Bersambung dari
Masjid (Mosque of) Bandar Baru Bukit Kayu Hitam.
Continued from Masjid (Mosque of) Bandar Baru Bukit Kayu Hitam.
Rasanya semua tahu Bukit Kayu Hitam merupakan satu pintu masuk utama ke negara Thailand melalui darat. Kami pun masuk ke negara itu dan tidak lama kemudian terjumpa masjid pertama yang dapat dicapai dari jalan utama.
I feel everyone knows that Bukit Kayu Hitam is a main entrance to the nation of Thailand by land. So we then entered the nation and not long after found the first mosque which could be reached from the main road.
Walaupun Thailand adalah sebuah negara Buddha bahagian selatannya banyak penduduk Islam. Ini kerana kawasan ini asalnya adalah milik kerajaan Islam sebelum dijajah Thailand.
Although Thailand is a Buddhist nation its southern parts have many Muslim population. This is because these areas originally belong to Muslim kingdoms before it was colonised by Thailand.
OK. Saya tak ingat nama sebenar kawasan ini. Rasanya ia dalam wilayah Sadao. Nasib baik ada tertulis nama masjid dalam tulisan Jawi pada bumbung iaitu Masjid Dar Al Iman atau sebutannya mengikut hukum nahu Arab, Masjid Darul Iman.
OK. I can't remember the actual name of this area. I feel it is inside the province or district of Sadao. Luckily the name of mosque is written in Jawi script at the roof, that is Masjid (mosque of) Dar Al Iman or as pronounced according to Arabic grammatical rules, Masjid Darul Iman.
Sekarang mari kita lihat lebih dekat.
Now let us have a closer look.
Nampaknya ada tempat memasak di sisi kanan hadapan.
Looks like there is a place for cooking at the right front side.
Ada juga sebuah beduk...
There's also a beduk (traditional drum used to signal certain occasions like time of prayers)...
Dewan solat.
Praying hall.
Mihrab.
Front-most section.
Di belakang saya dapat melihat ramai orang sedang tidur. Nampaknya mereka orang Tabligh. Kalau begitu masjid ada adalah salah satu tempat tumpuan mereka. Untuk makluman ini adalah artikel ke 500 di
blogspot ini. Menariknya ia juga merupakan artikel ke 5 dipaparkan di sini untuk perjalanan ke utara bulan Ramadhan...
At the back I could see many people sleeping. Looks like they are members of the Tabligh movement (an Islamic missionary movement). If that is the case then this mosque must be one of their focal points. For information this is the 500th article in this blogspot. Interestingly it is also the 5th article to be featured here for the trip to north in the month of Ramadhan...