Monday, April 23, 2012

Makam (Tomb of) Tok Linggi, Kampung Relong

OK. Sekarang saya mahu bercerita tentang tempat-tempat yang dilawati dalam perjalanan ke Pantai Timur 26 Mac-4 April 2012.
OK. Now I want to talk about places visited in a trip to the East Coast 26 March-4 April 2012.



Selasa 27 Mac, selepas bermalam di Raub, Pahang kami pergi ke Kampung Relong di Kuala Lipis lalu singgah di makam ini.
Tuesday 27 March, afterr spending the night in Raub, Pahang we went to Kampung Relong in Kuala Lipis and stopped by this tomb.


Ia milik seorang tokoh yang dipanggil Tok Linggi.
It belongs to a personality called Tok Linggi.


Satu cerita menyebut beliau sebagai seorang bangsawan, mungkin kerabat diraja dari kawasan Minangkabau di Sumatera yang berhijrah ke sini.
A story mentioned him as a noble, maybe a royalty from the area of Minangkabau in Sumatera who migrated here.


Cerita lain pula menyebut namanya sebagai Raja Ahmad. Malah beliau dikatakan pernah menaiki takhta Empayar Johor-Riau-Lingga!
Another story mentioned his name as Raja Ahmad. In fact he is said to have ascended the throne of the Johor-Riau-Lingga empire!


Kelihatan di bawah kiri gambar ini sebuah batu nesan dipercayai menandakan makam isteri Tok Linggi...
Seen at the bottom left of this picture is a tombstone  believed to mark the tomb of the wife of Tok Linggi...




1 comment:

  1. Boleh ke blog ini utk dapatkan maklumat mengenai Raja Ahmad, http://rajaahmad.blogspot.com


    Puteri

    ReplyDelete