Tuesday, April 12, 2011

Makam (Tomb of) Harun Al-Rasyid, Kuala Lumpur

Dari Hulu Langat saya pergi ke bandar raya Kuala Lumpur melalui jalan bukit ke Ampang. Bersambung dari Masjid (Mosque of) Sultan Hisamuddin, Batu 14, Hulu Langat .

From Hulu Langat I went to the city of Kuala Lumpur via the hill road to Ampang. Continued from Masjid (Mosque of) Sultan Hisamuddin, Batu 14, Hulu Langat .

Di satu bahagian berdekatan pusat bandar raya kelihatan bangunan makam ini.
At one part close to the centre could be seen this tomb building.



Papantanda yang ada menyebutnya sebagai makam Datuk Harun Rasyid (saya suka ejaan Rasyid berbanding Rashid) dan isterinya Zubaidah.
The signboard available says it is the tomb of Datuk Harun Rasyid (I prefer the spelling Rasyid compared to Rashid) and his wife Zubaidah.

Mari lihat ke dalam.
Come let us have a look inside.




Saya terus tertarik dengan batu nesan yang ada.
I was immediately attracted by the tombstones available.


Yang ini cukup jelas jenis buatannya walaupun sudah dicat putih. Ia termasuk jenis yang dipanggil batu nesan Aceh. Untuk makluman inilah kali pertama saya terlihat batu nesan sebegini di Kuala Lumpur. Mengikut satu kajian ia adalah jenis buatan tahun 1700-1800 masihi. Mungkin makam ini telah wujud terlebih dahulu sebelum diletakkan batu nesan ini. Yang pasti ia telah berada di sini sebelum sejarah rasmi Kuala Lumpur bermula 1880an.
The made of this one is very clear although it has been painted white. It is of the type which is called Aceh tombstones. For information this is the first time I saw such a tombstone in Kuala Lumpur. According to one study it is a type of product of the years 1700-1800 AD. Maybe this tomb has existed earlier before this tombstone was put up. What is sure it has been here before the official history of Kuala Lumpur started 1880s.






9 comments:

  1. SALAM Saudara Razi, kat mana makam ni?

    ReplyDelete
  2. Wassalam. Maaf saya tak boleh beritahu. Sebenarnya saya dilarang mengambil gambar pun. Tapi diambil juga untuk tunjukkan ia wujud berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur. Tapi saya tak mahu ia dikacau oleh puak yang suka membidaahkan orang. Harap faham.

    ReplyDelete
  3. ok bro...
    memang ajaib biler dapat tau yang ader makam lama di kuala lumpur....

    memandangkan kuala lumpur telah menjadi begitu pesat sekali pembangunannya dan dikatakan mula dibuka dalam akhir abad ke 19....

    barangkali punya rahsia yang sengaja/tidak sengaja disembunyikan...

    browse2 kat internet, yang ada kaitan nama harun al rasyid ada kena mengena dengan sultan Idris perak...

    seposen den....

    ReplyDelete
  4. Salam. Penemuan menarik bang... sangat signifikan.

    ReplyDelete
  5. Wassalam. Yep. Sangat signifikan. Nak kata penemuan, sebenarnya dah ramai yang tahu terutama pengamal tariqat Qadiriah dari kumpulan tertentu di Lembah Klang. Cuma mereka tidak menyedari signifikan sejarah tempat ini malah keluarga penjaga makam pun tak tahu yang itu batu nesan Aceh.

    OK. Saya nak buat pengumuman. Atas sebab tertentu saya akan mendedahkan lokasi makam ini. Semoga anda2 semua dapat menziarahnya. Sebabnya akan diberitahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dimana letak kawasan makamnya tuan ?

      Delete
  6. Amin...
    Terima kasih abang razi...
    Dekat benar dengan kg saya kat kg chempedak sentul...
    dulu-dulu selalu lalu kawasan tu nak gi ngeteh kg bdr baru sentul....
    tapi sekarang rumah kampungnya dah takder....
    kena langgar dengan highway daaa...
    hehehe...

    ReplyDelete
  7. Boleh dpt x no contact owner blogspot ni..

    ReplyDelete