada keluarga raja kedah ,raja nambang,tunku anjang dan tunku long.makam dikg kota adalah milik raja hitam bin raja yunus bin raja usoh bin sultan ibrahim dan disebelah adalah makam raja kahar bin raja salim bin tunku habib.dahulu makam raja hitam adalah di seberang sabak bernam namun dipindahkan ke kg kota,tapi tak semua makam raja raja dipindahkan.dibiarkan hilang tanpa tanda.tapak makam makam lama adalah ditepi sungai berdekatan sebatang pokok yang mana dulunya ada pawagam.rasanya makam raja salleh bin sultan ibrahim pun ada di situ,bernam masuk kedalam selangor masa pemerintahan raja hitam atas beberapa kali desakan sultan abdul samad dan british.dan rasanya makam di masjid adalah makam raja raja. dahulu tiada masjid tetapi kota dan perkampungan diraja

    ReplyDelete
  2. dibernam dan kg kota banyak anak anak raja dan syed dari warisan kedah dan selangor..kisah syed moon menghentak kan kakinya ke pangkalan hingga rebak pangkalan tersebut kerana marah dengan cina.ada juga kisah raja nala bin raja yeop dan kisah raja hitam melompat keseberang .

    ReplyDelete