Wednesday, February 23, 2011

Sebuah lagi surau di Langgar (One more small praying hall in Langgar)


Semasa meninggalkan kawasan Langgar melalui jalan kampung terlihat pula bangunan ini.

While leaving the area of Langgar through a village road I in turn saw this building.

Ia juga adalah sebuah surau tetapi saya tidak tahu namanya.
It is also a surau (small praying hall) but I did not know its name.



Kolam wudhuk.
Pool for taking abolution.


Dewan solat ada di atas.
The praying hall is available above.












Saya tertarik dengan penggunaan kaca berwarna di atas tingkap.
I was interested in the usage of coloured glasses on top of the windows.







Dinding yang memisahkan dengan kawasan solat wanita.
The wall which separates from the woman's praying area.



Mihrab.
Front-most section.


9 comments:

  1. assalamualaikum,
    ini adalah surau Syeikh Abdullah bin Wan Ibrahim bin Wan Abdullah Langgar Al-Qad-hi Al-Mashri (20 Februari 1889- April 1967).Dia merupakan pengasas Pondok Syeikh Abdullah.banyak jugak
    di negeri Kedah ada pondik yang sebelah menyebelah spt pondok Syeikh Abdullah dan pondok Tuan Guru Haji Abdullah

    ReplyDelete
  2. Wassalam. Terima kasih atas maklumat! :]

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikm, aruah nenek saya anak sedara Syaikeh abdullah

    ReplyDelete
  4. Dahlia Abdul Rahman haji BelliaTue Jan 10, 05:03:00 PM GMT+8

    Nenek saya anak sedara pada Syeikh abdullah

    ReplyDelete
  5. Dahlia Abdul Rahman haji BelliaMon Jan 16, 02:56:00 PM GMT+8

    Assalamaualiakum, saya ingin buat pembetulan..maklumat yang saya dapatkan dari bapa saya, Haji Abdul Rahman Belia,Syiekh Abdullah Al-Mashri adalah bapa saudara bapa saya.Nenek saya bernama Rahmah adalah sepupu kepada Abdullah al mashri yg mempunyai beberpa adik beradiyang sya panggil Tok LOng(meninggal),Tok Lang Pok yang tinggal di tmn Jaya kami (meninggal), abdul Rahman tinggal di Mekah(baru meninggal), umar dll. lama sungguh saya tidak ke pondok itu..dengar kata dah terbiar.tanah milik nenek say amasih ada di sana.Saya pun hampir 30 tahun lebih tidak berjumpa dengan sedara anak cucu Syeikh Abdullah Mashri..kebyakan sudah berpindah.Tapi anak saya bersekolah dan masih berkawan dengan cicit Tuan syaikeh Abdullah Al Mashri .Semoga tali psirrattrahim tidak putus..insyallah

    ReplyDelete
  6. Wassalam. Ni nama Al-Masri ni ada kena mengena dengan angkasawan negara Sheikh Muzaffar Al-Masri ke?

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum...nama saya muhamad thoriq bin mohamad ali cicit kepada Syeikh Abdullah bin Wan Ibrahim bin Wan Abdullah Langgar Al-Qad-hi Al-Mashri cucu kepada syeikh haji ahmad syeikh abdullah (tok long)...sayang sudah lama terbiar balai nie selepas peninggalan arwah datuk saya...usang...tidak ada org yang mampu uruskan lagi...ramai penduduk pondok yang pindah keluar alahkah indahnya klau boleh dikembalikan seperti dahulu...bersama2 kita berkongsi ilmu agama...mengejar akhirat

    ReplyDelete
  8. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad yg dicintai, kaum keluarga dan para sahabat..moga Allah SWT mencucurkan rahmat kepada arwah Tok wan tok sheikh, Baba, Mama,Qola, Qoli, Maklang Pok (Raudzah), Pak Lang Mat (Dato Ahmad Ali), Mak Njang dan Pak Njang man Mekah dan semua kaum keluarga..Saya suka perkenalkan nama sya sebagai Jihan Ahmad kerana arwah baba saya suka menyebut namanya sebagai Ahmad. Baba ada Sheikh Ahmad Bin Sheikh Abdullah Al-Masri B. Sheikh Ibranim B. Sheikh ABdullah B. Luang Nik Zainal Abidin (Raja Nongcik). Saya cucu kepada Sheikh Abdullah Al-Masri. Membesar dengan bermain dan berlari dalam pondok. Surau ini kami panggil madrasah atau balai kerana dulunya merupakan bukan sahaja berfungsi sebagai surau tetapi juga tempat pengajian kerana arwah datuk kami merupakan salah seorang ulamak terkenal. peredaran zaman membawa kami anak cucu mendapat pengajian secara moden...mungkin kami bukan ulama seperti datuk tp kebanyakkan sepupu sepapat saya menyambung degasi keluarga dengan berkhidmat dlm pelbagai bidang profesional. madrasah ini masih diguna utk solat jemaah. kebanyakkan penduduk lama pondok telah meninggal dan pindah keluar pondok baru..anak2 pondok juga byk yg bekerja diluar. Moga kami membawa sesuatu yang baik sebagaimana yang dibawa oleh nenek moyang kami. semoga keturunan kami dimatikan sebelum sampainya hari qiamat..

    ReplyDelete
  9. Bangunan ni dibina pada tahun brapa ya?

    ReplyDelete