Wednesday, December 07, 2011

Teratak (House of) Za'aba



Dari Melaka kami ke Muar kemudian ke Negeri Sembilan. Mengambil satu jalan dari Bahau ke Kuala Pilah terlihat ini, bangunan yang dipanggil Teratak Za'aba.
From Melaka we went to Muar then Negeri Sembilan. Taking a road from Bahau to Kuala Pilah we saw this, a building called Teratak (house of Za'aba).


Ia adalah rumah tradisional yang dibina untuk mengenangkan seorang tokoh.
It is a traditional house built to remember a figure.


Baca maklumatnya.
Read the information.

Sekarang mari kita lihat rumah.
Now let us look at the house.






Pandang sisi menunjukkan bagaimana bahagian hadapan bersambung dengan belakang. Untuk makluman ini adalah artikel ke 787 di blogspot ini.
A side view shows how the front section is connected to the rear. For information this is the 787th article in this blogspot.





13 comments:

  1. Salam. Baba Zaaba, Ahmad ialah seorang orang Bugis Linggi yang dikatakan berasal dari keturunan Daeng Celak atau Daeng Kemboja dari Riau.Kehebatan Pak Za'aba sebagai seorang pakar Bahasa Melayu boleh dikaitkan dengan keturunan bapanya dimana Raja Haji dan Raja Ali juga seorang sasterawan bahasa yang terkenal. Maka tidak hairanlah, darah Bugis Riau mengalir dalam diri Pak Zaaba menjadi pakar bahsa Melayu.

    ReplyDelete
  2. Wassalam. Tu le. Zaaba memang orang Bugis. Tapi ada yang cuba menafikannya sehingga kami dapat melihat pada batu maklumat (gambar 3) tu ada disimen seperti liquid paper pada bahagian yang menyebut Zaaba Bugis lalu ditoreh perkataan Minang pula.

    ReplyDelete
  3. Salam. Memang benar bapa Zaaba orang Bugis Linggi berhijrah dari Riau kira-kira 300 tahun dahulu ke Tanah Melayu dan ibunya pula orang Minangkabau. Maknanya beliau ada darah Bugis dan Minangkabau. Cuma apa nak diperkatakn disini, kehebatan beliau dalam memertabatkan Bahasa Melayu ada kaitan dengan penglibatan Raja Haji dan Raja Ali dalam persuratan Melayu. Raja Haji dn Raja Ali dikatakan ada kaitan dengan orang2 Bugis Linggi yang datang dari Riau.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Hmmm...ini rupanya artikel yang memuatkan foto kesan "guris" perkataan bugis yang digantikan dengan minang tu. Ada juga pihak yang cuba "memutihkan" (simbolik...kalau tak faham jugak tak tau ler) fakta sebenar dengan cat liquid! Baik "tenyeh" jer dengan "marker hitam" (dia ingat dengan memutihkan bisa menyembunyikan gamaknya!)...

    p/s: baru tau bahawa Zaaba orang Bugis...Bakti semasa hayatnya melayakkan beliau dikelompokkan dalam lingkungan "minda kelas pertama" =)

    ReplyDelete
  5. Wassalam. Pembetulan. Bugis ditukar jadi Minang, bukan Minang jadi Bugis. Apapun ini memang contoh minda kelas pertama. Di fahamkan peneroka awal Linggi (selain kumpulan Daeng Merewah di bahagian kuala) diketuai anak2 Daeng Chelak yang membuang diri dari istana.

