Wednesday, July 13, 2011

Makam Raja-raja Salor (Tombs of the rulers of Salor)


Makam seterusnya yang kami singgahi terletak di Salor, satu wilayah yang setentang dengan Pasir Mas.
The tomb we visited next is situated in Salor, a territory which is opposite that of Pasir Mas.




Menurut satu cerita wilayah ini pernah memiliki pemerintahan sendiri apabila seorang raja yang berasal dari kawasan sekitar selatan Thailand datang memohon untuk memerintah Salor atas perkenan raja yang memerintah Kelantan.
According to the stories this territory has its own rule when a ruler who originated from the areas around southern Thailand asked to rule Salor on the acceptance of the ruler who ruled Kelantan.


Menurut satu cerita pula Raja Salor yang pertama itu bernama Long Muda, bukan orang lain tetapi salah seorang anak Long Yunus, pengasas kesultanan Kelantan moden.
According to another story the first Raja (ruler of) Salor is Long Muda, none other than one of the sons of Long Yunus, founder of the modern sultanate of Kelantan.


Maka cukup terang ia adalah wilayah dalam Kelantan yang tetap berada di bawah raja-raja yang memerintah dari Kota Bahru, pusat pemerintahan negeri.
Thus it is obvious enough that this is a territory in Kelantan which still stays under the rulers who ruled from Kota Bahru, the centre of rule for the state.



Saya tak tahu ada berapa orang Raja Salor kesemuanya. Yang saya tahu di sekitar ini ada dua buah bangunan yang menempatkan sejumlah makam.
I didn't know many rulers of Salor there where. What I do know around here there are two buildings which house a number of tombs.


Menurut ceritanya Salor memiliki raja turun temurun sehingga ke zaman Sultan Muhammad II (memerintah Kelantan 1837-1886) di mana telah berlaku satu peristiwa yang menyebabkan seluruh kaum keluarga Raja Salor dibunuh atas perintah baginda.
According to the stories Salor had hereditary rulers up to the period of Sultan Muhammad II (ruled Kelantan 1837-1886) when a certain event happened which caused the whole family of the Raja of Salor to be executed by his majesty's command.













7 comments:

  1. Assalamualaikum tuan,,,

    Terima kasih diucapkan krn maklumat ini... Ambo yg berasal dari Kg. Salor pun tidak mengambil tahu mengenainya.. Betullah kata orang... org luar yg akan membuka jln kepada kita kpd kesedaran.. Atuk ambo sebelah emakberasal dari kg salor.

    InsyaAllah bila balik ke kg akan diziarah..

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Wassalam. Silakan anak tempatan menyusur lebih jauh dan lebih mendalam. Saya ni setakat ziarah sambil berjalan lalu dapat menjenguk pun sepintas lalu... sebab terlalu ramai yang memanggil minta diziarahi... :]

    ReplyDelete
  3. sayapun anak tempatan di situ..kisah Raja salor tu..menyayat hati jugak tu..ada perkaitan tu..

    ReplyDelete
  4. sebenarnya ada seorang anak dari raja salor terlepas , di sembunyi dalam peti dan dibawa lari oleh dayang istana. dari situlah keluarga telah berkembang. tapi hingga sekarang masih di rahsiakan kerana takut. biarlah ia tinggal dalam lipatan sejarah itu

    ReplyDelete
  5. Mohon sesiapa yang saya boleh rujuk mengenai Makam Almarhum Raja-Raja Salor. Waima, jika ada kelapangan sesiapa yang boleh berikan no tel atau email untuk ambo hubungi.

    Email ambo: kip_star@yahoo.com

    TERIMA KASIH diatas perhatian sesiapa yang memberi respon utk nilai sejarah bangsa Melayu terutama sejarah anak kelate.

    Assalam

    ReplyDelete
  6. Makam2 ni masih ada lagi dikws tanah milik arwh atuk saya.Saya sendiri pun tak pasti samada betul atau tak tapi mengikut cerita arwah itulah makamnya..waktu zaman kanak kanak saya selalu ke kebun..yg pernah saya pergi ada 4 makam dan berhampiran 2 makam tu byk kesan digali kononnya ada yg percaya terdapat harta yg dipanggil GURI MAS..Dari dulu lagi saya memang suka mengkaji sejarah

    ReplyDelete