Thursday, December 29, 2011

Masjid (Mosque of) Besilam




Sudah disebut dalam artikel sebelum ini tentang kampung bernama Babussalam atau Besilam. Sekarang biar ditambah makam Sheikh Abdul Wahab dan makam anak cucunya terletak dalam kampung itu. Tidak jauh dari makam terdapat masjidnya.
It has been mentioned in the previous article about a villaged named Babussalam or Besilam. Now let it be added the tomb of Sheikh Abdul Wahab and tombs of his descendants are located inside the village. Not far from it lies its mosque.


Bangunannya sederhana rupa tetapi agak besar.
Its building is average-looking but is rather big.



Mari masuk ke dalam.
Let us look inside.





Dewan solat.
Praying hall.


Mihrab.
Front-most section.



Makam anak cucu Sheikh Abdul Wahab (Tombs of descendants of Sheikh Abdul Wahab)

Bersambung dari Makam (Tomb of) Sheikh Abdul Wahab Rokan.
Continued from Makam (Tomb of) Sheikh Abdul Wahab Rokan.


Di sisi bangunan makam Sheikh Abdul Wahab kelihatan sejumlah bangunan yang lebih kecil.
Besides the tomb building of Sheikh Abdul Wahab could be seen a number of smaller buildings.






Ia mengandungi makam-makam ahli keluarga dan anak cucu Sheikh Abdul Wahab.
It contain the tombs of family members and descendants of Sheikh Abdul Wahab.




Mereka dipandang tinggi sebagai ahli keluarga ulamak bertaraf wali lalu menjadi rujukan ramai pihak.
They are looked up upon as members of a family of master scholars of saintly status and thus were referred to by many parties.




Ada di antara mereka pula mewarisi kepimpinan Sheikh Abdul Wahab dalam menjaga kemaslahatan penduduk setempat terutama di kampung yang diasaskannya, Kampung Babussalam atau biasa dipanggil Besilam.
There are those among them who in turn inherited the leadership of Sheikh Abdul Wahab in taking care of the well-being of the local populace especially in the village founded by him, Kampung (village of) Babussalam or commonly called Besilam.



Makam (Tomb of) Sheikh Abdul Wahab Rokan




Sekitar 6 km perjalanan dari Masjid Azizi pula terdapat bangunan ini.
Around 6 km journey from the Azizi mosque in turn lies this building.


Ia kelihatan seperti masjid tetapi sebenarnya bangunan makam!
It looks like a mosque but is actually a tomb building!







Bangunan dibina begitu terserlah kerana taraf tokoh yang disemadikan.
The building was built so outstanding because of the personality laid to rest.



Beliau ialah Sheikh Abdul Wahab Rokan seorang pemimpin tariqat Naqsyabandiah yang dianggap sebagai wali besar abad ke 19 Masihi. Ramai anak muridnya menjadi para pemimpin tariqat lalu menyebarkannya ke seluruh Nusantara.
He is Sheikh Abdul Wahab Rokan a Naqsyabandiah tariqat (Sufi or Islamic spiritual order) leader who is considered to be a major saint in the 19th century. Many of his students became tariqat leaders and spread it all over Nusantara (the Malay archipelago).


Makam pujangga Tengku Amir Hamzah (Tomb of the poet Tengku Amir Hamzah)

Bersambung dari Kawasan pemakaman diraja Langkat (Royal burial ground of Langkat).
Continued from Kawasan pemakaman diraja Langkat (Royal burial ground of Langkat).


Turut terdapat di hadapan Masjid Azizi adalah makam Tengku Amir Hamzah, seorang pujangga Melayu tersohor abad ke 20.
Also available in front of the Azizi mosque is the tomb of Tengku Amir Hamzah, a foremost Malay poet of the 20th century.


Beliau adalah seorang kerabat diraja Langkat yang dimakamkan di antara makam-makam lain kerabat dan mereka yang berkait.
He is a member of the Langkat royalty who is laid to rest among tombs of other royalty and those who are related.





