Tuesday, August 17, 2010

Akhirnya, makam Sultan Malikus Salih waktu siang (At last, tomb of Sultan Malikus Salih at daytime)

Assalamualaikum. Artikel ini sepatutnya dibuat nanti, apabila siri penceritaan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU sudah masuk ke bahagian yang berkaitan. Namun memandangkan ia akan menjadi artikel ke 393 di sini, saya rasa elok ia dilepaskan lebih awal...
Peace be upon you all. By right this article should only be made later, when the storytelling at the blogspot CATATAN SI MERAH SILU has reached the relevant parts. Still looking at the fact that it would become the 393th article here, I feel it is good to release it earlier...


Ini adalah kompleks makam Sultan Malikus Salih, pengasas kerajaan purba Samudera-Pasai.

This is the tomb complex of Sultan Malikus Salih, founder of the ancient kingdom of Samudera-Pasai.


Setahun lalu saya telah membuat artikel bertajuk Makam (tomb of) Sultan Malikus Salih! yang memaparkan keadaan makam waktu malam. Baru kini saya dapat menunjukkannya waktu siang, berdasarkan lawatan yang dibuat pagi 29 Januari 2010.
A year ago I have made an article titled Makam (tomb of) Sultan Malikus Salih! which shows the condition of the tomb at night. It is only now I could show it during daytime, based on a visit made morning of 29th January 2010.



Baru kelihatan maklumat ini yang menyebut baginda memerintah 1270-1297 Masihi. Turut tercatat sedikit maklumat tentang Sultan Malikus Zahir yang dikatakan anakanda baginda.
Only now could be seen this information which says his majesty ruled 1270-1297 AD. Also written is a bit of information on Sultan Malikul Zahir who is said to be his son.


Inilah makam Sultan Malikus Salih. Di kiri adalah makam Sultan Malikul Zahir.
This is it the tomb of Sultan Malikus Salih. On the left is tomb of Sultan Malikul Zahir.




Untuk pengetahuan, baginda dikenali sebagai raja yang kuat agama lagi salih dan bertaraf wali.
For information, his majesty is known as a king who has strong religious conviction also pious and has saintly status.





Al-Fatihah untuk Sultan Malikus Salih...

Recital of the Fatihah verses (opening of the holy book Quran) for Sultan Malikus Salih...


1 comment:

  1. Salaam...

    Perkongsian cerita dalam siri ziarah ke makam Sultan Malikus Salih pada 02 Oktober 2009...

    Kunjungan ke Makam Sultan Malikus Salih di Samudera Pasai hampir setahun yang lalu memberi iktibar yang amat mendalam dalam diri. Selain matlamat utama menjejak mihrab masjid tua di wilayah Acheh, saya mengambil peluang berziarah ke makam almarhum. Oleh kerana saya dan team yang lain tiba pada waktu tengah hari jumaat, maka saya harus menunggu jurukunci (penjaga makam) pulang dari mengerjakan solat jumaat. Hal demikian adalah kerana, kompleks makam tersebut dijaga oleh seorang jurukunci. Justeru, sementara menunggu kepulangan jurukunci dan ahli lain pulang dari masjid berdekatan, saya menumpang rehat di kedai runcit yang jaraknya lebih kurang 10 meter dari lokasi kompleks makam. Kesempatan yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin dengan menemubual pemilik kedai tersebut tentang bencana tsunami yg melanda 5 tahun lalu.

    Menurut pemilik kedai, desa tersebut mempunyai lebih daripada 120 buah rumah. Namun hanya 20 lebih buah rumah yang terselamat daripada dihancurkan ombak tsunami. Walaupun peristiwa tersebut telah lama berlalu, namun mereka masih trauma setiap kali mengenangkan tragedi yang mengorbankan banyak jiwa dan harta benda. Sehingga ke hari ini, tempias tsunami masih dirasakan. Angin yang bertiup kencang, ribut, hujan lebat dan bunyi ombak sahaja sudah membuatkan mereka rasa gerun dan cemas. Allah campakkan rasa ketakutan dalam hati sehingga kebimbangan membelenggu diri mereka. Rasa takut dan bimbang membuatkan mereka tidak putus-putus berzikir dan berdoa sepanjang masa dengan harapan dijauhkan daripada bala menimpa.

    Namun, apa yang membuatkan saya benar-benar insaf apabila pemilik kedai tersebut mengatakan bahawa apa yang berlaku punyai hikmah agar manusia lebih dekat dengan Allah. Setelah apa yang berlaku, mereka lebih bermuhasabah diri. Tragedi tsunami berlaku sekitar jam lapan lebih pada pagi hari minggu. Jadi anak-anak pada masa tersebut berada bersama keluarga di rumah. Cuba bayangkan sekiranya tragedi tersebut berlaku pada hari persekolahan. Bagaimana situasi anak-anak Acheh pada masa tersebut? Dapatkah kita bayangkan pula sekiranya bencana tersebut berlaku pada waktu malam? Subhanallah, lihatlah betapa hebatnya perancangan dan pelaksanaan Allah. Dalam kepedihan tersembunyi rahmat dan kasih sayang Allah.

    Pengalaman jurukunci makam yang terselamat dari ombak tsunami turut dikongsi bersama team kami. Tidak semua penduduk kampung (terutamanya golongan tua) sempat lari menyelamatkan diri ke lokasi lebih tinggi dan selamat. Beliau yang lebih 20 tahun menjaga makam tersebut nekad masuk ke kompleks makam Sultan Malikus Salih bersama beberapa orang penduduk dan pelajar pesantren (sekolah pondok) berdekatan. Dengan zikir dan doa yang tidak putus-putus, mereka hanya bertawakkal kepada Allah. Hidup dan mati diserah bulat-bulat kepada Maha Berkuasa. Soal ajal di tanganNya, selaku hamba yang kerdil hanya pasrah dengan ketentuan Ilahi. Jika ajal sudah menjemput, tidak mungkin dapat ditunda atau dipercepatkan walau sesaat pun.

    Dalam ketakutan yang amat sangat melihat ombak besar dari kejauhan, tidak dapat tidak, mereka harus juga berdepan dengan apa yang berada di hadapan mata. Apa yang terjadi? Maha Suci Allah…dengan IzinNya, ombak besar tersebut terbelah dua sehingga sedikit pun tidak masuk ke dalam makam tempat mereka berlindung. Siapa yang berlindung di dalamnya? Sebahagiannya adalah golongan tua, anak-anak yatim dan pelajar sekolah pondok berdekatan yang sentiasa basah bibirnya dengan zikir dan doa. Terpeliharanya kompleks makam dari hancur binasa juga tidak dapat disangkal lantaran di dalamnya bersemadi jasad seorang sultan yang soleh iaitu Sultan Malikus Salih. Baginda adalah raja pertama dari Kerajaan Islam di Samudera Pasai.

    ReplyDelete