Di Sungai Selisek yang terletak di satu hujung negeri Selangor terdapat masjid ini yang dikatakan dibina tahun 1939.
At Sungai Selisek which is situated at one end of the state of Selangor there lies this mosque which is said to have been built in the year 1939.
Rekabentuknya dengan kubah-kubah beratap warna keemasan menarik perhatian...
Its design with domes having gold-colour roof attract attention...
masjid kampung ku....Di bena atas dasar permuafakatan orang2 kampung yang di ketuai oleh seorang penduduk bernama Bahum.Yg menariknya tiang besar & panjang tanpa bersambung yg menunjang kekuatan masjid ini adalah dari kayu Merbau(kalau tak khilaf).Di dalam masjid terdapat tangga untuk naik ke Kubah.Tidak pasti apakah Bilal dahulu melaungkan azan diatas Kubah masjid ini.
ReplyDeleteSaya pernah menaiki tangga hingga ke kubah masjid ini dizaman kanak2..cermin tingkap dari kaca berwarna amat menarik bagi saya pada ketika itu..disinilah tempat kami belajar sembahyang dibimbing ustaz dan ustazah setiap hari semasa mengaji di sekolah agama berdekatan (rendah)sebelum sekolah itu ditukar menjadi sekolah agama menengah..
ReplyDeletemasjid ni nampak kecil bila kita dah dewaqsa..masa kanak2 dulu rasa masjid ni sangat besar..masih ingat disinilah sembahyang sunat hariraya didirikan setelah penduduk kampung berarak sambil bertakbir dari kg serigala, kg sekolah dan akhirnya ke kg masjid. tradisi ini mati begitu saja selepas masjid baru didirikan di Kg Sekolah, di atas bukit..
ReplyDeletesaya belajar kat sam sungai selisek. baru form 1 tahun ni.sekolah ni unik sikit. masuk pagar sekolah nampak kantin ngan masjid dulu.haha.kadang2 sakit jugak kaki sebab sekolah ni boleh dikatakan atas bukit la jugak.dulu, kalau tak silap saya orang kampung gotong-royong untuk bina masjid tu.saya teringin sangat naik tangga untuk ke kubah.
ReplyDeleteDulu kala ada kolam besar dihadapan pintu masuk masjid ini tempat orang berwudhu'..sekarang dah dipecah dan di tiledkan. Ada beduk lama(yang kami budak budak masa itu panggil kerantung) yg dipukul menandakan masuk waktu solat sebelum seruan azan..dinding asal dari kayu bercat kuning dan bertingkap panjang sampai ke lantai..
ReplyDelete