Wassalam. We go to Negeri Sembilan for a while.

Merujuk pada artikel Makam (tomb of) Raja Jumaat, Lukut, Negeri Sembilan yang dibuat tiga setengah tahun lalu. Dua minggu lalu saya pergi lagi ke makam itu.
Referring to the article Makam (tomb of) Raja Jumaat, Lukut, Negeri Sembilan made three and a half year ago. Two weeks ago I went again to the tomb.

Sebenarnya makam Raja Jumaat adalah satu di antara beberapa makam kerabat diraja di sekitar itu. Maka tempat ini secara umumnya dikenali sebagai makam diraja Lukut.
Actually the tomb of Raja Jumaat is one of the many royal tombs around here. Thus the place is generally known as the Lukut royal tombs (or mausoleum).


Yang inilah makam Raja Jumaat (turut dieja Jemaat). Baca butiran yang ada di Makam (tomb of) Raja Jumaat, Lukut, Negeri Sembilan.
This is it the tomb of Raja Jumaat (also spelt Jemaat). Read the details available in Makam (tomb of) Raja Jumaat, Lukut, Negeri Sembilan.

Dalam artikel lama tersebut saya turut menunjukkan makam ini tetapi cuma menyatakannya sebagai makam kerabat diraja Selangor. Saya tidak menyebut nama pemiliknya Tengku Ampuan Basik.
In the said old article I have also showed this tomb but only mentioned it as the just the tomb of a Selangor royalty. I did not mention the name of its owner Tengku Ampuan Basik.

Semasa itu saya tidak tahu apakah pentingnya Tengku Ampuan Basik ini. Kemudian baru saya tahu baginda adalah permaisuri kepada Sultan ketiga Selangor, Sultan Muhammad Shah. Lihat artikel lama Makam diraja (Royal mausoleum of) Selangor, Bukit Melawati.
At that time I did not know what is the importance of this Tengku Ampuan Basik. Later only did I know that her majesty was the queen to the third Sultan of Selangor, Sultan Muhammad Shah. Look at the old article Makam diraja (Royal mausoleum of) Selangor, Bukit Melawati.
Berdasarkan gambar, seperti makam ini di bawah penjagaan Selangor. Kenapa makam ini di bawah pentadbiran Kesultanan Selangor, walaupun terletak di Negeri Sembilan? Adakah Lukut suatu ketika dahulu di bawah pemerintahan negeri Selangor? Seseorang pernah menceritakan pada saya bahawa Lukut dan PD suatu ketika dahulu di bawah pemerintahan negeri Selangor. Satu perjanjian telah dilakukan antara Selangor dan N9 yang mana PD dan Lukut diserahkan kepada N9 dan sebagai balasan Beranang dberi kepada Selangor. Bukti lanjut bahawa Lukut dan PD pernah di bawah pentadbiran Selangor adalah melalui lenggok bahasa penduduk di sini, yang rata-rata sangat berbeza dengan masyarakat N9 lain, seperti Seremban, K.Pilah dan Tampin yang bercakap menggunakan loghat nogori.Adakah benar terdapat perjanjian ini kerana saya telah mencari maklumat berkaitan hal ini namun tidak dijumpai.
ReplyDeletemmg bnr kawasan pd dan lukut dahulunya adalah kepunyaan selangor. perjanjian ini antara dato' klana sg ujong dgn selangor(kalau x silap) sbb beranang adalah bawah naungan sg ujong.
ReplyDeleteselain kerabat diraja , kubur yg lain tu milik siapa???
ReplyDeleteSetahu saya dalam kawasan bertembok semuanya kerabat diraja belaka.
ReplyDelete