Thursday, September 15, 2011

Makam-makam lama di Bukit Serindit, Melaka (Old tombs at Bukit Serindit, Melaka)



Selepas Bukit Gambir saya pergi ke bandaraya Melaka untuk melawat makam Panglima Pidi di Bukit Cina. Dari situ saya bergegas ke Bukit Serindit di mana terdapat tanah perkuburan Kristian ini.
After Bukit Gambir I went to the city of Melaka to visit the tomb of Panglima Pidi at Bukit Cina. From there I rushed to Bukit Serindit where lies this Christian burial ground.



Di tengah tanah perkuburan itu boleh kelihatan bangunan kuning ini.
In the middle of the burial ground could be seen this yellow building.

Di sebelahnya pula anda boleh melihat batu nesan berbalut kuning.
Besides it in turn you could see a tombstone wrapped in yellow.



Ia menandakan satu makam yang sangat panjang!
It marks a very long tomb!







Makam-makam yang wujud ini katanya milik orang Melayu Islam dari zaman yang lampau.
The tombs existing here are said to belong to Malay Muslims from a long bygone era.



Difahamkan ada pihak mendakwa yang dimakamkan di sini adalah Sultan-sultan Melaka.
It is understood that there is a party who claims the ones laid to rest here are the Sultans of Melaka.



Pada saya makam panjang tadi mungkin. Tetapi tidak yang ini kerana batu nesannya kelihatan milik perempuan apalagi ada tahun tertera yang kemungkinan besar adalah 1295 Hijrah bersamaan 1870an Masihi, bukan zaman Sultan-sultan Melaka yang wujud 400 tahun lebih awal.
For me maybe the long tomb just now (is true). But not this one as the tombstones looks like it belongs to a female what more the year inscribed is most probably 1295 Hijriah equivalent to 1870an AD, not the period of the Sultans of Melaka who have existed 400 years earlier.



Berdekatan kaki makam tadi ada lagi sejumlah makam.
Near the foot of the previous tomb are a number of tombs.



Mungkin ada pihak lebih berwibawa dapat menerangkan makam-makam siapa yang ada di Bukit Serindit.
Maybe there are parties with more credibility who could explain whose tombs is it which exist at Bukit Serindit.




3 comments:

  1. Assalamualaikum, pernah saya tengok gambar2 makam ini di FB, mereka mendakwa makam2 itu milik Parameswara, dan makam panjang itu milik salah seorang sultan Melaka di mana batu nesannya telah dibawa oleh portugis atau belanda ke eropah. Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Wassalam. Tak tahu nak cakap kerana yang mendakwa tu melihat mengikut ilmunya. Mungkin dia benar mungkin juga tersilap menerima maklumat. Selagi tidak ada pihak lain menyokong dengan fakta lebih kuat selain 'maklumat dari alam ghaib' kita terima seadanya sebagai dakwaan yang belum tentu benar...

    ReplyDelete
  3. nape en.E.taib mengasingkan parameswara dgn sultan melaka ? Parameswara tu bukan sultan ke ?

    ReplyDelete