Sebagai seorang pejuang bahasa beliau diiktiraf di Sumatera dan Indonesia. Sayangnya Amir Hamzah terkorban semasa revolusi tajaan Komunis tahun 1946 yang menyaksikan ramai kerabat diraja di Sumatera dibunuh dengan kejam.
As a fighter of the language he is recognised in Sumatera and Indonesia. Too bad Amir Hamzah was a casualty during the revolution sponsored by the Communists in the year 1946 which saw many members of royalty in Sumatera killed violently.






Kawasan pemakaman diraja Langkat (Royal burial ground of Langkat)

Bersambung dari Masjid (Mosque of) Azizi, Tanjung Pura.
Continued from Masjid (Mosque of) Azizi, Tanjung Pura.


Di hadapan Masjid Azizi terdapat bangunan ini.
In front of the Azizi mosque there lies this building.


Ia menempatkan makam-makam beberapa pemerintah Langkat dan ahli keluarga.
It houses tombs of a number of rulers of Langkat and family members.




Kalau tak salah ini adalah makam Sultan Musa yang memerintah 1840-1893. Baginda adalah pemerintah pertama Langkat yang memakai gelaran Sultan. Sebelum itu pemerintah sini cuma dipanggil Raja Langkat kerana pernah menjadi negeri bawahan Aceh.
If not mistaken this is the tomb of Sultan Musa who ruled 1840-1893. His majesty was the first ruler of Langkat to use the title Sultan. Before that all rulers here are simply called the Raja of Langkat (raja also means ruler but in general has a lesser status than a Sultan) as it used to be an underling state of Aceh.


Ini mungkin makam Sultan Abdul Aziz anakanda kepada Sultan Musa. Masjid Azizi mendapat nama sempena baginda. Untuk makluman artikel ini adalah yang ke 808 di blogspot ini.
This could be the tomb of Sultan Abdul Aziz son to Sultan Musa. Masjid (mosque of) Azizi got its name after his majesty. For information this article is the 808th in this blogspot.



Masjid (Mosque of) Azizi, Tanjung Pura

Bersambung dari Masjid Agung (Great mosque of) Kota Binjai.
Continued from Masjid Agung (Great mosque of) Kota Binjai.


Setelah berjalan 40 km ke utara Kota Binjai kelihatan masjid yang indah ini.
After going 40 km to the north of Kota Binjai could be seen this beautiful mosque.


Selamat datang ke Masjid Azizi yang didirikan kira-kira 110 tahun lalu.
Welcome to Masjid (mosque of) Azizi which was built around 110 years ago.


Terletak di bandar Tanjung Pura ia adalah masjid utama di Langkat sebuah daerah yang dahulu merupakan sebuah kesultanan sendiri.
Situated at the town of Tanjung Pura it is the main mosque in Langkat a district which used to be its own sultanate.




Masjid inilah yang dijadikan contoh ketika membina Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah. Lihat artikel Masjid (mosque of) Zahir.
This is the mosque which was used as example when building Masjid (mosque of) Zahir in Alor Setar, Kedah. Look at the article Masjid (mosque of) Zahir.








Bahagian bawah salah satu kubah kecil.
Section under one of the small domes.






Dewan solat.
Praying hall.


Bahagian bawah kubah utama.
Section under the main dome.



Mimbar.
The pulpit.


Mihrab.
Front-most section.



Masjid Agung (Great mosque of) Kota Binjai

Bersambung dari Masjid (Mosque of) Pinang Baris.
Continued from Masjid (Mosque of) Pinang Baris.



Perjalanan keluar dari Medan membawa kami ke masjid ini.
The trip out of Medan brought us to this mosque.


Selamat datang ke Masjid Agung Kota Binjai.
Welcome to Masjid Agung (great mosque of) Kota Binjai.


Kota Binjai adalah sebuah bandar yang terletak sekitar 15 km ke barat Medan.
Kota Binjai is a town which is situated about 15 km to the west of Medan.


Mereka yang menghala ke utara perlu lalu di bandar ini sebelum dapat pergi lebih jauh.
Those heading to the north must pass this town before being able to go much further.