Tuesday, May 10, 2011

Makam (Tomb of) Busu Isim

Dari Singapura kita beralih ke Muar.
From Singapura (Singapore) we shifted to Muar.



Tengahari Isnin 2 Mei 2011, selepas bermalam di rumah ibubapa di Muar saya tergerak mengambil jalan ke Bukit Kepong lalu singgah satu tempat di mana terdapat makam ini.
Monday noon 2nd May 2011, after spending the night at the parents place in Muar I was moved to take the road to Bukit Kepong then stopped at a place where lies this tomb.


Binaannya agak terserlah membuat saya tertanya-tanya makam siapakah ini.
Its building is rather outstanding making me wonder whose tomb it is.



Terdapat juga tanah perkuburan khas di sebelah, katanya milik kaum keluarga.
There also lies a special burial ground besides, said to belong to family members.



Ah. Siapakah orang ini?
Ah. Who is this person?



Papan maklumat menyebut namanya adalah Busu Isim. Beliau meninggal dunia 1916 Masihi.
The information board says his name if Busu Isim. He passed away in 1916 AD.


Siapa pun dia, nampaknya dia adalah orang yang berpengaruh sekurang-kurangnya sekitar ini. Untuk makluman ini adalah artikel ke 606 di blogspot ini.
Whoever he is, it looks like he was a person of influence at least around here. For information this is the 606th article in this blogspot.




1 comment: