Wadah tambahan kepada blogspots "Catatan Si Merah Silu" dan "Berpetualang ke Aceh", khusus untuk berkongsi pandangan mengenai seni Melayu terutama senibina lama.
An extension to the blogspots "Catatan Si Merah Silu" (Malay) and "Berpetualang ke Aceh" (English), specifically to share views on Malay art especially old architecture.
Wednesday, March 14, 2012
Balai raya (Community hall of) Kampung Deraman, Rompin
Melihat senibina, teradun pelbagai gaya. Pada bahagian muka tebar layar ada kerawang bersilang ala2 kepala kerbau di rumah adat Gowa dan Toraja (hampir sama tataletaknya tetapi berbeza makna dan falsafahnya). Hujung perabung yang melentik punya persamaan dengan gaya minangkabau yg menjadi identiti senibina di wilayah sumatera barat (jika di Semenanjung, identiti sebegini dominan dengan senibina di N9). Di hujung perabung dipasang sayap layang2 (sulur) membawa ingatan kepada rumah adat bugis-makassar...jika golongan bangsawan/raja menggunapakai simbol naga manakala golongan kebanyakan menggunapakai sulur yg distilisasikan drpd unsur tumbuhan. Jika di bahagian Jawa Tengah pula bentuk ini dikaitkan dengan makara (rekabentuk menyerupai belalai gajah). Istana Sultan Mansur Syah (1456-1477) juga punya ciri sebegini seperti yg diperihalkan dlm teks Sejarah Melayu:
"Maka pada segala ko' itu diberinya gajah menyusu (dan pada gajah menyusu) itu diberinya bubungan melintang; sekalian bersayap layang-layang dan sayap-sayap layang-layangnya itu semuanya berukir."
Papan kepala cicak pun ada jugak...jadi nampaknya terkait dengan gaya Acheh juga Perak.
Secara kesimpulannya, dalam senibina ni, kaya dengan adunan gaya pelbagai budaya di Alam Melayu...
Pendapat saya kebanyakan orang Melayu dahulu melakukan perbincangan di Rumah Penghulu atau Rumah Sidang itu sendiri berdasarkan senibina rumah² Melayu.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSekadar berkongsi pandangan...
Melihat senibina, teradun pelbagai gaya. Pada bahagian muka tebar layar ada kerawang bersilang ala2 kepala kerbau di rumah adat Gowa dan Toraja (hampir sama tataletaknya tetapi berbeza makna dan falsafahnya). Hujung perabung yang melentik punya persamaan dengan gaya minangkabau yg menjadi identiti senibina di wilayah sumatera barat (jika di Semenanjung, identiti sebegini dominan dengan senibina di N9). Di hujung perabung dipasang sayap layang2 (sulur) membawa ingatan kepada rumah adat bugis-makassar...jika golongan bangsawan/raja menggunapakai simbol naga manakala golongan kebanyakan menggunapakai sulur yg distilisasikan drpd unsur tumbuhan. Jika di bahagian Jawa Tengah pula bentuk ini dikaitkan dengan makara (rekabentuk menyerupai belalai gajah). Istana Sultan Mansur Syah (1456-1477) juga punya ciri sebegini seperti yg diperihalkan dlm teks Sejarah Melayu:
"Maka pada segala ko' itu diberinya gajah menyusu (dan pada gajah menyusu) itu diberinya bubungan melintang; sekalian bersayap layang-layang dan sayap-sayap layang-layangnya itu semuanya berukir."
Papan kepala cicak pun ada jugak...jadi nampaknya terkait dengan gaya Acheh juga Perak.
Secara kesimpulannya, dalam senibina ni, kaya dengan adunan gaya pelbagai budaya di Alam Melayu...
cuba cari mengapa balai warisan ini banyak ditemui di perkampungan orang asli suatu masa dulu dan hampir tak wujud di perkampungan orang Melayu.
ReplyDeletePendapat saya kebanyakan orang Melayu dahulu melakukan perbincangan di Rumah Penghulu atau Rumah Sidang itu sendiri berdasarkan senibina rumah² Melayu.
Delete