Continued from Masjid (Mosque of) Wakaf Baru.
Dari Wakaf Baru kami ke Kampung Laut pula di mana terdapat masjid ini.
From Wakaf Baru we went to Kampung Laut in turn where lies this mosque.
Ia adalah masjid utama di Kampung Laut menggantikan sebuah masjid lama.
It is the main mosque in Kampung Laut replacing an old mosque.
Adapun masjid lama yang dimaksudkan telah dialih lokasi ke Nilam Puri kira-kira 19 km dari sini. Lihat artikel lama Masjid (mosque) of Kampung Laut.
As it is the old mosque in question has been relocated to Nilam Puri about 19 km from here. Look at the old article Masjid (mosque) of Kampung Laut.
As it is the old mosque in question has been relocated to Nilam Puri about 19 km from here. Look at the old article Masjid (mosque) of Kampung Laut.
Still there's a number of things from the old mosque left here. Among it is this beduk (Malay traditional drum)... Turut ditinggalkan adalah kolah air yang diukir dari batu pejal.
Also left behind is a water pool carved from solid rock.
Sekarang mari kita lihat masjid lebih dekat.
Now let us have a closer look of the mosque.
Now let us have a closer look of the mosque.
Di satu sisi ada maklumat menyatakan masjid ini dibuka 1967, bukanlah begitu baru tetapi memang baru kalau dibandingkan Masjid Kampung Laut lama yang berumur ratusan tahun.
At one side there is information saying this mosque was opened in 1967, not so new but still new indeed compared to the old Masjid (mosque of) Kampung Laut which is hundreds of years old.
At one side there is information saying this mosque was opened in 1967, not so new but still new indeed compared to the old Masjid (mosque of) Kampung Laut which is hundreds of years old.
Saya telah menjalankan tinjuaan (15 Mac 2009) ke Masjid Kg Laut (tapak baru di Nilampuri). Tujuan untuk melihat rekabentuk mimbar. Pada awalnya, saya beranggapan mimbar tersebut mimbar lama. Namun, salah seorang pengunjung blog (guru agama anak jati Kg Laut) telah memaklumkan mimbar di Nilampuri adalah mimbar baru, manakala mimbar asal berada di Masjid Pasir Pekan. Maklumat yg lebih sahih saya jumpai tidak berapa lama selepas itu. Paparan foto dan keterangan tentang mimbar asal masjid Kg Laut terkandung dlm buku karangan Abdul Halim Nasir.
ReplyDeleteUntuk melihat lebih lebih dekat rekabentuk mimbar yang asal, saya telah menjejak lokasi Masjid Pasir Pekan di Wakaf Baharu (17 Mac 2010). Mimbar ini adalah salah satu daripada mimbar dlm kajian perbandingan yg dijalankan. Mimbar ini mempunyai ragamhias "gunungan" yg saya klasifikasikan sebagai yang terindah buatannya di Semenanjung (ke-2 barangkali mimbar Kg. Bukit Bayas yg mempunyai 3 lapisan "gunungan"). Sila ke pautan berikut untuk melihat foto mimbar asalnya > http://jejakmihrabmimbar.com/catatan-penulis/misi-jejak-mimbar-kampung-laut/
Mimbar ke-2 berada di Nilampuri dan mimbar yg MS rakamkan itu adalah mimbar ke-3 (baru). Saya difahamkan oleh informan (pihak pengurusan masjid Pasir Pekan), mimbar asal pada mulanya diletakkan secara sementara sebelum dipindahkan ke Nilampuri. Namun, mimbar asal ini kemudiannya dikekalkan di Masjid Pasir Pekan atas permintaan dan persetujuan bersama. Lalu diperbuat mimbar ke-2 mirip mimbar asal sebagai ganti di ruang dalam Masjid Kg Laut Nilampuri (tapak baru). Mimbar ke-2 punya persamaan dari segi ragamhias dan warna (coklat tua dan emas). Mimbar ke-3 ini pula sebagai ganti kepada mimbar asal di tapak asal binaan Masjid Kg.Laut. Persamaan hanya pada rekabentuk "gunungan" yang menjadi identiti mimbar tua.
Terima kasih Harleny atas maklumat ini. Pada mulanya memang saya sangkakan mimbar di masjid baru kg laut tu asal dari masjid lama. Apabila saudari memberitahu mimbar asal ada di pasir pekan (tu pun mula2 saya pelik dengar. Takkan kat Pekan, Pahang pulak?) dan Nilampuri mimbar ke-2, di masjid baru ini mimbar-3 saya sangkakan ia bermaksud ke 3-3 mimbar memang dari masjid asal kerana tidak menghairankan jika masjid tua beratus tahun seperti Masjid Kampung Laut sudah dibuat beberapa mimbar menggantikan yang sebelumnya. Rupa2nya yang ke2 dan ke3 tu kira replika aje. Sekali lagi terimakasih atas maklumat yang berguna ini. :]
ReplyDeleteRalat: Saya difahamkan oleh informan (pihak pengurusan masjid Pasir Pekan), mimbar asal pada mulanya ingin diletakkan secara sementara, namun ia kemudiannya dikekalkan di Masjid Pasir Pekan atas permintaan dan persetujuan bersama.
ReplyDelete