    ReplyDelete
  6. Salam. Mengikut sejarah orang-orang Bugis Linggi berkait rapat dengan kesultanan Bugis Selangor melalui Daeng Kemboja, Daeng Chelak dan lain-lain kerana mereka pernah bermukim diLinggi suatu ketika dulu. Ceritanya panjang. Sila rujuk Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji. Tetapi Dato Awaluddin dan kekandanya Dato Serilah telah meninggalkan segala pangkat Daeng dan pangkat Raja kerana tidak bersetuju dengan ayahanda Raja diRiau dan terus menjadi orang biasa dan menetap di Linggi. Linggi satu-satunya kawasan kubu kuat Bugis di Negeri Sembilan. Walau bagaimana pun, benih yang baik kalau dicampak ke laut sekali pun, ia tetap subur. Orang-orang Bugis Linggi tak banyak sikit ada menyumbang kepada pembangunan negara. Antara tokoh2 orang Bugis Linggi yang menyumbang kepada pembangunan negara adalah Pendeta Za'aba, Datuk Muhammad Yusof Ahmad (adik Zaaba, Tokoh Guru Kebangsaan 1979, Ahli Majlis Persekutuan 1957-1960, Setiausaha Sulit Agong Pertama, Pesuruhjaya Pengakap Malaya 1957-1960, MBE, Pengasas TKC), Tan Sri Datuk Dr Mohd Said (Menteri Besar Negeri Sembilan 1959-1969), Tan Sri Datuk Lokman Yusof (Datuk Bandar Kuala Lumpur Pertama),Datuk Ahmad Zainal Abidin Yusof (Mantan Duta Malaysai ke- Kanada, Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja Melayu 1980-1987), Aminuddin Baki (walau pun dilahirkan Di Chemor Perak, nenek dan Datuknya orang Bugis Linggi),Dato Seri Iskandar Dzakurnain Badaruddin(Ketua Setiausaha Pelancongan, Ketua Pengarah EPU Ke-9 2003-2005, Pegawai Kewangan Negeri Selangor), Tan Sri Datuk Ishak Pateh Akhir (datuknya orang Bugis Linggi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Ketua Pengarah EPU ke-2), Prof. Emeritus Datuk Dr Mohd Zabid Abd Rashid (anak Sheikh Abd Rashid, CEO UNITAR), Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Ikram Said (TNC Akademik UKM), Zaharah Zaaba (anak Zaaba, wartawan terkenal), Prof Ahmad Khalid Yusof (anak Datuk Muhammad Yusof, Pelukis Terkenal Negara), Sheikh Jamaluddin al-Linggi (ulamak), Sheikh Hj Mohd Said Jamaluddin al-Linggi (anak Sheikh Jamaluddin, Sheikh Tarekat Ahmadiah Asia Tenggara, Ualamak,Wali), Sheikh Hj Ahmad Sheikh Mohd Said (Mufti Negeri Sembilan 1957-1964, Sheikh Tarekat Ahmadiah, Ulamak, Wali), Datuk Sheikh Murtadza Sheikh Ahmad (anak Sheikh Ahmad, Mufti Negeri Sembilan 1987-2009, Sheikh Tarekat Ahmadiah), Datuk Sheikh Redza b.Sheikh Mohd Said (anak Sheikh Mohd Said, ADUN Pantai Seremban), Sheikh Abd Hamid Sheikh Said (anak Sheikh Mohd Said, ADUN Rantau), Datuk Dr Sulaiman (ADUN Tampin),Datuk Idris Ibrahim (ADUN Setapak),Sheikh Abdul Rashid b.Sheikh Mohd Said (Ulamak, Sheikh Tarekat Ahmadiah, Harun Mat Som (Tokoh Guru Kebangsaan 1976), Lebai Zakaria Abas (Ulamak), Hj Mustaffa Ahmad (ulamak, Ramli Junit (bekas pemain bolasepak Kebangsaan yang mewakili negara layak ke Sukan Olimpik di Moscow, Rusia), Datuk Kamarudin Meranun (Naib Presiden Air-Asia), Kapten Yazid Ahmad (penterjemah bahasa di UPSI zaman Zaaba dan pahlawan yang mati berjuang ketika mempertahan Singapura dari Jepun) dan ramai lagi. Lima tokoh Linggi di atas Linggi tercatat dalam buku kenangan 'Memori Pejuang Bangsa' terbitan Kementerian Penerangan dan Komunikasi.

    ReplyDelete
  7. Wassalam. Terima kasih atas perkongsian. Mungkin saudara boleh menambah lagi. Sejak bila sebenarnya orang Bugis mula bertapak di Linggi dan di bahagian mana sebenarnya tapak awal? Yang saya tahu sebelum 5 Daeng Bersaudara membantu Raja Sulaiman Johor berlawan dengan Raja Kecil mereka terlebih dahulu bernegeri di Linggi tapi tak pasti belah mana.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Sdr Radzi. Orang Bugis dari Riau mula bertapak diLinggi kira-kira pada awal tahun 1750an diketuai oleh Dato Awaluddin dan kakaknya Dato Serilah. Bahagian mana diLinggi mereka mula menetap saya sarankan saudara baca buku tulisan Prof Norhalim mengenai sejarah Linggi. Dalam buku ini diceritakan agak terperinci maklumat yang dikehendakki.

    ReplyDelete
  9. Salam. Sedikit pembetulan. Dato Kamarudin Meranaun ialah orang Minangkabau. Segala kesilapan adalah tidak disengajakan. Harap maaf.

    ReplyDelete
  10. Baru bertemu blog ini. Saya adalah anak kelahiran Linggi. Dari keturunan Datuk Awaludin. Suka bila dapat baca sejarah ini.

    ReplyDelete
  11. Assalamualikum. Sila baca buku Karya Agong tulisan Raja Ali Haji bernama Tuhfat Al-Nahfis. Didalamnya tertulis cerita orang2 Bugis Linggi sebanyak 30 kali (rujuk Index)

    ReplyDelete
  12. Ada juga org2 linggi terkenal di persada hiburan R Azmi nama sebenar Haji Ahamd bin Haji Jalaludin bin Abbas, Haji Mahadi anak Tn Skh Haji Muhammad Said r.a...

    ReplyDelete
  13. Wow R. Azmi pun orang Linggi. Baru hari ini hamba tahu R Azmi tu orang Bugis Linggi. Terima kasih atas maklumta yang disalurkan. Maknanya orang Bugis Linggi serba boleh!

    ReplyDelete