Continued from Makam (Tomb of) Maharaja Khadi Sheikh Abdul Jalil.
Di kaki Bukit Tinggi berdekatan Jitra terdapat bangunan tinggal ini.
At the foot of Bukit Tinggi near Jitra there exist this abandoned building.
Menurut cerita rakyat tempatan ia adalah istana tinggalan Raja Bersiong, seorang pemerintah Kedah dahulukala.
According to the stories of local folks this is the palace left behind by Raja Bersiong, a Kedah ruler of olden times.
Raja Bersiong yang hidup beberapa ratus tahun dahulu disebut sebagai pemerintah kejam sehingga sanggup memakan darah manusia. Untuk makluman ini adalah artikel ke 525 di blogspot ini.
Raja Bersiong (literally, the king with fangs) who lived hundreds of years ago is said to be a wicked ruler who dares to eat human blood. For information this is the 525th article in this blogspot.
Assalamualaikum , bangunan tu nampak macam tinggalan zaman kolonial je..
ReplyDeletetapi dekat Malaysia ni sayangla , banyak binaan2 lama tidak diambil peduli macam kes ni..
Allahu a'lam
Wassalam. Tu le, memang nampak macam bangunan kolonial. Tapi takpa, kita tunggu jika ada feedback dari orang Kedah. Binaan tu bukan saja tak dipedulikan, siap ada tong sampah besar lagi kat depan....
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSaudara Merah, istana ini ialah milik Tunku Dhiauddin ibni almarhum Sultan Zainul Rashid a.k.a Tunku Kudin. Berkahwin dengan anak Raja Selangor, Tengku Arfah anak kepada Sultan Abdul Samad pada tahun 1867.Merupakan Raja Muda Negeri Kedah pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang memerintah Negeri Kedah pada tahun 1850an.Meninggal 1906. Seorang yg amat berpengaruh dalam politik Selangor dengan menyelesaikan persengketaan antaraRaja Abdullah dan Raja Mahdi. Namun istana ini dikatakan dibina di tapak asal Istana Raja Bersiong kerana Bukit Pinang merupakan salah sebuah pusat pemerintahan Kedah satu masa dahulu. Macam nilah nasib tinggalan sejarah di Kedah. Terabai. Sedih sgt. Byk yang dah hilang dan ditelan pembangunan. Pada hemat saya negeri Kedahlah negeri yg paling byk kesan sejarah. Sekian.
Afif Apitlani
Wassalam. Terimakasih. Kiranya betullah dulu pernah berdiri istana Raja Bersiong di situ? Cuma bangunan batu yang ada adalah binaan zaman Tunku Kudin gitu. Hmm... :]
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletebenar spt kata en. afif. bangunan tu adalah istana Tunku Kudin yg dibina ditapak istana lama. Pernah ada org buat kajian terhadap sample bata bangunan tersebut dan ia dipercayai wujud sekitar 1800'an. masa kecil2 dulu selalu jugak bermain kat situ. pernah jugak terjumpa syiling2 lama tp entah kat mana la orang tua saya simpan. masa tu xterpikir pulak nak belek2 syiling tu tgk tahun pembuatannya. asal terkutip syiling je terus bg kat mak abah.
kata org2 tua kt situ kalau nk tgk kesan tinggalan istana lama, mungkin zaman raja bersiong dulu, boleh la panjat bukit tu menghala ke loji air yg berada dipuncak.
Emm.. kebetulan kat Johor pun ada kes yg sama di Bukit Treh. maksud saya kesan pendudukan di Bukit Treh turut terdapat loji air. saudara tentu lebih maklum kan? hehe...
Saudara Merah,
ReplyDeleteMemang benar binaan sedia ada adalah tinggalan Tunku Kudin. Namun teori yg mengatakan ia dibina di tapak asal istana Raja Bersiong adalah terdapatnya beberapa makam lama tidak jauh dari istana sedia ada. Mungkin saudara ada melalui kawasan tersebut namun tidak perasaan kewujudannya. Cubalah dtg sekali lagi dan ziarah makam tersebut. Pendapat saudara Padi mungkin ada benarnya namun saya pun masih blum berkesempatan untuk melihat sendiri tinggalan tersebut di atas Bukit Pinang.
Afif Apitlani
Assalamualaikum saudara Radzi,
ReplyDeletependapat yg kata ini adalah istana raja bersiong mungkin diragukan. sebabnya raja bersiong itu sendiri belum diketahui kewujudannya pada era mana sebab wujud pelbagai pendapat. namun begitu yg pasti bangunan tersebut dibina lebih kurang 100-200 tahun dahulu.
sebenarnya, dlm lingkungan 1 km sekitar bangunan tersebut adalah merupakan kawasan pendudukan lama (mungkin juga kawasan istana) kerana kawasan tersebut adalah merupakan salah satu pusat pemerintahan negeri.
memandangkan kedah dulunya (sebelum dijajah siam) adalah negara y mempunyai banyak pusat pemerintahan negeri seperti kubang pasu (kota mengkuang), perlis (kota seputeh - yg kemudiannya menjadi ibu negeri kubang pasu), kota setar (brahman indra/anak bukit), kuala muda(kota kuala kedah) dan bukit pinang(kota bukit tinggi), jadi x heran la kalo wujudnya tinggalan2 bangunan seperti ini. Tetapi boleh dikatakan semua kota pemerintahan negeri sudah rebah dan hancur.hanya sedikit saja yg meninggalkan sisa.
selain kota yg dibina sultan kedah dan raja2 negeri, ada juga kota yg dibina oleh pembesar2. contohnya di kg. pulau maharaja, tunjang dan di changlun (x ingat nama tmptnya).
kalo la kedah dikatakan wujud pada kurun ke-2 masihi, saya rasa pasti lebih byk lg tinggalan2 lama yg belum diteroka. mungkin lembah bujang tu hanya 10-20% dr apa yg tersisa di negeri kedah.
Wassalam. Tak mengapa. Kita tinggalkan sebagai persoalan terbuka samada Raja Bersiong memang pernah bersemayam di sekitar ini atau tidak. Terima kasih kerana maklumat tambahan yang diberikan.
ReplyDeleteSememangnya cerita raja bersiong itu wujud kerana salah satu peninggalan nya yg berharga telah di amanahkan utk di jaga oleh seorg pakcik yg ia sama nilai nya dgn keris taming sari.
ReplyDeleteTapi sayang seribu kali sayang..waris yg sah telah meninggalkan kita semua..
Jika di izinkan penjaga mungkin satu hari boleh berkongsi dgn masyarakat luar sejarah yg berharga tersebut.
Dgn izin Allah.
salam.inilah Istana Tunku Kudin. Raja bersiong hanya wujud dalam hikayat merong mahawangsa. terima kasih atas gambar ini. sy mohon izin menggunakan gambar2 di blog tuan untuk dipaparkan di blog sy bagi tujuan rujukan di blog saya utk mengisi entri Discover Kedah 2016.dan sebagai creditnya sy ada masukkan link blog tuan di blog sy
ReplyDeleteSalam. Saudara Pen Biru, apakah maksud saudara Raja Bersiong hanya wujud dalam Hikayat Merong Mahawangsa sahaja? Sebenarnya hikayat tersebut ialah tentang sejarah Kedah. sila rujuk blog bertajuk Empayar Islam Benua Siam Kedah. Saudara perlu membuat kajian sebelum membuat sebarang kenyataan.
ReplyDeletepernah tggl kat tmpat ni..klu musim hujan smua rumah akn tggelam..5thn,6thn skli akn mgalami bnjir teruk..
ReplyDelete