Monday, June 13, 2011

Makam (Tomb of) Long Deraman

Bersambung dari Bank Pitis.
Continued from Bank Pitis.



Seterusnya saya pergi ke satu kawasan dalam bandaraya Kota Bahru di tepian Sungai Kelantan di mana terdapat bangunan makam ini.
Next I went to an area inside the city of Kota Bahru besides the Kelantan river where exist this tomb building.


Buku panduan yang saya miliki menyebut di sini terletak makam seorang raja di Legeh (sebuah kerajaan kecil yang dahulu di dalam Patani) bernama Long Deraman.
A guide book I owned says here lies the tomb of a ruler of Legeh (a small kingdom which used to be inside Patani) whose name is Long Deraman.



Dalam artikel Makam (Tomb of) Long Sulaiman yang dibuat lebih awal hari ini saya ada menyebut tentang Long Sulaiman dibunuh oleh Long Deraman yang merupakan sepupu dan menantunya. Entah apa yang berlaku sebenarnya saya pun tak tahu.
In the article Makam (Tomb of) Long Sulaiman which was made earlier today I have mentioned about Long Sulaiman being killed by Long Deraman who is his first cousin and son-in-law. What could have really transpired I don't know.


Makam isteri Long Deraman. Apakah ini anak perempuan Long Sulaiman yang dikahwininya?
The tomb of the wife of Long Deraman. Is this the daughter of Long Sulaiman whom he got married to?



Inilah makam Long Deraman. Menurutnya ceritanya, selepas kemangkatan Long Sulaiman pemerintahan Kelantan diserahkan kepada Long Pandak, sepupu mereka juga, ipar Long Deraman. Namun Long Pandak turut dibunuh Long Deraman kerana telah membunuh isterinya yang merupakan adinda Long Deraman. Lalu pemerintahan diserahkan kepada seorang lagi sepupu iaitu Long Muhammad.
This is the tomb of Long Deraman. According to the stories, after the demise of Long Sulaiman the rule over Kelantan was handed over to Long Pandak, their first cousin too, in-law of Long Deraman. Still Long Pandak was also killed by Long Deraman for having killed his wife who is the younger sister of Long Deraman. And so rule was handed over to another cousin that is Long Muhammad.


Beberapa tahun kemudian muncul Long Yunus, anakanda Long Sulaiman untuk merebut kembali takhta. Dengan pertolongan seorang sahabat yang membunuh Long Muhammad baginda dapat membunuh Long Deraman lalu mengasaskan apa yang dipanggil kesultanan moden Kelantan 1765. Untuk makluman ini adalah artikel ke 656 di blogspot ini.
A few years after there appeared Long Yunus, the son of Long Sulaiman who wanted to regain back the throne. With the help of a friend who killed Long Muhammad his majesty manage to kill Long Deraman and found what is called the modern sultanate of Kelantan 1765. For information this is the 656th article in this blogspot.



No comments:

Post a Comment